MAMAKU SAYANG.

OLEH: AMRI HJ YAHYA.

Aku menatap bingkai gambar yang berada di atas meja belajarku yang memaparkan wajah-wajah dalam keluargaku dulu sambil aku duduk di birai katil. Fikiranku melayang jauh....Kini,aku berada di tingkatan lima. Hidupku kini tenang. Aku bersyukur kerana kejadian yang menimpa keluargaku dulu telah mengubah ahli keluargaku yang lain tabah dan reda dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.Walaupun kejadian itu meragut nyawa mamaku, namun aku pasti,mama lebih disayangi TUHAN dan punyai hikmah di sebalik kejadian itu. Lamunanku terpotong apabila mendengar bunyi hon bertalu-talu dari luar tingkap. Aku menjenguk ke luar.Ku lihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah jiranku sambil membunyikan hon.Aku kembali duduk di birai katil. Kemudian membaringkan diri sambil teringat kembali kenangan lama yang tidak jemu mengusik jiwaku ini..........

Ketika 2004,APRIL.....

Aku berada di tingkatan satu dan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dalam memasuki alam remaja.Kejadian ini bermula apabila pada masa itu,aku berada di dalam bilikku.Sedang tekun menyiapkan kerja-kerja sekolah.Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Kalaulah aku tidak menghadiri majlis hari jadi rakanku yang diadakan pada malam itu,tentu pada masa itu aku sudah lena dibuai mimpi tanpa mengetahui kejadian papa dan mamaku.Sedang aku leka menyiapkan kerja,aku mendengar bunyi deruman kereta papa memasuki poreh. Inilah kali pertama papa balik lewat.Kemudian kedengaran keras suara mama dari tingkat bawah. “Papa..papa...dengar tak?? Kenapa lambat????? Kemana u pergi???”..........Aku membatukan diriku.Suara papa timbul kemudiannya. “Suka hati aku la...kenapa kena beritahu dengan engkau!!!”.Buat pertama kali,aku mendengar mereka bertengkar,tetapi pertengkaran itu tidak berhenti pada malam itu. Keesokan petangnya,mama dan papa bertengkar kembali.

Pertengkaran ini mula disertai dengan kata-kata kesat dan kurang menyenangkan keluar dari mulut mamaku.Papa tanpa meneruskan pertengkaran dengan mama lantas mengambil kunci kereta di tempat biasa. Beberapa minit selepas itu,bunyi kereta mengaum keluar dari perkarangan rumah. Aku segera mendapatkan mama. Sesungguhnya aku tidak mengerti kenapa mama dan papa perlu bergaduh dan mengapa mama mengeluarkan kata-kata kesat itu terhadap papa.Bila ku tanyakan padanya,aku pula menjadi mangsa sisa kemarahannya terhadap papa sebentar tadi.Bibik Lisa iaitu pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumahku yang sudah ku anggap sebagai saudaraku hanya memandang sayu padaku dari jauh..

Keadaan itu menjadikan tertekan. Pertengkaran mereka seolah-olah tiada penghujung.Sentiasa bersambung. Aku tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan perasaanku ini.Sebetulnya aku mempunyai seorang abang yang ku panggil Erol.Dia ketika itu masih dalam pengajian undang-undang di UIA. Tetapi dia sama seperti papa.Sibuk memanjang.Lagi pun,abang Erol tinggal di asrama yang disediakan di sana.Abang Erol juga semenjak dulu memang tidak begitu rapat denganku.Keadaan yang berterusan itu menjadikan aku seorang yang pendiam di sekolah.Pelajaranku juga merosot.Banyak sekali warna-warna merah bermain di kad laporan ujianku.Tetapi mama dan papaseolah-olah tidak memahami masalah yang sebenarnya.Dihantarnya aku ku pusat-pusat tuisyen yang terbaik di ibu kota.Tetapi itu tidak mengubah apa-apa.Lama-kelamaan,aku menjadi tidak kisah dengan pertengkaran yang sudah menjadi duri dalam daging di dalam keluargaku ini.

PADA SUATU HARI.........

Tiba-tiba papa mengamuk di awal pagi..

“Remie...ade ambik tak handset papa????Papa tak jumpa di tempat biasa papa letakkannya....Kemana ia pegi?????”mengamuk papa.

“Remie tak ambik pun papa..Buat apa nak ambik papa kan Remie sendiri dah ada pun handset....”

Papa dengan segera menjerit dan menuduh mama.Mama membalas dan mama sengaja membuat demikian.Mama juga menyebut mengenai papa curang kerana berhubung dengan perempuan lain di belakang mama.Aku sendiri pernah mendengar khabar-khabar angin yang ku dengar dari rakan-rakanku di sekolah yang pernah melihat papa melayani mesra seorang,yakin bukan mamaku.Ternyata inu bukanlah khabar angin lagi,tetapi satu kenyataan.Kenyataan yang amat menyakitkan.Yang pastinyaseperti biasa selepas bertengkar dengan mama,papa akan keluar dari rumah dan menaiki kereta ke destinasi yang tidak pernah aku ketahui.

