Posts

Showing posts from May, 2017

ZIARAH ABG NANG DI KAMPUNG TIMUR LAUT, TELUK KERANG, PONTIAN, JOHOR.

Image
Saya dan keluarga telah ke Pontian mengunjungi Abang Nang sekeluarga di Kg Timur Laut, Teluk Kerang Pontian, Johor . Saya pernah menyewa rumah sewanya semasa mengajar di SMK Pekan Nenas dahulu sekitar tahun 1984-1986.



Abang Nang nampaknya masih sihat dan kuat. 

SUNTIKAN INSULIN BUAT BONDAKU, HJH SIMAH BT SABTU.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bondaku kini berusia 74 tahun dan perlu disuntik insulin 3x sehari - pagi, petang dan malam. Berikut langkah-langkah yang perlu dibuat setiap kali sebelum suntikan.  1. Ambil tekanan BP dulu. Catat bacaan BP dalam buku catatan.
2. Ambil pula bacaan Glukose dengan menggunakan peralatan khas. Ambil darah dan lihat bacaan gula.



3. Akhirnya, beri suntikan insulin kepada Bondaku, sama ada di lengan @ perut @ peha.

Percayalah...setiap kali memberikan suntikan, aku rasa sedih... macam manalah Bondaku menahan sakit ketika di suntik....

SAMBUTAN KORBAN PADA TAHUN 2016. BONDAKU KORBANKAN SEEKOR LEMBU.

Image
Sambutan Hari Raya Korban Tahun 2016, Bondaku berniat untuk mengorbankan  seekor lembu. Saya mendapatkan seekor lembu daripada Pak Rahmat Felda Bukit Senggeh  dengan harga RM4K.





Imam 2 masjid An-Nur Taman Maju Hj Abu Bakar menyembelihkan  lembu korban.

JAMUAN PESERTA NPQEL AMBILAN 1 TAHUN 2016 BERSAMA PPD TANGKAK - PARAMESWARA UMBAI.

Image
Seperti yang dirancangkan, setelah tamat kursus NPQEL ambilan 1 tahun 2016  kami merancang membawa Tuan PPD Tangkak, Tuan Haji Mahmud Sarlan makan-makan  di Parameswara Umbai, Melaka.


Tuan Haji Razali Baba mewakili kami memberikan ucapan. 



Ucapan daripada Tuan PPD Tangkak.