Posts

Showing posts from January, 2010

BEEF HALAL..?

Image
Murah! Murah!! Beef halal! Yo yo O je beef halal. Tengok la hidung siapa yang mendongak ke langit. Babi sembelih kot? Boleh pula bawah tu ada tulis HJ. Naguib. Haji ke? Aku tau, ni sure bukan ni Malaysia ni. Mesti la kat tempat jiran kita tu kan? Adui..macam mana boleh dapat title HALAL tu tak tau la. Diorang pun ada keluarkan maggi perisa ayam babi kan? 50 % Halal. sangat sengal!!

Arak Halal !

Image
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

najib.daud@utusan. com.my


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya. "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamany…
Rahsia Iblis Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah pada…

PENGKIANAT RAKYAT JOHOR

Image

SILA BACA.

Image
Sejak umat Islam di Malaysia sedang berpecah...ada pulak orang islam dinegara ini lebih memihak pada orang kafir dari orang islam sendiri dalam beberapa perkara...manakala orang2 kafir dinegara ini mula bersatu di bawah satu parti,sekarang dah mula nak tunjuk taring...mula-mula tuntut penggunaan nama kalimah Allah di Gereja lepas tu dah mula berani nak hina kitab suci umat islam iaitu Al-Quran...



Dari Riawayat Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW Bersabda :

Sesungguhnya Allah berfirman:Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka aku umumkan perang terhadapnya. Tidaklah ada seorang hamba yang mendekatkan diri kepada-Ku lebih aku sukai daripada melaksanakan apa yang aku wajibkan kepadanya, dan seorang hamba yang terus-menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan yang sunnah-sunnah hingga Aku mencintainya. Maka jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya; Aku akan menjadi penglihatannya yang dia melihat dengannya; Aku akan menjadi tan…

22 Januari 2010 - Jumaat.

Image
22 Januari 2010 genap usiaku yang ke 46 tahun. Aku amat bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan aku kesihatan yang baik yang setakat ini bebas dari penyakit dan juga anugerah rezeki-Nya. Tarima kasih atas ingatan dari pihak sekolah, rakan-rakan, Nurhati di UT, isteri dan anak-anakku yang menghadiahkan sepasang kasut dan penuntut-penuntut Pra-U6AC kerana menhadiahkan pen serta kad ucapan.
Semuga kita berada di bawah peliharaan Allah. Namun, tarikh 22 Januari 2010 adalah juga tarikh di mana Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar mangkat. Muga Allah menempatkan roh Almarhum bersama roh-roh mereka yang beriman....
Al Fatihah.....

PERHIMPUNAN PRA-U 2010

Image
Perhimpunan khas Pra-U membolehkan pelajar berbincang dan mencadangkan aktiviti mereka.

Penuntut Pra-U Perdana 2010, sedang mendengar taklimat. Bawa buku nota dan alat tulis.

Mulai 11 Januari 2010, perhimpunan Pra-U seperti berikut;

Pada hari Isnin, perhimpunan wajib bersama pelajar perdana, dan Rabu untuk Koku mengikut badan uniform masing-masing kecuali pelajar Pra-U yang bakal masuk untuk Tingkatan 6 Rendah, mereka wajib menyertai JPA3.

Pada hari Selasa dan Khamis adalah perhimpunan wajib untuk pelajar Pra-U dan Jumaat untuk Sivik, Moral dan Tazkirah.

TUISYEN / KELAS TAMBAHAN BM TINGKATAN 1, 2 DAN PERALIHAN.

Image
Semasa belajar, kena serius dan jangan main-main.

Pelajar T1, T2 dan P sedang belajar. Sem 2 mereka akan dipisahkan.

Kelas ini telah bermula dan jumlah pelajar terhad kepada 15 orang sahaja. Pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan dan anak-anak jiran.

TUMBUHAN TILLANDSIA

Image
Tumbuhan ini dikenali di Barat sebagai Pokok Udara yang bermaksud sejenis pokok dari jenis epiphyte iaitu boleh hidup menumpang dipokok lain tetapi mendapat air dari udara persekitarannya.

