BICARA MINDA - GRADUASI vs BERJUBAH.

      Mengikut artikel ni, maklumat yang diperolehi adalah dari saudara Islam kita yang berada di Amerika pada ketika itu. Sememangnya kita semua umat Islam tahu bahawa orang Yahudi dan pengikut penyembah syaitan smemangnya bersungguh-sungguh dalam  memesongkan kita umat Islam. Kita sememangnya ada dengar tapi kita akan tertanya-tanya dari mana datangnya khabar-khabar angin ini? Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Jadi apabila membaca artikel ni daripada tahun lepas, aku dapati bahawa sememangnya banyak pengaruh dan cubaan yang tersembunyi dari musuh-musuh Islam ni. Artikel tu adalah satu artikel panjang dan akan memakan masa untuk membacanya. Jadi, aku yang sudah beberapa kali menghabiskan bacaan dalam mendalami dengan lebih dalam akan artikel ini akan cuba berkongsi sedikit info-info yang aku dapat. Antara info-info menarik yang aku dapat adalah :

     Ilmu yang dipelajari di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan  kebanyakkannya telah diacu oleh orang-orang Yahudi supaya pemikiran umat Islam akan diajar sejak daripada kecil mengenai corak dunia yang dirancang oleh mereka.  Sejarah-sejarah dunia telah dimanipulasi agar tokoh-tokoh Yahudi dan Kristian dipandang tinggi dan dianggap sebagai penyelamat dunia. Contohnya cerita tentang bagaimana sesebuah negara itu mendapat kemerdekaan hasil daripada "baik"nya orang-orang ini dan apa "peninggalan" yang mereka telah tinggalkan setelah merdeka itu diberi. Institusi ilmu yang mana sememangnya ke arah pro-Barat memainkan peranan kecil menunjukkan kejayaan agenda ini. Contohnya di kolej-kolej atau di universiti-universiti di dunia. Akan berlaku satu saat apabila penuntut-penuntutnya dalam keadaan gembira dan terharu menerima satu salinan sijil dari universiti sambil memakai jubah yang sememangnya menyerupai jubah gereja.

perhatikan baju dan topi paderi yang sedang duduk.

sama atau tidak? Mungkin berbeza warna dan corak sahaja.
Senang sahaja mereka berkata. Dalam sekecil-kecil perkara mereka akan memesongkan umat Islam. Dalam artikel ini, aku ada baca musuh-musuh Yahudi mempergunakan hadis ini :

Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).

Nampak halus bukan? Mereka akan cuba mempengaruhi walau dalam perkara yang kecil.

-Perkara yang kedua pula, " barangan buatan " yang kebanyakkannya menjadi ikutan kita seperti :

1.Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan parakafirni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut pesan Nabi Muhamad? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kitaumat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. Ada orang kata jika makan daging kambing pening kepala. Sebenarnya "mind-set" yang diterapkan itu antara faktor kenapa terjadinya pening itu. Mereka bermain psikologi dan halus sahaja. Penerapan yang begitu berkesan.

3. Untuk pengetahuan, para kafir dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Itu antara contoh yang aku ambil dari artikel tersebut tetapi sebenarnya banyak lagi perkara yang kita sememangnya tidak perasan keran penerapan itu telah berjaya.

- Benedictine Order dirangka. Apa kejadahnya benda ni? Benedictine Order ini adalah  segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas, Kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu. Maka terjadilah diri kamu seperti hari ini. Ilmu itu adalah undang-undang yang direka untuk jiwa seluruh manusia di muka bumi. Mereka telah amanatkan perkara ini kepada United Nation ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ). Satu dunia akan bersatu dalam bersuara dan melakukan kesepakatan menggunakan benedictine order ini sebagai "perlembagaan" oleh PBB. Runsing dan pening? Aku ada beberapa contoh yang aku boleh bagi agar lebih jelas. Contohnya tentera di seluruh dunia  menggunakan pakaian seragam yang berlainan corak tetapi ada "sama" nya sama ada negara Malaysia, Vietnam, Korea, Perancis dan sebagainya. Lambang V yang merupakan simbolik kepada gereja Vatican dipakaikan kepada semua tentera, polis, dan sebagainya yang mana melambangkan mereka adalah tentera-tentera gereja secara tidak langsung. Tidak percaya? Lihat ini :
berbentuk " V " kan?



