Posts

Showing posts from November, 2011

JADUAL PERGERAKAN TUGAS SEMASA CUTI SEKOLAH 2011.

Pada 19 November 2011, saya bertugas sebagai Ketua Pengawas MUET Akhir Tahun di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. Dari 21 November -15 Disember 2011 , saya bertugas sebagai Ketua Pengawas STPM di SMK Tun Dr Ismail, Bakri, Muar. Pada 28 November 2011, saya perlu ke Hotel Goldcourse, Klang untuk mesyuarat Ketua Pasukan pemeriksa Kertas Pengetahuan Moral SPM sehingga tarikh 3 Disember 2011. Rehat sehari pada 4 Disember dan pada 5hb-7hb Disember 2011 berada di SMK Chaah, Segamat untuk mesyuarat penyelarasan penandaan 1225/1 dengan pemeriksa saya seramai 10 orang. 13hb-15hb Disember bertugas semula sebagai Ketua Pengawas di STUDI. Bertemu semula dengan pemeriksa 1225/1 pada 26hb -30hb Disember 2011 untuk mesyuarat penyelarasan tempatan ke-2 dan on-line markah.

MADRASAH ABU BAKAR, AIR MERBAU, JASIN, MELAKA.

Sempena cuti sekolah tahun 2011, saya telah mendaftarkan anak-anak lelaki saya ( Muhammad Syafiq Iqbar dan Muhammad Naqib Haikal ) di Madrasah Abu Bakar. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang terdapat dalam jadual ialah; 9.00 am - Perhimpunan Asmaul Husna 9.15 -11.00 am - Hafazan, Tasmi' surah-surah tertentu, bacaan penting solat dan doa-doa harian. 11.00 - 11.30 am - Fardhu ain dan amali solat 11.30 - 12.00 pm - Makan tengahari 12.00 - 2.00 pm - Rehat 2.00 - 2.30 pm - Solat Zohor dan taklim Fadhail. 2.30 - 2.45 pm - Tauhid 2.45 - 3.30 pm - Tajwid 3.30 - 4.00 pm - Adab dan Jawi bersama khat 4.00 - 4.30 pm - Motivasi daripada ustaz-ustaz 4.30 - 4.45 pm - Solat Asar dan bersurai. Semuga anak-anakku mendapat kebaikan dari musim cuti sekolah ini.

MISTERI LIBYA DAN KEMATIAN MUAMMAR GADAFFI.

Image
LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein . Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatka

JAMUAN AKHIR TAHUN MPPU 2011.

Image

DATARAN BASAH vs DEWAN TERBUKA.

Image
Sejak tahun 2010, perhimpunan sekolah akan diadakan di Dataran perhimpunan. Dengan bilangan pelajar satu sesi seramai 1721 orang, Dewan Besar Tun Mamat tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Cabaran perhimpunan di Dataran ialah, selepas hujan, kawasan perhimpunan basah dan pelajar sukar untuk duduk dalam barisan kelas. Jelas, kita perlukan satu dewan terbuka dengan didirikan bumbung pada dataran ini.

KORBAN RAYA ADHA 2011-SMK TUN MAMAT

Image

PERSARAAN HJH PIAH DAN HJH HASMAH.

Image
Selamat bersara buat Hjh Hasmah dan Hjh Piah.

KENDURI RAYA ADHA TAHUN 2011.

Image
Bondaku berhajat untuk mengadakan kenduri tahlil dan Yasin serta doa selamat sempena raya adha. Aku bersama Mantan Pengetua SMK Tun Perak, Jasin, Cikgu Haji Saadon.