Posts

Showing posts from April, 2011

FESTIVAL MOTOSIKAL KLASIK NEGERI MELAKA.

Image
Syabas kepada kerajaan Negeri Melaka yang telah menganjurkan Festival Motosikal Klasik tahun 2011. Basikal kanak-kanak klasik.

PENGANTARABANGSAAN KE NEGARA BRUNEI.

Image
Program Pengantarabangsaan ke Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada 26hb-28hb Jun 2011. Program ini mendapat kerjasama dari pihak JPNJ dan Unit Dasar dan Perhubung an Antarabangsa KPM. Seramai 10 orang guru dan 10 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Kini pihak penganjur sedang berusaha untuk mendapatkan penaja bagi program ini yang kosnya berjumlah hampir RM11,000 ribu.

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI MEI INI ?

Image
Hangat diperkatakan di laman-laman blog dan forum memberitahunya bahawa Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan diadakan pada Jun tahun ini disusuli dengan kenaikan gaji kakitangan awam sempena pilihanraya nanti. Walaupun tempoh Pilihanraya Umum(PRU) akan luput pada tahun 2013 namun mungkin dibuat awal rentetan kemenangan bergaya Barisan Nasional di Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini. Pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian pun ada maklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada 1 Mei iaitu jatuhnya tanggal sambutan Hari Buruh tahun 2011 ini. Beliau juga dijangka mengumumkan beberapa insentif kepada kakitangan swasta. Ini ditambah lagi dengan tindakan Datuk Seri Najib yang menangguhkan pemilihan jawatan dalam Umno selama 18 bulan. Kenaikan gaji kakitangan awam ini dijangka naik sekitar 15% kali ini.Mungkin selepas ini ada orang politik mengatakan ianya gula-gula pilihanraya untuk mengundi keraja

TAMAN REKREASI AIR PANAS, JASIN.

Image
Salam buat semua pembaca blog saya. Seperti biasa, tuisyen saya bermula jam 5 petang dan tamat jam 7 malam. Selepas solat Maghrib, saya sekeluarga dan bonda saya mandi air panas di Taman Rekreasi Air Panas, Jasin dari jam 8 malam hingga jam 10 malam.

PROGRAM PERSEDIAAN KE UNIVERSITI (PPU).

Image

DE BELLA - CERAMAH PENJAGAAN KESIHATAN DARI PUAN ZULIDIA HJ HASSAN.

Image
Rakan saya Puan Zulidia Hj Hassan, bekas guru yang kini sepenuh masa bergiat dalam perniagaan penjagaan kesihatan - De Bella, mengadakan ceramah penjagaan kesihatan De Bella. Rakan-rakan lama seperti Puan Faridah Harun dan Puan Abrah Mansor juga turut hadir. Adik saya, Wartawan Harakah Taufik Hj Yahya atau nama penanya, AHMAD TAJDID hadir sama membawa BONDA saya HAJAH SIMAH BTE SABTU.