B ahagian ini, dua petikan teks yang setiap satu panjangnya 120 hingga 150 patah perkataan akan dikemukakan. Calon dikehendaki memilih salah satu teks dan mengalihkan bentuk teks tersebut mengikut arahan soalan. Calon dikehendaki mengubah pelbagai bentuk teks dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya. Bahan yang dikemukakan adalah bahan; Puisi Melayu lama / syair Puisi Melayu moden / sajak (bukan jenis absard) Prosa klasik Prosa moden - cerpen, novel, drama. Pelbagai laras moden - iklan, dokumen undang-undang, memorandum Kemahiran yang diberikan tumpuan; Memahami kandungan teks asal. Menyampaikan kandungan teks asal ke dalam bentuk yang dikehendaki. Menggunakan gaya dan laras bahasa yang sesuai. Menggunakan semua aspek struktur bahasa dengan betul dan tepat. Aspek bahasa meliputi tatabahasa, ejaan, diksi, dan tanda baca. Penilaian ? Penilaian dilakukan berasaskan kepada, Ketepatan isi. Penggunaan bahasa yang baik dan betul. Cara pemberian markah. Penilaian kepada - Isi (I) dan Perse...