Posts

Showing posts from 2012

MERCUN BOLA vs DEEPAVALI

Apa pandangan anda ? Saya baru sahaja menegur jiran India saya yang gila sakan bermain mercun bola. Tengah orang sibuk nak Maghrib, mercun bola meletup-letup. Saya nasihatkan dengan suara yang kuat, boleh bermain mercun dan bunga api, tapi janganlah mercun bola. Saya pun hairan kenapalah pihak Polis Di-Raja Malaysia tidak membuat rondaan di kawasan perumahan. Paling baik polis boleh nasihatkan kaum India kita agar jangan bermain mercun lagi. Kaum Cina semasa Tahun Baru Cina tidak bermain mercun sampai hari ke-5. Ada juga jiran cina yang ketika berbual-bual dengan mereka menyatakan rasa hairan kerana kaum India ni mengalahkan kaum Cina bermain mercun. Harap pihak Polis Di-Raja Malaysia khasnya Balai Polis Jasin, tolonglah turun padang ( keluar dari kereta peronda ) dan beri nasihat kepada rakan-rakan India yang tercari-cari budaya sendiri.

JADUAL MASA CUTI SEKOLAH 2012.

Salam sejahtera buat semua. Pada tarikh 5hb November 2012 - 6hb Disember 2012, saya bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM di SMK Sagil, Tangkak. Secara "on-off" dari 26hb Nov - 1hb Dis, saya di RADIUS INTERNASIONAL HOTEL, Changkat Bukit Bintang, KL mesyuarat Ketua Pasukan P. Moral SPM dan dari 3hb-5hb Disember 2012 saya mengadakan mensyuarat penyelarasan tempatan 1 di SMK Dato' Seth, Yong Peng, Johor. Sambung 6hb Dis di SMK Sagil hari akhir SPM dan kemas barang-barang peperiksaan SPM serta hantar tuntutan pengawas SPM ke PPD Muar. Menanda kertas P Moral selama 18 hari dan buat menyuarat penyelarasan tempatan 2 di SMK Dato' Seth dari 24hb-26hb Dis 2012. Penamat pada 27hb Disember 2012 dan MERDEKA.

BAHANA MAKSIAT.

Salam Persaudaraan, Kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di dunia ini lebih merbahaya daripada kesan pemanasan global. Peningkatan suhu kepanasan dunia yang telah dan sedang menimpa umat manusia hari ini juga adalah natijah daripada kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120). Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesu

DAGING KORBAN vs PEKERJA ASING 2012

Wakil AJK Masjid An-Nur Taman Maju dengan bangga mengumumkan bahawa tahun ini, 2012, bilangan lembu yang dikorbankan sebanyak 17 ekor. Pecah rekod katanya. Namun sebagai anak tempatan Taman Maju, saya ingin menyatakan rasa mushkil saya di mana, dulu-dulu bilangan lembu yang dikorbankan 10 ekor, dapat 1 KG dan kini 17 ekor dapat juga 1 KG.      Semasa bergerak ke rumah Bonda saya, saya lihat ramai pekerja asing dari kalangan Bangaladesh, Indonesia dan India telah menunggu dengan gembiranya untuk mendapatkan daging korban. Kami rakyat tempatan diberi kupon, kena isi maklumat diri dan keluarga serta bilangan ahli keluarga. Namun daging yang diagihkan tetap 1kg. Adakah pekerja asing juga mengisi borang kupon daging ?     Apa yang pasti, tahniah kepada AJK Masjid Taman Maju kerana berjaya mengumpulkan 17 ekor lembu. Taraf kami rakyat tempatan sama seperti pendatang asing juga rupanya kerana mendapat jumlah daging yang sama seperti mereka. 

ZULIDIAH HJ HASSAN vs ABD RAZAK JAMALUDDIN.

Image
Rakan-rakanku, Zulidiah dan Razak telah dipertemukan jodoh mereka. Semuga mereka hidup bahagia. Bukan mudah untuk mencari generasi Melayu yang menganut agama Islam secara turun temurun yang boleh mengamalkan POLIGAMI. Muga mereka bahagia dan sejahtera.

BUSU DEWA SABTU DAN MAK LONG KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL.

Image
  Busu Dewa Sabtu, adik bongsu Bondaku yang tinggal di Kg Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. Mak Long adalah kakak ipar Bondaku, isteri kepada aruah Pak Longku, Rahmat Sabtu.

HARI RAYA AIDILFITRI 2012 - HARI 1.

