BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 September 2009

Teknik membina Rumusan yang baik.

1. Baca teks dengan teliti sambil memahami isi kandungan teks tersebut.

2. Isi Utama ( IU ) hendaklah dicari dalam perenggan pertama teks.

3. Isi Sokongan (IS ) di perolehi pada perenggan yang berikutnya. Lazimnya satu perenggan, satu isi sokongan.

4. Kesimpulan pula di dapati pada perenggan terakhir setiap teks walaupun perenggan akhir itu berupa rumusan dari teks.


TEKNIK MENULIS RUMUSAN.

1.Rumusan hendaklah ditulis dalam tiga perenggan.

2. Perenggan pertama untuk isi Utama, perenggan ke dua untuk Isi Sokongan dan perenggan ke tiga untuk kesimpulan.

3. Persembahan isi Utama dan sokongan memerlukan pengolahan dan penulisan ayat-ayat sendiri asalkan tidak lari dari maksud sebenar. Penulis tidak perlu menambah isi dengan isi tersirat ( seperti rumusan SPM). Tumpuan pada olahan dengan gaya bahasa sendiri.

4. Jangan menyalin teks bulat-bulat tetapi calon boleh menggunakan beberapa istilah yang digunakan dalam tek tersebut.

( Sumber daripada : Tuan Haji Shukor bin Ahmad, SMK Tun Mamat, Tangkak )

0 comments: