Rumah Pusaka Abah - RM160 ribu.





Aruah abah seorang pesara guru. Ibuku suri rumahtangga sepenuh masa dan adik-adikku seramai 8 orang. Dengan pendapatan guru yang tidak seberapa pada ketika itu , dan pemberian bonus memang belum lagi diperkenalkan kepada kakitangan awam, sudah tentulah kekangan kewangan amat besar pada aruah abahku.

Aku amat bersyukur kerana berkat kegigihan abahku, kami semua berjaya dalam hidup dan kini ibuku pula tempat kami menumpang kasih. Sebelum aruah ayahku pencen, dia telah membeli sebuah rumah kembar dua dengan empat bilik. Kini nilai rumah itu telah mencecah RM160 ribu. Aku selalu berbincang dengan ibuku, apa akan terjadi, jika rumah ini tiada siapa yang menguruskan nanti. Pasti akan lama kelamaan, rumah ini kian uzur dan menyembah bumi seperti rumah-rumah pusaka yang lain. Anak-anak tidak sepakat dalam menguruskan rumah pusaka dan lepas tangan. Jadi, aku membuat keputusan untuk membeli rumah pusaka ini sebagai tanda terima kasihku pada aruah abah. Ibuku akan tetap tinggal di rumah ini dan akan menjadi tempat berkumpul kami adik beradik nanti.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.