Posts

Showing posts from November, 2009

Senjata untuk Korban Aidil Adha

Image
Aku memiliki sebilah kapak dan sebilah parang yang digunakan khas untuk menyiang daging dan tulang. Kapak ini adalah pemberian aruah pengetuaku ketika aku bertugas di SMK Seri Kukup, Pontian dulu. Allahyarham Hj.Aziz bin Mohsin, seorang pengetua yang rajin hinggakan sanggup mencangkul tanah untuk di tambak di padang sekolah. Parangku ini, aku beli di Kota Tinggi, Johor dengan harga RM280 pada tahun 1998. Keunikan parang ini ialah matanya tajam dan hulu parang dalam bentuk kepala burung Kakak Tua. Seni ukiran pada sarung parang gabungan bunga dan bulu burung. Senjata ini aku guna ketika membantu menyiang daging korban dan memotong tulang. Parangku ini, boleh memotong tulang untuk seekor lembu dan ramai yang memuji kekuatan dan ketajaman matanya. Paling penting, niat digunakan untuk kebaikan dan urusan agama dan yang pasti Tuhan akan memberkhati kita.

Langsir Baru Permintaan Isteriku

Image
Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, aku penuhi permintaan isteriku untuk menganti langsir lama dan menggunakan kayu pula. Langsir ini telah dibuat oleh adik sepupuku yang mempunyai kedai menjahit langsir di Lumut Perak. Hasil kerjanya memang baik dan tidak hairanlah jika perniagaannya juga mendapat tempahan dari jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Lumut Perak.

Ketua Pengawas SPM

Image
Dari 18 November hingga 16 Disember 2009, aku menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas SPM di JF065, SMK Parit Bunga, Muar. Aku di bantu oleh seorang Timbalan KP dan 5 orang Pengawas Peperiksaan. Aku mengawasi dan menguruskan peperiksaan SPM di Dewan SMKPB dan pelajar-pelajar dari aliran sains. Namun aku amat terharu melihat calon SPM ini. Dia dikategorikan calon cacat fizikal tetapi dia seorang yang pandai.

JENAYAH SYARIAH

Image
Setiap sabtu dan ahad, aku akan membawa anak sulungku menjalani latihan Archeary di Lapangan Sasar Memanah, Tasik Ayer Keruh, Melaka. Aku amat tertarik dengan papan tanda amaran tentang salahlaku maksiat. Tapi yang menariknya, banyak juga aku melihat couple di taman permainan kanak-kanak. Yang geram tu, buaian kanak-kanak dan bangku juga turut rosak kerana yang duduk di situ ialah mereka yang dah tua bangka, dan bukan kanak-kanak. Sila ambil perhatian pihak berwajib. Laksanakan tanggungjawab anda dan buat amanah yang diberikan. Jangan TIDOR.....
Image
Erm...harine aku betul2 xdak mood........aku pun xtahu kenapa.......biarla aku sorg ja yg tahu kenapa.......so harine aku nak lyn2 ckit kepercayaan cinta......so sapa2 yg tgh cintan cintun or yg baru nak cinton tu baca la eh kita kongsi sesama........................gpn harine aku btul2 xdk mood...... AKU PERLUKAN KETENANGAN Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebena rnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan. Faktor 1 – Konsisten Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Ba

AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU

Kenapa aku perlu bersedih lagi?? Kenapa org suka buat aku bersedih?? Xcukup kah segala yang aku derita selama ini??? Aku dah penat nak menagis n alami semua ini lagi.......... Izinkan beri kebahagiaan kepada diri aku..... Aku tahu...... Aku hanya insan biasa yang xberharta.......aku sedar diri aku...... Tapi tolong jgn seksa aku begini..... Kerana aku juga punya hati dan perasaan........ Sampai bila aku nak berdendam dgn air mata???? Salahkah aku nak hidup bahagia??? Aku sentiasa doakan kebahagiaan org lain......... Tapi kenapa tiada siapa pun fikir aku nya hati dan perasaan??? Xcukupkah lagi pengrbanan aku selama ini??? AKU SEDAR DIRI AKU........ Aku xdpt jd diri org lain...... Aku xdapat puaskan hati semua org..... Aku seorang yang degil........ Aku tahu aku EGO....... AKU tahu aku bukan insan yang dapat menerima pendapat org..... Tapi sekurangnya aku ada telinga untk mendengar segala teguran org lain terhadap aku.............. Aku hanya insan biasa.. Aku xpunya apa2...... TAPI aku a

Fakta Menarik Tentang Senyuman.

Image
fakta fakta menarik tntang senyuman [sumber ;laman web]: 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 2. Pengkaji percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi me

HAYATILAH

Image
H A Y A T I L A H ... Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap: woow, cool giler… Kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus… Kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody’s perfect Kalau lelaki tak handsome berbuat jahatPerempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah! Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia… Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik Perempuan akan kata: sepadan sangat… Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh! Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih Perempuan akan kata:… (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)… Kalau lelaki handsome

Penawar Sakit Untuk Iblis dan Syaitan.

