Posts

Showing posts from October, 2009

Kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan dan Guru Kokurikulum Tingkatan 6 Daerah Muar / Ledang.

Image
Kursus yang julung kali diadakan di Negeri Johor ini, merupakan pengerak utama dalam menetapkan satu landasan yang kukuh akan peranan yang bakal dilakukan oleh Guru Penolong Kanan PraU dan Guru Kokurikulum PraU di Johor. Kursus anjuran PPD Muar ini dilaksanakan dengan hasrat untuk memartabatkan pengurusan PraU secara berkesan dan bersepadu di setiap sekolah Tingkatan 6 Daerah Muar / Ledang. Tahniah kepada pengerak utama kursus ini iaitu Cik Hjh Radziah bte Mohd Akib- Pengerusi Pengetua Tingkatan Enam, Encik Safaat bin Hashim - Pegawai Khas Menengah PPD Muar, Encik Ibrahim bin Kadir - Pengerusi Majlis Perhubungan GPK PraU Muar / Ledang dan semua AJK yang menjayakan kursus ini. Kursus ini telah berjaya menghasilkan Fail Meja GPK PraU dan Guru Kokurikulum PraU yang bakal digunakan pada tahun hadapan. Muga kursus-kursus lain dapat diadakan dengan tujuan untuk memantabkan peranan GPK PraU dan Guru Kokurikulum PraU. Tahniah buat semua.

" MUAR NUMBER ONE 2010 "

MESYUARAT KARNIVAL PELAJAR PRA U SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR.

Image
Mesyuarat Karnival Pelajar PraUniversiti Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor 2009, telah diadakan di Bilik Gerakan, SMK Tun Mamat. Mesyuarat bermula jam 2.00 hingga 5.45 petang dengan dipengerusikan oleh Tuan Haji Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Mesyuarat ini disertai oleh 25 orang ahli mesyuarat.

Rumah Terbuka Raya Kapten (B) Mohd Said

Image
Mohd Said adalah kawan karibku sejak zaman bujang lagi. Beliau adalah anak saudara kepada Aruah Pakcik Yahya, pengusaha Stesen Minyak Petronas, Jasin. Aku mengenali Aruah Pak Cik Yahya sebagai seorang peniaga yang berjaya. Kelulusannya hanya setakat SRP sahaja dan memulakan perniagaan sebagai tukang gunting rambut di bangunan Arked Mara Jasin. Mohd Said adalah orang harapan aruah dalam menguruskan perniagaannya. Aku tidak hairan jika Mohd Said juga bijak berniaga kerana asuhan daripada aruah. Ketika aku menguruskan perniagaan Pusat Tuisyen Maju dahulu, beliau selalu membantu aku untuk urusan rasmi ke Jabatan Pelajaran Melaka. Sehingga kini, hubungan kami tetap baik dan aku mendoakan agar perniagaan beliau juga akan terus berjaya. Kami sekeluarga telah ke rumah terbuka beliau di Ampangan, Seremban.

Archery / Memanah - Mohd Syafiq Iqbar Amri

Image
Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, aku akan menghantar anak sulungku mengikuti latihan memanah dengan Persatuan Memanah Negeri Melaka bawah kategori pelajar sekolah. Anakku telah mengikuti latihan memanah sejak tahun 5 dan bermula dengan latihan menarik getah dari tiub motosikal. Tujuannya adalah untuk membina kekuatan tangan dan lengan. Sebagai ayah, kita perlu memahami kehendak dan minat anak-anak kita dan berusaha untuk membantu mereka. Bidang archery juga adalah satu bidang sukan yang jarang dikuasai kerana faktor jurulatih, kewangan, tempat latihan dan masa.

Hobi Memasak Waktu Cuti.

Image
Hari ini 16 Oktober 2009, Jumaat adalah hari cuti kerana sambutan Deepavali. Aku sejak minggu lepas lagi telah merancang untuk memasak pada hari ini. Jam 8.00 pagi aku dan keluarga telah bergerak ke Pasar Besar Melaka untuk membeli barangan basah seperti daging, tulang lembu, ikan, sotong dan sayur-sayuran. Jam 10.30 pagi aku mula menyiang daging dan sotong. Aku telah memerap daging itu dengan rempah Tandoori. Aku juga membeli tulang lembu dan direbus untuk dibuat sup. Setelah daging diperap selama 1 jam, aku mula menyediakan tempat untuk membakar daging lembu tandoori dan sotong tadi. Anak-anakku tidak sabar untuk memakan daging dan sotong tandoori. Pada aku yang penting, anak-anak suka dan makan apa yang kita masak untuk mereka. Cara panggang juga amat baik untuk kesihatan kita.