Image
Bangun mandi sunat raya, kami sekeluarga ke Masjid Al Ghaffar, Jasin solat sunat raya. Tamat jam 9.20 pagi balik ke rumah bersalaman dengan anak-anak dan isteri. Terus ke rumah Bonda di Taman Maju. Lepas itu ziarah pusara abah di Jasin Hilir.  Balik ke Felda Bukit Senggeh, Jasin ke rumah Mak Mertua dan ziarah pusara bapa mertua. Lepas itu ke rumah Pak Cik Mustafa. Bergerak ke Serting Hilir 2 ke rumah Busu Ibrahim. Dari Serting Hilir 2, gerak ke Alor Gajah Melaka. Ziarah Mak Lang Mariam dan Mak Lang Norliah. Terus ke Hospital Besar Melaka, ziarah Pak Long Hamzah yang sakit di 3-4-6.  Jam 8.30 mlm sampai di rumah, Tidak sampai 10 minit, ada tetamu dari KL.

SOLITAIRE GLOBAL SOLUTION SDN BHD vs TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.

Image
Pada 10 Ogos 2012, hari Jumaat saya telah ke Tribunal Tuntutan Pengguna Johor Bahru menyerahkan 19 borang tuntutan ke atas Solitaire Global Solution Sdn Bhd (SGS). Pada tarikh 4hb-8hb Jun 2012, kami telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Indonesia dan pihak SGS telah menguruskan lawatan kami. Namun satu minggu sebelum program, SGS telah menarik diri dari menguruskan lawatan ini. Malah bayaran RM200 setiap seorang peserta dikenakan keatas kami dengan alasan SGS telah menjalankan pengurusan awal di Indonesia. Dari jumlah bayaran RM20090.00 baki RM2013 dipulangkan kepada kami dan kami meminta bantuan Utas Travel setelah berbincang dengan YDP PIBG, Yg Bhg Datuk Abdul Rahim Talib, program diteruskan dengan urusan pihak Utas.

KEBIADAPAN FU CHONG YOONG - PUSAT TUISYEN INDAH PERMAS JAYA, TANGKAK.

     Pada 30 Julai 2012, Isnin dalam akhbar Berita Harian, kita telah dipaparkan dengan satu berita yang agak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam khasnya Melayu Islam. Tindakan pihak Tuisyen Indah Permas Jaya di Tangkak yang menggunakan pelbagai karikutur menghina sahabat Nabi Muhammad S.A.W amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku setelah kita hampir 55 tahun merdeka.      Fu Chong Yoong baru berusia 22 tahun dan tentulah telah diajar semasa di sekolah melalui mata pelajaran Sivik dan P.Moral tentang amalan menghormati budaya dan agama masyarakat Malaysia yang lain. Kebodohan beliau serta kakitangan pengurusan pusat tiusyen ini amat dikesali dan tindakan dengan hanya meminta maaf tidak sepatutnya diterima dengan mudah.       Apa yang membimbangkan kita, bukan setakat melukis karikutur babi bagi mewakili sahabat nabi agar pelajarnya seramai 20 orang memahami sejarah, tetapi kebiadapan beliau dalam menghormati agama Islam dan kesucian bulan Ramadhan.       Sepatutnya, Fu Chong Y

BICARA MINDA - GRADUASI vs BERJUBAH.

Image
      Mengikut artikel ni, maklumat yang diperolehi adalah dari saudara Islam kita yang berada di Amerika pada ketika itu. Sememangnya kita semua umat Islam tahu bahawa orang Yahudi dan pengikut penyembah syaitan smemangnya bersungguh-sungguh dalam  memesongkan kita umat Islam. Kita sememangnya ada dengar tapi kita akan tertanya-tanya dari mana datangnya khabar-khabar angin ini? Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Jadi apabila membaca artikel ni daripada tahun lepas, aku dapati bahawa sememangnya banyak pengaruh dan cubaan yang tersembunyi dari musuh-musuh Islam ni. Artikel tu adalah satu artikel panjang dan akan memakan masa untuk membacanya. Jadi, aku yang sudah beberapa kali menghabiskan bacaan dalam mendalami dengan lebih dalam akan artikel ini akan cuba berkongsi sedikit info-info yang aku dapat. Antara info-info menarik yang aku dapat adalah :      Ilmu yang dipelajari di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan  kebanyakkannya

DR HAMZAID BIN YAHYA - BICARA MINDA BERSAMA PRA-U SMK TUN MAMAT.

Image

JAMUAN MAKAN TENGAHARI ANJURAN EXCO PPU BARU 2012.

Image

RUMAH ANAK YATIM JOHOR DI ACEH - 6 JUN 2012 ( RABU )

Image
Lawatan diketuai oleh YDP PIBG YBhg Datuk Abd Rahim Talib yang juga merupakan Pengerusi INO7 Yang Berbahgia Datuk menyerahkan sumbangan peribadinya. Makan malam di Aceh. Ada aje jualan dari orang yang sama. Wakil Utas, AYU sentiasa memastikan keselesaan kami terjamin. Bersama anak-anak Yatim Tajaan Negeri Johor. Matlamat kami ke Rumah Anak Yatim Johor di Aceh tercapai. Syukur kepada Tuhan semuga  usaha kami diberkati oleh Tuhan.