Assalamualaikum.... Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat. Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat Islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan . maka larilah iblis2 - lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan . Maka iblis tadi meraung sakit kerana ceder

CERITA - Isteri Kesal Sepanjang Hayat.

" SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna. Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya. Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya. Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Hari itu, Isnin. Saya m

10 KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun. 2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta. 3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya. 4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan. 5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil. 6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri. 7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya. 8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan

RAHSIA KAYU TAS

Image
Mungkin ada di antara pengunjung blog ini pernah mendengar atau melihat Kayu Tas kan?Bagi pengamal-pengamal perubatan tradisional sudah tentu mengetahui rahsia penggunaan Kayu tas ini. Kayu Tas juga dikenali sebagai kayu penunduk, Hujan panas, Limpanas atau pun ( God Mountain Stick ) kebanyakkan kayu jenis ini orang hanya mengetahui banyak di Sarawak atau hutan Borneo. Tetapi kayu jenis ini juga ada di hutan semenanjung seperti di Perak, Kelantan dan hutan Pahang, akan tetapi susah mendapatkannya kerana spesis kayu ini dilindungi dan ianya amat kurang didapati di tanah semenanjung. Perbezaan kayu tas jenis Jantan dan betina adalah dari kulit warna kayunya. Warna hitam Tas Jantan , Warna Putih Tas Betina . Kayu Tas juga memiliki Bau ( Kalau takde bau kurang Khasiatnya ). Beza bau kayu tas Sarawak dan kayu tas semenanjung amat jauh sekali. Cuma bau tas jantan lebih kurang sama di kedua tempat ini. akan tetapi bau kayu tas (Betina) Sarawak lebih wangi ( Bau semacam rempah ) sedangkan bau

JADUAL PERGERAKAN TUGAS YANG KIAN BERAT

Sepanjang bulan November dan Disember ini, jadual pergerakan tugas kian mencabar. Hari ini, 10 November Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran di SMK Pekan Baru untuk Ketua Pengawas SPM. Aku bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM di JF065 SMK Parit Bunga, Muar. Lokasi tugas di Dewan Besar SMKPB dan calon-calon aliran sains. Aku di bantu dengan seorang Timbalan Ketua Pengawas dan 5 orang pengawas. Peperiksaan akan bermula pada 18 Nov - 16 Dis 2009. Jadual SPM agak berbeza tahun ini kerana aku juga menjadi Ketua Pasukan pemeriksa kertas 1225/2 Pendidikan Moral SPM. Pada tahun ini mesyuarat ketua pasukan pada 3hb-8hb Dis di Hotel Faderal, Bukit Bintang KL dan Mesyuarat Penyelarasan Tempatan bersama 10 orang pemeriksa pula pada 10hb-12hb Dis nanti di SMK Chaah, Labis, Segamat. Bermakna pada 13hb-16hb Disember aku akan mengawasi SPM di SMKPB semula. Hakikatnya, begitulah pada setiap hujung tahun dan kekuatan aku dalam melakukannya adalah demi mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri

Rumah Pusaka Abah - RM160 ribu.

Image
Aruah abah seorang pesara guru. Ibuku suri rumahtangga sepenuh masa dan adik-adikku seramai 8 orang. Dengan pendapatan guru yang tidak seberapa pada ketika itu , dan pemberian bonus memang belum lagi diperkenalkan kepada kakitangan awam, sudah tentulah kekangan kewangan amat besar pada aruah abahku. Aku amat bersyukur kerana berkat kegigihan abahku, kami semua berjaya dalam hidup dan kini ibuku pula tempat kami menumpang kasih. Sebelum aruah ayahku pencen, dia telah membeli sebuah rumah kembar dua dengan empat bilik. Kini nilai rumah itu telah mencecah RM160 ribu. Aku selalu berbincang dengan ibuku, apa akan terjadi, jika rumah ini tiada siapa yang menguruskan nanti. Pasti akan lama kelamaan, rumah ini kian uzur dan menyembah bumi seperti rumah-rumah pusaka yang lain. Anak-anak tidak sepakat dalam menguruskan rumah pusaka dan lepas tangan. Jadi, aku membuat keputusan untuk membeli rumah pusaka ini sebagai tanda terima kasihku pada aruah abah. Ibuku akan tetap tinggal di rumah ini dan

Muhammad Naqib Haikal Amri - Kelab Tek Kwan Do - Koryo

Image
Berbeza dengan abangnya, Muhammad Syafiq Iqbar yang meminati bidang archery, anakku yang ke-3 amat meminati bidang seni pertahanan diri. Aku telah mendaftarkan dia dalam kelab ini sejak 1 Julai dan latihan diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin.

Nur Umairah dan Bunga Hiasan

Image
Aku amat meminati pokok bunga berdaun sahaja. Rasa amat tenteram jika kita dapat duduk dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Nur Umairah telah dijaga oleh isteriku sejak dalam hari lagi dan kini usianya 1 tahun 11 bulan. Kini sudah petah bercakap dan aku amat gembira ketika balik dari kerja, dia akan menjerit-jerit memanggil - "Ayah...ayah..."