TETAMU MALAM HARI
KARYA : AMRI HJ YAHYA
Pagi itu cuaca baik sekali.Langit cerah dan matahari telah menyinarkan cahaya terang sejak pagi-pagi lagi. Aku masih di atas katil dengan mata yang tak buka sejakpukul 8.00 pagi. Adikku Shera, mengacau kopi di dapur. Bunyi sudah berlaga dengan teko menggeracangan hingga terdengar ke anjing.
Dengan bunyi yang kuat,aku bangun dari katil terus lari ke dapur dan lihat apa yang sedang berlaku. Muks adikku yang merah dengan matanya yang besar terbeliak melihat ku.Aku tak hiraukannya lalu datang ke tetamu dan melihat akhbar keluaran semalam yang terletak di atas meja kecil di sebelah kerusi.Aku tak mempedulikkan akhbar itu sebab berita tentang dadah,rompakan dan tentang perang memanaskan hatiku.
“Kak sudah minum?” tiba-tiba adikku berteriak dari ambang pintu. Aku sudah siap sedia dengan skirt merah tua belaus putih.Rambutku diikat ke belakang. “Saya sudah minum,” bisik merenung adikku lagi.
“Bila?” soal Shera. “Shera kacau kopi banyak simpan sahaja kopi itu dalam freez”sahutku.Aku sudah minum sebelum emak ke dapur lagi.Aku kacau kopi sendiri.Air dalam flask itu masih panas.”
“Makan”
“Makan pun sudah,” sahutku. “Engkau tak lihat roti yang adik kamu sediakan tu.” Adik kamu dari pagi sediakan makanan,kamu ini sudah malas sangatlah Gina,sahut ibuku. Aku tak de masa nak bertengkar dengan ibulah sahutku. “Hei Shera semalam ada tetamu datang ke rumah,saya tanya ibu,ibu tak tahu awak siapa datang Shera”adikku menyapu-nyapu mulutnya dengan tangan.
“Mana aku tahu ! “Sahut adikku yang tidak sedikit pun berminat dengan cerita kedatangan ‘tetamu’ itu.
“Arisa!”
“Arisa!” sebut Shera. “Mana ada orang nama macam itu dalam kampung kita ini?.Barangkali dia saudara dengan mak Nisa yang bekerja di rumah Tok Penghulu itukah?”
“Bukan!” sahutku.
“Tapi yang cakapnya seperti orang Malaysia juga.Saya fikir kalau dia orang seberang, tentulah cakapnya ada pelat seberang. Macam Wak Tempei itu”sahutku kepada Shera.
“Adikku Shera menarik nafas panjang. Dia mengambil alat jahitan yang diletakkannya dekat radio yang sedang bernyanyi perlahan itu.Dia melihat-lihat jahitannya yang sudah tiga empat hari tidak disentuhnya.Tapi hatinya masih resah.
“Gina,gina!”
“Ada apa Mak tanyaku”. Nah ambil duit ini masa balik dari sekolah belikan kelapa parut. Aku nak masak asam pedas.” “Ya mak sahutku.” “hari ini ada kelas tambahan kat sekolah tapi seorang tak dekat sekolah hairannya fikirku”. Semasa aku di depan pagar sekolah ada seorang budak kecil datang dekatku dan katakan bahawa hari ini ada orang gantung diri kat sekolah”. Katanya ada pelajar Tingkatan 5 yang bunuh diri sebab penderaan mak cik tirinya.” Lepas mendengar berita itu aku terperanjat dan cepat-cepat lari ke rumah dan beritahu ibuku. “ Apa ada orang bunuh diri kat sekolah?” tanya ibuku. “Siapa-siapa?”. Katanya budak Tingkatan 5 tapi entahlah mak siapa.Oleh kerana kami duduk kat kampung kita tahu apa yang berlaku di bandar fikirku “bagaimana budak itu bunuh diri”?
“Malam telah larut dan kesepian menyelubungi seluruh kampung. Lampu-lampu di rumah sudah lama dimatikan,kecuali yang dianjung. Aku hanya berkain pelekat hijau dan baju berwarna putih yang telah senteng untuk pakaian tidu,masih tercangkuk-cangkuk dianjung itu. Sebagai biasa,apalagi kalau bapaku tidak ada di rumah seperti malam itu, aku lewat masuk ke bilik tidur. Biasanya malam-malam begitu menelaah buku pelajaran atau sesekali menonton TV,itupun kalau ada cerita-mata-mata gelap yang menarik. Tapi malam itu aku berbuat satu apupu.Aku hanya melayan fikiranku yang mengembara entah ke mana.
Adikku Shera yang sudah lama masuk bilik tidurnya juga selisih. Dia tahu aku masih belum tidur.Adikku bangun dan berjengket-jengket keluar dari bilik tidur menuju ke anjung.Dari ambang pintu dia memandang pada arahku. Aku pun tanya adikku, “kenapa engkau termenung aku macam ni?”. “Entahlah aku pun tak faham,engkau ini budak perempuan,ayah tak de di rumah,emak dah tidur,engkau ni duduk kat anjung berseorangan dalam malam buta ini kenapa gile ke engkau ini,” sahut adikku dengan marah. “Aku memerhati gerak-geri buku di anjung sebab itu aku nak susun sebab tidak menarik hatiku.”jawabku.
