Posts

Showing posts from October, 2011

PESANAN TUAN PPD MUAR - BEZA ANTARA ORANG JEPUN DAN ORANG KITA.

Perbezaan yang amat ketara antara Budaya Kerja Orang Jepun (OJ) dan Orang kita (OK) ialah; 1.OJ sikit-sikit kerja, OK sikit kerja. 2.OJ sikit berbual, OK sikit-sikit berbual. 3.OJ sikit-sikit baca, OK sikit baca. 4.OJ sikit makan, OK sikit-sikit makan. 5.OJ sikit silap, OK sikit-sikit silap. 6.OJ sikit silap mohon maaf, OK sikit silap marahkan orang lain. 7.OJ sikit ubah, OK sikit-sikit ubah. 8.OJ sikit-sikit berjaya, OK sikit berjaya. Maka fikirkan apa yang membezakan sikit dengan sikit-sikit. Ada baik dan buruknya. Renung-renungkan.....

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE-2 ( JOHOR -MEDAN-ACHEH )

Cadangan Program Pengantarabangsaan ke-2 (dengan kerjasama PIBG) akan dilaksanakan pada 24hb-27hb Jun 2012. Pada 24hb Jun 2012, dengan penerbangan Air Asia kita akan berada di Medan. Selepas mendaftar di Residence Hotel, Medan kita akan mulakan dengan lawatan setempat di Medan. Pada 25hb, atas permintaan YDP PIBG, kita akan mengadakan lawatan sehari ke Acheh dalam program "HOPE FOR HUMANITY" dengan menghulurkan bantuan kewangan ke Rumah Anak Yatim mangsa Tsunami yang ditaja oleh Kerajaan Johor. Kita juga akan melihat kesan-kesan Tsunami di Acheh. Pada 26hb pula di sebelah pagi, kita akan ke UNIVERSITAS NEGERI MEDAN dan pada petang kita akan ke YAYASAN SITI HAJAR SCHOOL . Pada 27hb Jun kita akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di medan. Cadangan ; 1. Kos penerbangan sehala RM84 dan kos penginapan hotel Rp120,000 (RM42) semalam. 2. Jadual lawatan ke tempat-tempat pelancongan boleh diubah tetapi ke Rumah Anak Yatim Acheh, UNM dan YSHS bergantung pada balasan

MOTIVASI DARI TUAN PPD MUAR - TUAN HAJI AHMAD OTHMAN.

Image
Mantan pengetua yang kini merupakan PPD Muar, Tuan Haji Ahmad bin Othman telah memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon SPM dan STPM 2011.

BARISAN PENGURUSAN SMK TUN MAMAT, TANGKAK.

Image
HAJAH FUZIAH BT HJ MAHDAN PENGETUA SMK TUN MAMAT. ENCIK MUSTAFFA BIN MA'ROF GURU PENOLONG KANAN ENCIK RAHMAN BIN AHMAD GURU PENOLONG KANAN KOKO ENCIK SAIPUL ANUAR BIN SAYUTI GURU PENOLONG KANAN HEM ENCIK AMRI BIN HJ YAHYA GURU PENOLONG KANAN PRA-U PUAN FAUZIAH BINTI AWANG NIK GURU KANAN M/P SAINS DAN MATEMATIK PUAN JAMILAH BINTI BARON GURU KANAN M/P SAINS SOSIAL PUAN NORHAYATI BINTI ADAM GURU KANAN M/P BAHASA

BUNGA RAYA BARU TAHUN INI.

Image
Saya berhasrat hendak membina gazebo di kawasan lapang tepi rumah saya. Saya akan tanam berbagai jenis baka bunga raya yang saya kumpul dari beberapa tempat. Jenis bunga raya ini jarang saya lihat dan corak serta bentuknya agak menarik.

GAMBAR KELAS PRA-U SESI 2011.

Image
PRA-U 6 BAWAH A PRA-U 6 BAWAH B PRA-U 6 BAWAH C PRA-U 6 ATAS A PRA-U 6 ATAS B PRA-U 6 ATAS C

JADUAL PENANDAAN DAN MESYUARAT PENYELARASAN TEMPATAN 1225 SPM 2011.

Untuk makluman semua pemeriksa kertas P. Moral SPM , kumpulan 1225/2/J1300, mesyuarat bersama KPB dan KPs akan diadakan pada 28 Nov hingga 3 Dis 2011 manakala mesy tempatan 1 pada 5 - 7 Dis 2011 dan mesyuarat tempatan ke 2 dari 26 - 28 Dis 2011 dan kemasukan markah online pada 29 - 30 Dis. Cadangan tempat untuk mesyuarat penyelarasan tempatan tahun ini akan diadakan di SMK Chaah, Segamat. Surat telah dihantar ke sekolah tersebut.