Dipakai oleh semua uniform bersenjata di dunia


Pendirian mereka akan perkara ini adalah : "mereka benar benar sukakan pakaian itu malah berebut untuk memakainya. Orang2 yang mereka lindungi memandang mereka sebagai wira…padahal mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan, dgn siapa sebenarnya mereka berkhidmat.."

Kenapa setiap negara tidak diberi peluang untuk membuat baju dan gaya tentera mereka yang tersendiri? Sebagai contoh, tentera Malaysia mungkin boleh menjadikan baju melayu sebagai pakaian mereka. Kenapa mesti lambang V itu juga yang digunakan? Kerana "Benectine Order" yang diamanatkan oleh PBB. Keseragaman ketenteraan di seluruh dunia. Siapa yang menentang dianggap pengganas. Ya..Orang-orang Islam yang menentang akan dibunuh oleh tentera-tentera ini. Sebagai contoh tentera pengaman ke Iraq atau Afghanistan sememangnya diberi arahan untuk melawan orang Islam yang bergelar "pengganas" . Mereka juga masih menggunakan hadis ini dalam hal ini :

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).

Nabi sendiri sudah memperingatkan kepada umat Islam agar jangan mengikut agenda orang-orang kafir ini. Sebab itu, sebelum melakukan sesuatu perkara kita mesti memandang kepada aspek agama dahulu dan bukannya  Benectine Order. Halus bukan?

- Yang paling penting artikel itu turut menyebut tentang misi mereka merampas Baitulmuqaddis di Palestin dan mendirikan Makkal Sulaiman iaitu tempat pemerintahan Al-Massih dajjal! Kita semua tahu Baitulmuqaddis sememangnya sudah ditawan oleh tentera Israel. Dan perkara yang ditulis dalam artikel ini berjalan dengan begitu lancar sekali. Kita semua juga tahu bahawa dajjal itu bukannya satu makhluk seperti raksasa tetapi adalah dari kalangan manusia sendiri. Mengikut apa yang aku baca, perancangan mereka selepas ini adalah memindahkan pemerintahan dan pengurusan gereja Vatican ini ke "Middle-Earth" di Palestin yang mana ditukar nama kepada Israel. Semua ini adalah akan bermula apabila POP ROMAN PETER ii menggantikan POP ( ketua agama Kristian ) sebelumnya. Mesti tertanya bila kan? Kalau mengikut artikel tersebut, POP ROMAN PETER ii akan melaksanakan tugasnya selepas menggantikan Paus benedict xvi. Siapa  Paus benedict xvi ni? Dia adalah POP pada hari ini. Ini adalah gambar  Paus benedict xvi  untuk sesiapa yang tidak pernah tahu :


Ketika meraikan hari jadinya. Begitu seronok dan bahagia. Tahu di mana? Di "tempat memberi izin" kepada korbannya orang Islam di Afghanistan iaitu di tapak PWTC yang runtuh pada 11 Sept. Korang masih ingat peristiwa ini kan? Konspirasi yang halus dalam agenda ini.
Mesti korang tertanya-tanya kan ? Keliru bukan? Kadang-kadang tidak percaya dan sukar untuk mempercayainya. Tetapi sumber yang aku dapat ini adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Penulis artikel Vatican tersebut adalah orang MELAYU yang tinggal hanya bersebelahan dengan rumah paderi di sana. Paderi inilah yang menceritakan semua ini kepada beliau. Mengenai misi dan visi mereka dalam memerangi umat Islam. Terpulang kepada individu. Kita ada akal boleh fikir. Sebenarnya kita nampak sebenarnya tetapi kita masih buat-buat tidak nampak. Mesti ada suara akan bertanya " dah tu? Kita nak buat apa?? ". Betul. Siapa kita dalam melawan agenda yang besar seperti ini? Saya menulis hanya sekadar untuk berkongsi maklumat. Apa yang kita rasa kita patut buat, kita buat. Apa yang kita rasa kita tidak patut buat jangan buat.Kerana kita kena menunggu penyelamat kita iaitu Imam Mahadi untuk mengubah semua ini. Pemerintahan dunia secara Islam akan bermula semula setelah Imam Mahadi berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam ini. Jika ada pandangan dan pendapat serta teguran, saya terima dengan hati terbuka kerana saya menulis berdasarkan pengetahuan saya. Mungkin saudara-saudara/ saudari-saudari ada yang mempunyai maklumat yang lebih lengkap dan pengetahuan agama yang lebih tinggi dari saya. Sekian . Wassalam...


Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.