Posts

Showing posts from January, 2014
http://stayreward.com/index.php?share=29502

KISAH LOO JO YEE BTE ABDULLAH MEMELUK ISLAM

Image
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Krist

CERAMAH MAULUD 2014 - USTAZ DZULKARNAIN HAMZAH -SELIBRITI OASIS.

Image
  Syukur kepada Allah, SMK Tun Mamat berjaya membawa masuk insan-insan yang mempunyai kebolehan tersendiri dan semuga menjadi contoh terbaik buat semua warga SMK Tun Mamat.   Sempena sambutan Maulud, Junjungan dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW, Ustaz Dzulkarnain dijemput mengadakan ceramah di Dewan Tranformasi. Beliau terkenal dengan zikir berlagu mengikut taranum dalam Al-Quran dan setiap zikir dan bacaannya amat menyentuh hati kita. Itulah kehebatan beliau. Semuga ini bukan program pertama dan terakhir buat kita. Warga SMK Tun Mamat perlu berfikir dan bersedia mengadakan program begini dengan niat kerana Allah, untuk anak-anak kita di SMKTM serta warga yang lain. Semuga diberkhati Allah. JAZAKALLAH......

PERJUMPAAN PENGETUA BERSAMA YB DATUK IR HAMIM SAMURI.

Image
YB Datuk Ir Hamim Samuri telah mengadakan perjumpaan bersama pengetua-pengetua daerah Ledang pada 28hb Januari 2014 di bilik Gerakan SMK Tun Mamat.

ISMAELDA, KUCING KESAYANGANKU

Image
  Ismaelda kini semakin gemuk. Kucing ini pemberian sahabat saya Suhaimi Suleiman.

BIRO AKADEMIK UMNO CAWANGAN TAMAN MAJU 2014.

Image
Program ceramah kerjaya dan kepentingan pendidikan ijazah ini akan disampaikan oleh Dr Hamzaid Yahya pada 8 Mac 2014 (Sabtu), jam 8.00 pagi - 2.00 petang bertempat di Dewan Alamanda Jasin, Melaka. Pendaftaran percuma dan ceramah ini untuk calon-calon SPM dan STPM tahun 2014. Peserta akan diberikan cenderahati, beg, alat tulis serta makan minum percuma. Program kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Biro Akademik UMNO Cawangan Taman Maju dan UMNO Bahagian Jasin.

PERASMIAN DEWAN UTAMA SMK TUN MAMAT 2014.

Image
Pada 11 Januari 2014, Sabtu Dewan Utama SMK Tun Mamat telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor, Hj Mohd Noh bin A. Ghani.