Posts

Showing posts from December, 2013

BUKTI KEBENARAN AL QURAN DI GUNUNG EVEREST

Image
Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi .  Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya .  Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .   Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88 ” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan .  ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “ Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi .  Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ?  Baginda dianggap manusia gila ! Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan ,

RUMAH DAN SEKOLAH ASAL CHEN PENG.

Image
SITIAWAN –  Kediaman keluarga Ching Peng di sebuah rumah kedai di Jalan Kampung Koh, Sitiawan, di sini, kosong. Rumah kedai yang terletak berhampiran Wisma Ganda, Sitiawan yang dikatakan menjadi tempat kelahiran Chin Peng masih lagi kekal utuh walaupun kemungkinan usianya sudah menjangkau seratus tahun. Sekolah rendah didakwa penduduk tempat Chin Peng belajar. Rumah kedai berkenaan kini terbiar kosong dan dibuka untuk disewa kepada sesiapa sahaja yang berminat memandangkan kawasan itu telah membangun dan mempunyai banyak bangunan baru lain. Usaha menjejaki ahli keluarganya gagal kerana dikatakan kebanyakan ahli keluarga termasuk anak-anaknya tinggal di luar negara. Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 69, berkata, dia mengenali Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sejak berpindah ke kawasan itu, 50 tahun dahulu. “Ketika berpindah ke sini saya masih kecil dan mengenali Chin Peng secara biasa sahaja kerana kedai ka