"POT LUCK" HARI RAYA TAHUN 2009

Image
Pada hari ini, 15 Oktober 2009, kami kakitangan SMKTM mengadakan jamuan "Pot Luck" untuk semua warga kakitangan SMKTM. Guru-guru dan kakitangan bukan akademik memberikan kerjasama dengan membawa makanan masing-masing dan jamuan diadakan secara terbuka di bilik guru. Muga aktiviti ini dapat diteruskan lagi dan yang pasti dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua kakitangan sekolah.


Ceramah Pengajian Perniagaan - Encik Mokhtar Pet.

Image
Ceramah PP telah diadakan pada 21 Oktober 2009, hari Rabu, bertempat di Bilik Seminar, SMK Tun Mamat dari jam 11.00 - 1.00 tgh. Ceramah Pengajian Perniagaan ini telah disampaikan oleh Cikgu Mokhtar Pet dari SMK Tun Dr Ismail. Ceramah ini diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 6 Atas . Kerjasama daripada semua pelajar dan guru amat baik dan terima kasih kepada Cikgu Helmi (kaunselor) dan Cikgu Haslina ( Guru PP ) Muga ceramah ini memberikan kebaikan kepada para pelajar.

Ceramah Bahasa Melayu STPM 2009

Image
Ceramah BM STPM telah diadakan pada 14 Oktober 2009, bersamaan hari Rabu, bertempat di Dewan Seminar SMK Tun Mamat. Ceramah ini dijayakan hasil kerjasama antara guru-guru BM STPM dan Cikgu Helmi Jaafar, Kaunselor SMK Tun Mamat. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Noraini Ismail dari SMK Tengku Mahkota, Muar. Kerjasama dan perhatian pelajar amat baik sepanjang program ceramah ini dan diharapkan program ceramah ini memberikan kesan yang baik kepada para pelajar.

Mee Banjir Udang - Kuala Sepetang Taiping Perak

Image
Pada 11 Oktober 2009, dalam perjalanan balik dari Langkawi dan Kuala Kedah, aku telah singgah ke Taiping berjumpa dengan rakan baikku. Kami berkenalan ketika menjadi Sukarelawan Sukan Komenwel 1998, atau dikenali sebagai SUKOM98. Kami adalah team sukarelawan dari negeri Melaka dan hubungan kami terus kekal hingga hari ini. Beliau ialah Mohd Rapi, yang kini bertugas sebagai Pegawai Penjara Taiping dan isterinya, Norhaizam yang mengajar di SMK Matang, Taiping, Perak. Aku juga tidak mengetahui bahawa, Rapi mempunyai hubungan persaudaraan disebelah Bondaku, dimana Rapi adalah adik kepada aruah pak ngahku dimana, aruah mak ngahku merupakan sepupu bondaku. Ini adalah kunjunganku sekeluarga buat kali pertama, setelah Rapi bertukar ke Perak. Namun ikatan persaudaraan tidak akan terputus dan aku bersyukur kerana hubungan kami baik sehingga kini. Apa yang mengembirakan aku ialah, telah lama aku berhajat hendak menikmati "Mee Banjir Udang" yang pernah disiarkan di TV3. Rapi telah memba…

Pulau Langkawi 9hb-11hb Oktober 2009.

Image
Bondaku tahun ini telah dua kali di tahan di wad Hospital Jasin. Jangkitan kuman dalam paru-paru. Syukur bondaku telah sihat dan bagi memenuhi permintaannya, aku membeli seekor kambing dan mengupah orang memanggang kambing tersebut untuk jamuan rumah terbuka bondaku pada Hari Raya tahun ini( Ada dalam post Rumah Terbuka Bonda Gunawan). Bondaku juga meminta aku menghantarnya ke Kuala Kedah, kerana mahu adik perempuan aku menjaganya. Pada pandanganku, selagi bonda kita masih ada, laksanakan tanggungjawab kita dengan baik dan jangan abaikan Bonda kita kerana sudah menjadi tanggungjawab kita menjaga kebajikan mereka pula. Anak-anak kita akan melihat dan belajar cara-cara kita menjaga dan bercakap tentang Bonda kita. Selalu berkata kepada anak-anak - Ayah sayang nenek.... Nenek dah jadi tanggungjawab ayah menjaga dia kerana datuk sudah meninggal dunia.... Nenek sudah tua, nanti ayah dan ibu sudah tua, jaga kami macam ayah dan ibu jaga nenek sekarang.... - Insyaallah anak-anak kita akan me…

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Perkara 153.

Perkara 153, Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb.bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.

(1)Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2)Walau apapun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 da peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam(selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) d…

BERBUKA PUASA di D VILLAGE AIR KERUH

Image
Pada 26 September yang lalu, kami sekeluarga telah berbuka puasa di Air Keruh D Village. Saya telah membawa bersama Bonda saya, Tuan Haji Hashim dan isteri serta rakan saya Cik Yusni, anaknya dan adik Cik Yusni yang bertugas di Reverabay, Melaka.