Tillandsia amat mudah untuk di tanam. Tumbuhan ini amat unik kerana tumbuh berjurai ke bawah, dan sesuai dijadikan tanaman gantung. Batangnya mudah bercabang dengan daun yang kecil tumbuh diseliling batang dan ditutupi dengan banyak sisik berwarna perak keputihan. Tumbuhan ini juga tidak memerlukan siraman tetapi hanya semburan sahaja.

Tillandsia mempunyai banyak spesies dan aku amat meminati tumbuhan ini yang amat mudah untuk ditanam kerana aku hanya perlu membuat gulungan dawai untuk menyangkut tumbuhan ini. Aku banyak menanam Tilandsia jenis Usneoides yang dikatakan berasal dari Argentina dan Chile. Di sana, tumbuhan ini digelar "Spanish Moss " atau Lumut Spanyol . Ada juga digelar "Old Man's Beard" atau Janggut Orang Tua. Di Malaysia, tumbuhan ini dinamakan Misai Jin atau…

NOTA DAN SOALAN-SOALAN PTK DG44

Latihan 2

Jadual di bawah menunjukkan jumlah pengeluaran beberapa jenis mineral di Malaysia pada tahun 1995 dan 1998.MineralPengeluaran (Tan Metrik) 1995Pengeluaran (Tan Metrik) 1998Timah6 4035 754Tembaga87 72853 001Bauksit184 433160 271Bijih Besi202 322375 5121.Berdasarkan jadual di atas bandingkan jumlah pengeluaran setiap jenis mineral di Malaysia pada tahun 1995 dan 1998 dengan menggunakan kaedah symbol berkadar yang sesuai. (13 markah)

2.Nyatakan perubahan pengeluaran setiap jenis mineral antara tahun 1995 hingga 1998.
(4 markah )

3.Huraikan sumbangan mineral-mineral di atas terhadap pembangunan ekonomi dan social di Malaysia. (8 markah)

PLAN-J

PLAN-J
PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR(PLAN-J)

Merupakan standard akademik untuk sekolah-sekolah negeri Johor bermula pada tahun 2010 dan dilaksana sepenuhnya pada tahun 2011.

Satu garis panduan tentang jumlah latihan minimum bagi setiap pelajar mengikut aras pembelajaran optimum dan potensi pelajar.

"Should know and be able to do"- pelajar patut tahu dan boleh melakukan latihan yang diberikan oleh guru.

Bagi guru pula, " Apa yang ditulis dalam buku ringkasan mengajar, merupakan apa yang diajar pada hari itu, dan apa yang patut diuji dari pengajaran itu."

Satu program yang Smart dan memang "Johor Number One."

ROMBONGAN KE PULAU LANGKAWI DAN PADANG BESAR.

Image
cable car

Lang di Dataran Helang

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA-U (MPPU)
SMK TUN MAMAT,
84900 TANGKAK, LEDANG.

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI (3H 2M)
Tarikh : 27hb – 30hb Mei 2010
Terbuka kepada semua warga SMKTM
( Guru, Kakitangan bukan akademik dan pelajar )

Tambang : RM240 per head.Bayaran untuk Bas Persiaran, feri dari Kuala Perlis , bas persiaran di Pulau Langkawi dan penginapan di Hotel Region ( Pekan Kuah ). Perjalanan balik ke Padang Besar, Perlis.

Tempat adalah terhad dan digalakkan membuat pembayaran
secara beransur-ansur

P/S : Perjalanan menggunakan bas persiaran.

PERCUTIAN KELUARGA KE PULAU LANGKAWI.

BBQ D RUMAH ADIK ( TAUFIK HJ YAHYA - WARTAWAN HARAKAH )

Image
BBQ ikan, ayam, dan sotong.

anak buahku dan adik iparku

Bersama anak buahku.

Hujung bulan Disember agak BZ kerana tugas sebagai pemeriksa kertas dengan LPM. Bondaku mengajak aku ke Rawang, ke rumah adikku, Taufik Hj Yahya yang bertugas sebagai Wartawan Harakah. Bonda mengajak, maka ku bawa keluargaku dan kerja "on line" markah berjaya juga dilakukan.

TUISYEN GUNAWAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2010.

Image
Pelajar tekun membuat latihan.

Pelajar tuisyen 1 Malaysia

Pelajar tuisyen SPM sedang membuat latihan.



