Posts

Showing posts from October, 2010

ZAKARIA BIN MAMAT

Image
Beliau adalah sepupu saya. Aruah bapanya (Pak Long saya) adalah abang kepada Bonda saya. Semasa kecil, ketika kami dibesarkan di Batu 7 1/2, Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka kami amat rapat. Kemudian, beliau belajar di Politeknik Engku Omar, Perak dan kini berkhidmat dengan TNB cawangan Shah Alam. Kehidupan yang susah semasa kecil membuatkan kami berusaha gigih untuk berjaya. Muga anak-anak kami akan mengikut jejak kami belajar pandai-pandai dan berjaya dalam hidup.

Bersama Zakaria Mamat.



Bondaku rasa amat gembira berjumpa dengan anak buahnya.






BBQ DI RAWANG.

Image
Pada 30 Oktober, saya membawa famili dan mak saya ke rumah adik saya di Rawang. Adik saya - Taufek Hj Yahya, Wartawan Harakah membeli kerang besar di Kuala Selangor.










BELIA 4B - KESANTUNAN DI MASJID.

Image
Program anjuran Gerakan Belia 4B dengan menggunakan masjid sebagai tapak program amat baik untuk remaja dalam menarik minat mereka kepada masjid. Namun pihak penganjur dalam menjalankan program melibatkan belia, pastikan mereka bersahsiah baik dalam kawasan masjid.


QIAMULAIL DAN SOLAT HAJAT STPM 2010.

Image
Pada 29-30 Oktober 2010, program solat hajat dan qiamulail peringkat daerah Muar dan Ledang telah diadakan untuk calon-calon STPM 2010. Program anjuran Gerakan Belia 4B dan PPD Muar.








MAKAN MALAM.

Image
Berger "Otai Melaka", Otak-otak Melaka dan Sup Ekor makanan untuk makan malam saya.
Lagipun malam ini tiada tuisyen maka saya dan famili ke Melaka. Lokasi..? Rahsiaaa.......

MELAKA MALAM HARI.

Image
Gambar ini diambil berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Melaka.



BUNGA RAYA.

Image
Bunga Raya adalah bunga rasmi negara. Lima kelopak pada bunga ini melambangkan Rukun Negara yang lima. Pada saya, setiap rakyat patut menanam sebatang pokok bunga raya dan sekolah sepatutnya ada menanam pokok ini bagi membolehkan pelajar mengenali pokok ini.





Saya ada menanam beberapa batang pokok bunga raya, bunga kebangsaan negara. Bunga ini rajin berbunga dan ramai jiran tetangga yang telah meminta batang pokok ini untuk di tanam.





Bunga raya memang cantik. Patut dijadikan bunga rasmi negara.

JIKA FACEBOOK ADA DI ZAMAN HANG TUAH.

Image
Jika facebook ada di Kesultanan Melayu Melaka, mungkin begini gamaknya status yang ada.:)

GHAZAL REMAJA SMK TUN MAMAT.

Image
Tahun ini cabaran utama kelab ghazal sekolah ialah melatih pelajar baru dalam seni muzik ghazal. Pelajar lama telah menamatkan pengajian SPM dan pelajar Pra-U pula tidak berpotensi untuk di ketengahkan kerana jangka masa pengajian yang pendek.