Posts

Showing posts with the label JASIN

D' NA HOME STAY & ASRAMA PELAJAR

Image
D' Na Home Stay dan Asrama terletak di alamat  JA 6885, Jalan Seroja 3, Taman Maju, 77000 Jasin Melaka. D'Na Homestay and Hostel menawarkan 3 bilik tidur dan ruang tamu serta dapur. Boleh menempatkan 6-8 orang untuk satu-satu masa beserta dapur, TV, meja makan, almari dan peti sejuk. Kadar bayaran RM170 sehari dan untuk asrama bagi pelajar-pelajar, satu kepala RM100. Berminat, boleh hubungi : Pn Muslina Leman ditalian 06-5293921 (Rumah) @ HS 014-7191742 atau menghubungi 012-6962576

TAMAN REKREASI AIR PANAS, JASIN.

Image
Salam buat semua pembaca blog saya. Seperti biasa, tuisyen saya bermula jam 5 petang dan tamat jam 7 malam. Selepas solat Maghrib, saya sekeluarga dan bonda saya mandi air panas di Taman Rekreasi Air Panas, Jasin dari jam 8 malam hingga jam 10 malam.

RIBUT DI BAZAAR RAMADHAN, JASIN.

Image
Pada bulan Ramadhan, tuisyen saya percepatkan pada jam 5.00-6.30petang. Rata-rata pelajar-pelajar tuisyen saya sedia maklum dengan perubahan jadual ini kerana malamnya dapatlah saya membawa hero-hero saya solat Tarawih di masjid. Kali ini solat tarawih tidak di masjid Taman Maju sahaja kerana saya berhajat hendak melakukan solat ini di masjid yang lain juga. Seperti biasa pada 13hb Ogos, Jumaat, saya bersedia untuk mengadakan tuisyen SPM (BM) tetapi jam 4.30 petang cuaca agak luar biasa. Angin kuat dan hujan yang lebat. Pasu bunga banyak yang rebah dan bunga gantung ada yang jatuh ditiup angin kuat. Rupa-rupanya, di bazaar Ramadhan Jasin, yang terletak di Stadium Jasin juga di landa ribut. Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban. Kesan ribut di tapak bazaar ramadhan Para peniaga tetap memberanikan diri berniaga selepas tragedi semalam. Bilangan gerai yang berkurang setelah bencana semalam. Cadangan buat YDP MPJ, Tuan Haji Murad agar lokasi bazaar ini dipindahkan. Kawasan i...

ASAL USUL NAMA BANDAR JASIN.

Image
Bandar Jasin, berasal daripada nama Mat Yasin atau dikenali sebagai "Tok Senara". Beliau merupakan pengasas bandar Jasin dan makamnya terletak di Taman Muhibbah, Jasin ( Tapak Pasar Malam setiap Sabtu ) MAKAM TOK SENARA JAMBATAN TOK SENARA

TANDAS LESTARI TAMAN MUHIBBAH,JASIN.

Image
Apabila kita ke Taman Muhibbah, Jasin atau tapak Pasar Malam setiap hari Sabtu, kita pasti akan melihat bangunan yang cantik ini - Tandas Taman Muhibbah. Bayaran masuk 50sen dan pada peringkat awal saya rasa mahal. Mengalahkan tandas awam di Low Yatt, Kuala Lumpur. TANDAS MUHIBBAH. TANDAS OKU DISEDIAKAN JUGA. TAMAN DALAM TANDAS. TANDAS OKU JUGA DISEDIAKAN. RUANG DALAM TANDAS YANG BERSIH DAN SELESA. RUANG DALAM TANDAS. SUASANA LALUAN KE TANDAS BUKA KASUT DAN SELIPAR DISEDIAKAN Barulah kita tahu kenapa dikenakan bayaran 50 sen setiap kali hendak menggunakannya. Tahniah kepada Tuan Haji Murad ( YDP MPJ ) dan muga Jasin terus maju.