Posts

Showing posts with the label Nurhatiku

SUNTIKAN INSULIN BUAT BONDAKU, HJH SIMAH BT SABTU.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bondaku kini berusia 74 tahun dan perlu disuntik insulin 3x sehari - pagi, petang dan malam. Berikut langkah-langkah yang perlu dibuat setiap kali sebelum suntikan.  1. Ambil tekanan BP dulu. Catat bacaan BP dalam buku catatan. 2. Ambil pula bacaan Glukose dengan menggunakan peralatan khas. Ambil darah dan lihat bacaan gula. 3. Akhirnya, beri suntikan insulin kepada Bondaku, sama ada di lengan @ perut @ peha. Percayalah...setiap kali memberikan suntikan, aku rasa sedih... macam manalah Bondaku menahan sakit ketika di suntik....

SUNTIKAN INSULIN BONDAKU 3X SEHARI.

Image
 Menjadi tugas aku dan anak buahku, Siti Aisyah menyuntik Bondaku dengan NOVO pen Insulin untuk mengatasi masalah kencing manis Bondaku.

HARI IBU 2014

Image

KISAH LOO JO YEE BTE ABDULLAH MEMELUK ISLAM

Image
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Krist...

ISMAELDA, KUCING KESAYANGANKU

Image
  Ismaelda kini semakin gemuk. Kucing ini pemberian sahabat saya Suhaimi Suleiman.

HARI IBU BUAT BONDAKU HJH SIMAH BTE SABTU 2013.

Image
Bondaku ini bila diajak makan di luar sempena Hari Ibu, malas katanya... simpan duit nak ke  Kuala Kedah nanti kerana pada 2 Jun 2013, anak saudaraku bernikah di Kuala Kedah.

INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) 2013

Image
Kami sekeluarga telah membawa Bonda Simah ke IJN menziarahi Busu Dewa adik bongsu Bondaku yang menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.

ZULIDIAH HJ HASSAN vs ABD RAZAK JAMALUDDIN.

Image
Rakan-rakanku, Zulidiah dan Razak telah dipertemukan jodoh mereka. Semuga mereka hidup bahagia. Bukan mudah untuk mencari generasi Melayu yang menganut agama Islam secara turun temurun yang boleh mengamalkan POLIGAMI. Muga mereka bahagia dan sejahtera.

BUSU DEWA SABTU DAN MAK LONG KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL.

Image
  Busu Dewa Sabtu, adik bongsu Bondaku yang tinggal di Kg Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. Mak Long adalah kakak ipar Bondaku, isteri kepada aruah Pak Longku, Rahmat Sabtu.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 - HARI 1.

Image
Bangun mandi sunat raya, kami sekeluarga ke Masjid Al Ghaffar, Jasin solat sunat raya. Tamat jam 9.20 pagi balik ke rumah bersalaman dengan anak-anak dan isteri. Terus ke rumah Bonda di Taman Maju. Lepas itu ziarah pusara abah di Jasin Hilir.  Balik ke Felda Bukit Senggeh, Jasin ke rumah Mak Mertua dan ziarah pusara bapa mertua. Lepas itu ke rumah Pak Cik Mustafa. Bergerak ke Serting Hilir 2 ke rumah Busu Ibrahim. Dari Serting Hilir 2, gerak ke Alor Gajah Melaka. Ziarah Mak Lang Mariam dan Mak Lang Norliah. Terus ke Hospital Besar Melaka, ziarah Pak Long Hamzah yang sakit di 3-4-6.  Jam 8.30 mlm sampai di rumah, Tidak sampai 10 minit, ada tetamu dari KL.

CUCU SULONG - NUR FARHANI M. FAHMI

Image
Anak buah sulong saya Muhammad Fahmi Md Fadhil dan isterinya Siti Hasnarani bt Wahab telah mendapat anak pertama, Nur Farhani Darina bte M. Fahmi.

KENDURI ARUAH DAN DOA SELAMAT 2012.

Image
Pada 12 Mac 2012. Isnin selepas solat Zohor, hajat adikku Inayah Hj Yahya dan Bondaku Hjh Simah Sabtu untuk mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil buat aruah abahku. Syukur majlis dapat dijalankan dengan sempurna.