“Hmmm!” adikku mengejutkan aku.
“Engkau sudah mengantuk,” “Pergilah tidur.Aku belum mengantuk lagi,” sambung sambil mengambil surat khabar di atas meja di tengah-tengah anjung.
“Eh kak esok kita kena pergi sekolah lah,” bisiknya. “Lebih baik engkau tidur cepat.”
“Engkau”
Aku mendengus
“Kak tak ingatkah nasihat bapa pada kita sewaktu kita sudah tengok TV hingga larut malam dulu?” soalku adikku.
“Nasihat?Nasihat apa?”
“Tentang tidur awal?”Aku menggeleng kepala.. “kak tak ingat lagi. Apa katanya?”
“Katanya,siapa yang tidur awal,dia akan bangun pagi”jelas adikku. “Dan rezeki pula lebih banyak waktu pagi”
“Ah Shera, Shera “rezeki lebih banyak pada waktu pagi itu ertinya orang yang memulakan sesuatu perusahaan atau pekerjaan di satu-satu tempat itulah yang akan dapat untung banyak, “jelas Shera.Aku tanya kepada adikku. Adikku menguap
“Engkau sudah mengantuk,” kataku kepada adik. “pergilah tidur. Aku belum mengantuk lagi,”sambungku sambil mengambil surat khabar di atas meja di tengah-tengah anjung.
Shera tidak membantah.Matanya tidak dapat hendak dicelekkan lebih lama lagi. Dia berdiri dan melangkah masuk ke dalam.
Aku mengembangkan akhbar yang baru dipegang. Aku melihat halaman pertama. Tiba-tiba aku berhenti dan meletakkan surat khabar di tanganku tadi kerana telingaku terdengar bunyi motokar berhenti di jalan raya,bersetentang dengan rumahku.Tapi aku tahu itu bukan kereta bapaku sebab bunyi kereta bapaku sudah biasa didengar.
Seketika aku terdengar suara orang yang memanggil namaku. Aku mendiamkan diri sahaja. Aku cuba hendak mengenal suara itu
“Gina!”teriak orang itu sambil menu jentik-jentik dinding anjung. Tapi aneh, waktu malam ini suara perempuan.
“Siapa?”soalku yang masih belum bergerak dari tempat duduk.
“Saya”
“Siapa saya?”
“Buka tingkap ini sekejap”,suruh orang itu. “Ada hal mustahak .” Mendengar perkataan mustahak itu, aku menjadi bimbang. Tapi sebelum aku buka tingkap, aku boleh nampak bayang-bayang yang tinggi dan rambutnya panjang. “Aku sudah mula syak sebab sebelum ini. Kampung ada berlaku satu kejadian yang misteri di rumah sebelah.Aku pergi mengejutkan ibuku”.
“Mak,mak”
“Ada apa ini Gin?” malam-malam mengejutkan aku”.Mak tadi dengar suara seorang perempuan panggil namaku, katanya ada hal mustahak, tapi aku takut nak tanya mak.
Aku ikut makku ke tetamu tapi bayang-bayang itu sudah hilang. Ah tadiku lihat mak ada kat sini.Makku tidak percaya, atau Gina kau ini mimpi ke tanya ibu. Tak mak tadi duduk kat sini dar tadi,sahutku.
“Dah, dan jangan pergi tidur dah 2.15 malam ni. Aku masih takut dan tidur sebelah ibuku.Adikku Shera tidur berseorangan dalam bilik.
“Aku masih tak dapat tidur, aku peluk ibu masa tidur. Lalu aku terus tidur.Keesokan harinya aku bangun dari tidur tak rasa apa-apa seperti biasa sahaja aku siap ke sekolah. Tapi ayahku tidak balik, telefon pun tak, aku tanya ibuku, “Mak kenapa ayah tak balik-balik lagi?” mak tahu.Ayah kamu ada kursus 2 hari kat Bandar sebab itu dia tak balik.
“Mak aku pergi ke sekolah dulu mak”,dah lewat ini. “Lepas aku sampai kat sekolah, keadaan kat sekolah banyak sunyi macam tiada pelajar. “Lepas budak tingkatan 5 bunuh diri kat blok C, tiada seorang pun lalu kat blok itu.
Aku tak hiraukannya,aku pun jalan munuju kat blok C sambil membaca nota yang cikgu beri untuk peperiksaan. Semasa aku berjalan namaku macam dipanggil. “Gina,Gina,hai Gina ini kakak Isa apa khabar”. “Tapi bunyinya datang dari jauh. Aku dengan ketakutan terus lari tak berhenti menuju ke pejabat.
“Lepas aku balik rumah, cerita kejadian kat sekolah, ibuku suruh baca Al-Quran setiap hari supaya roh kakak Nadia cepat dekat dengan Allah. “Tapi lepas kejadian itu selesai tiada masalah lagi,aku boleh tidur dengan tenang sekarang”.
Comments