Posts

Showing posts with the label TUISYEN GUNAWANLEDANG 2010.

TETAMU TUISYEN.

Image
Ketika aku sedang mengadakan latihan BM untuk tuisyen Tingkatan 1, tiba-tiba para pelajar tuisyenku dikejutkan dengan kehadiran seekor burung. Burung ini nampaknya seronok bermain-main di tanglung yang aku beli semasa bercuti ke Pulau Langkawi. Aku nasihatkan pelajar-pelajarku jangan menganggu burung itu kerana bumi Tuhan luas. Burung itu bebas untuk hinggap di mana-mana.

TUISYEN / KELAS TAMBAHAN BM TINGKATAN 1, 2 DAN PERALIHAN.

Image
Semasa belajar, kena serius dan jangan main-main. Pelajar T1, T2 dan P sedang belajar. Sem 2 mereka akan dipisahkan. Kelas ini telah bermula dan jumlah pelajar terhad kepada 15 orang sahaja. Pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan dan anak-anak jiran.

TUISYEN GUNAWAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2010.

Image
Pelajar tekun membuat latihan. Pelajar tuisyen 1 Malaysia Pelajar tuisyen SPM sedang membuat latihan. Bermula sesi persekolahan yang baru, maka bermulalah tuisyen dan kelas tambahan Gunawanledang. Sejak minggu akhir bulan Disember 2009 lagi, ibu bapa pelajar sudah mula menghubungi aku untuk kelas tuisyen anak-anak mereka. Syukur kepada Allah, kerana keyakinan mereka untuk terus menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan denganku. Rezeki anak-anak juga kata bondaku.

Kelas Bimbingan P.Moral 1225/2 - SPM 2009

Kelas bimbingan ini diadakan pada setiap Jumaat dari jam 5.00 - 6.30 petang. Kelas ini diberikan secara percuma kepada pelajar yang berdaftar sahaja dengan saya melalui kelas tambahan BM. Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab P.Moral SPM untuk bahagian A dan B, dengan matlamat untuk mendedahkan para pelajar kelas bimbingan saya, tentang cara menjawab yang betul.

Tuisyen bahasa Melayu - UPSR, TINGKATAN 1 DAN 2, PMR, TINGKATAN 4 DAN SPM

Image
Kelas bahasa Melayu ini dikendalikan oleh seorang guru yang berpengalaman, pemeriksa kertas peperiksaan dan penulis buku rujukan untuk bahasa Melayu dan Komsas. Kelas tambahan diadakan seperti berikut:- Isnin Tingkatan 1 dan 2 5.30 - 7.30 malam Selasa PMR 7.30 - 9.30 malam Rabu SPM 7.30 - 9.30 malam Khamis PMR 7.30 - 9.30 malam Jumaat Tingkatan 4 7.30 - 9.30 malam Sabtu Tingkatan 1 dan 2 9.00 - 11.00 pagi UPSR 5.00 - 8.00 malam Ahad Tingkatan 4 10.30 - 12.30 TGH SPM 7.30 - 9.30 malam Pelajar akan diberikan bahan nota dan latihan. Latihan berpandukan kepada format peperiksaan YURAN - RM 30 sebulan PENDAFTARAN - RM 10. Pendaftaran terbuka kepada semua. Tempat adalah terhad. Berminat ? datang ke alamat, JA 6884, Jalan Seroja ...