Bermula sesi persekolahan yang baru, maka bermulalah tuisyen dan kelas tambahan Gunawanledang. Sejak minggu akhir bulan Disember 2009 lagi, ibu bapa pelajar sudah mula menghubungi aku untuk kelas tuisyen anak-anak mereka. Syukur kepada Allah, kerana keyakinan mereka untuk terus menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan denganku. Rezeki anak-anak juga kata bondaku.

PERCUTIAN KE THAILAND

Latihan 1 - Perhutanan.

Image
Jadual di bawah menunjukkan keluasan hutan di tiga buah benua di dunia pada tahun 1980 dan 1990.


BENUAKeluasan hutan(hektar)tahun 1980Keluasan hutan (hektar)tahun 1990Amerika Latin932 000839 900Asia310 800274 900Afrika650 300600 100JUMLAH1 893 1001 714 900



Berdasarkan maklumat di atas:

1.Sediakan sebuah rajah separa bulatan berkadar bagi menunjukkan perubahan keluasan hutan di setiap benua di antara tahun 1980 hingga 1990.
(10 markah )

2.Berpandukan rajah yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa keluasan kawasan hutan di setiap benua berkenaan semakin merosot ?
(10 markah )

3.Huraikan kesan kemerosotan kawasan hutan terhadap peningkatan suhu dunia.

PERCUTIAN KELUARGA KE PULAU PINANG.

MANA 1 PILIHAN KAMU ?

Kecantikan, kepintaran, dan Personaliti dalam membentuk imej diri mungkin boleh di sifatkan sebagai anugerah kurniaan yang maha Esa. Sekiranya individu mempunyai 3 pakej ne serentak sgtlah seronok..huuhu ternyata kelebihan memihak pada dirinya...ngeh3.....

Anatara ketiga-tiga faktor ne yang mana satukah menjadi keutamaan bagi diri kita??

Bagi aku...sudah tentulah kepintaran!! Bagi aku..sekiranya seseorang itu memiliki kepintaran, dia mampu meletakkan dirinya di mana2 sahaja tanpa mengira situasi mahupun kelompok kumpulan tertentu. so kita tidaklah di pandang rendah oleh orang2 di sekeliling kita.....

Sebagai contoh diri aku...aku pernah di perbodohkan tanpa aku berfikir...sangatlah aku rasa diri aku bodoh sgt2 coz kena tipu hidop2...sangatlah sakit hati..........sebab dia gunakan kepintaran dialah memperbodohkan diri aku neh...huh-huh..hu---...

Ke2 barulah kecantikan or encem....bagi aku..kecantikan or encem yang aku maksudkan bukan sahaja dari segi rupa paras dan bentuk fizikal......tet…

HATI DAN CINTA

Image
Meh2 kita bercakap tentang HATI kita nak x?? nak x???



Pesan pada diri....
Jangan tersalah memberi hati....
Pada insan yang tak sudi....
Pada insan yang tak mengerti...
KERANA
Sekali kau memberi,
Selamanya dia di hati...
KERANA
Sekali kau di lukai...
Sampai mati kau ingati...
Pesan lagi pada diri...
Hati-hatilah dalam memberi...
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai...
BETAPA
Tingginya nilai sekeping HATI...


Renung2kan lah kawan2ku...ngeh3....
* Aku paling benci insan yang tidak menghargai HATI n CINTA*

TQ 4 ; HoNeYBuNNY

FIAT SUPER MERAFIORI 131 CL - 1970

Image
Gambar-gambar ini ketika kereta ini belum dibawa ke bengkel untuk di baiki bahagian yang telah berkarat di pintu kereta.


Aku amat menyayangi kereta klasik ini kerana telah banyak berjasa kepada aku. Cuma, sekian lama nama aku tidak tercatat dalam geran kereta ini kerana aku sukar mencari penama pertama. Syukur kepada Allah, sempena tahun baru 2010 ini, aku berjaya menjejaki penama pertama dan telah dapat mengisi borang pertukaran hak milik secara sukarela dengan beliau. Terima kasih kepada Encik Abdullah bin Mohd Tom , daripada Sepang . Muga perkenalan ini akan merapatkan lagi hubungan keluarga walaupun beliau amat sibuk dengan urusan perniagaannya sebagai kontraktor membaiki landasan kapal terbang.

From :- anaconda

Image
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau ber…