Mee Banjir Udang - Kuala Sepetang Taiping Perak
Pada 11 Oktober 2009, dalam perjalanan balik dari Langkawi dan Kuala Kedah, aku telah singgah ke Taiping berjumpa dengan rakan baikku. Kami berkenalan ketika menjadi Sukarelawan Sukan Komenwel 1998, atau dikenali sebagai SUKOM98. Kami adalah team sukarelawan dari negeri Melaka dan hubungan kami terus kekal hingga hari ini. Beliau ialah Mohd Rapi, yang kini bertugas sebagai Pegawai Penjara Taiping dan isterinya, Norhaizam yang mengajar di SMK Matang, Taiping, Perak. Aku juga tidak mengetahui bahawa, Rapi mempunyai hubungan persaudaraan disebelah Bondaku, dimana Rapi adalah adik kepada aruah pak ngahku dimana, aruah mak ngahku merupakan sepupu bondaku. Ini adalah kunjunganku sekeluarga buat kali pertama, setelah Rapi bertukar ke Perak. Namun ikatan persaudaraan tidak akan terputus dan aku bersyukur kerana hubungan kami baik sehingga kini. Apa yang mengembirakan aku ialah, telah lama aku berhajat hendak menikmati "Mee Banjir Udang" yang pernah disiarkan di TV3. Rapi telah membawa aku sekeluarga menikmati mee tersebut dan lokasi kedainya arah ke Port Weld dan melalui makam Ngah Ibrahim. Buat Rapi sekeluarga, terima kasih dan yang pasti hingga kini Bondaku asyik bercerita keenakan udang dalam Mee Banjir Udang. Memang benar, kena kuakkan udang baru bertemu mee atau kew tiau di dasar pinggan. Hebatkan.......?
Comments