“Papa!!! Papa, nak pergi mana??Tell with me papa..I want to know..”

“Remie jangan risau ye..papa akan balik awal...bye....” dengan tergesa-gesa keluar dari rumah..

Selain bergaduh mengenai papa curang,papa dan mama juga bergaduh mengenai harta.Beberapa tahun yang lepas,papa telah menghadiahkan mama sebuah rumah.Tetapi,mama tetap mahu menetap di rumah yang sedia ada.Lalu papa mencadangkan agar rumah itu disewakan kepada orang lain.Tetapi mama menolak cadangan papa dan telah memberi rumah itu kepada ibu saudaraku yang juga adik bongsu mama dengan alasan mereka hanya menjaga rumah itu.Ternyta,kata-kata itu hanyalah dusta.Mereka sebenarnya mengambil terus rumah itu dengan menukar nama geran rumah itu dalam diam-diam.Hal ini membuatkan papa sakit hati dan mengungkit kembali perihal rumah itu.Aku sendiri tidak setuju dengan tindakan ibu saudaraku itu. Pernah juga dulu,ketika papa dan mama bergaduh,mama mengambil sebilah pisau dan menuju ke arah papa.Mujurlah ketika itu Abang Erol dan Bibik Lisa ada.Selepas ku mengetahui kejadian tersebut ku terperanjat lalu tiada apa yang boleh aku lakukan.

Kepulangan Abang Erol sebenarnya ternyata hanya memburukkan lagi keadaan.Abang Erol telah memujuk mama agar membelikannya sebuah motorsikal berkuasa tinggi berjenama Ducatti yang diimport dan terbaru di pasaran.Mama menunaikan permintaan Abang Erol itu.Apabila papa mendapat tahu mengenai pembelian motosikal baru itu,papa dan mama sekali lagi bertengkar.Papa memarahi Abang Erol, tetapi mama membangkang.Kata mama “Biarlah Erol mendapat motosikal itu.Dia dah besar panjang da berhak memilih kenderaan disukainya.” Papa pula bising. ‘Awak ni,kan Erol dah pun ada kereta.Kenapa pula bazir duit????Aku masuk ke bilik tidurku dan membuka radio dengan kuat agar tidak mendengar pertengkaran mereka.Pertengkaran mengenai motosikal itu adalah pertengkaran yang paling hebat pernah aku dengar di antara papa dan mama.

SEMINGGU LEPAS ITU........

Mama dan papa masih lagi bertengkar mengenai motosikal Abang Erol itu.Tetapi,aku tidak mengambil kisah kerana ketika itu aku sedang bersiap untuk pergi ke perpustakaan awam.Ketika aku sampai di anak tangga terakhir ke tingkat bawah,ku lihat mama merampas kunci kereta dari tangan papa.Tetap papa terus berjalan keluar dari rumah.Papa menuju ke luar rumah.Pada tekaanku,papa akan menahan teksi di jalan utama yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumahku ini. Kemudian aku memakai kasut.Sedang aku mengikat tali kasutku,aku terdengar bunyi dentuman yang kuat.Arahnya datang dari jalan utama.Aku bingkas bangun sambil mataku merayap di perkarangan rumah untuk kelibat mama. Apabila aku sampai di jalan utama,alangkah terpernjatnya aku apabila melihat sebujur tubuh yang kaku di atas jalan itu adalah mama.Aku dengan cemas mencari papa di sekeliling,tetapi tidak menjumpainya.Nasib baik ketika itu,jiranku yang juga menyaksikan kejadian itu dan mengahantar mama ke hospital.Sesampai disana,mama dimasukkan ke dalam unit kecemasan.Sementara itu,aku cuba menghubungi telefon bimbit papa,tetapi gagal kerana taliannya sibuk.Kemudian, aku menghubungi Abang Erol,ibu saudaraku dan juga bapa saudaraku yang lain untuk meminta jasa baiknya mencari papaku.

Keadaan mama menjadi sangat kritikal.Mama berada di dalam keadaan koma,tapi papa tetap tidak dapat dihubungi.Masa itu,aku berharap sangat yang papa sempat datang ke hospital untuk menjenguk mama.Akhirnya papa muncul pada malam itu.Aku sangat bersyukur.Papa berdiri di tepi katil dan memegang erat tangan mama.Aku dan abang Erol hanya memerhati.Papa memohon maaf kepada mama dan berharap mama sedar dari koma.Kemudian,mama membuka matanya.Aku,papa dan Abang Erol amat gembira.Mama memegang tangan kami dan tersenyum.Mama sempat meminta maaf daripada papa dan melafazkan dua kalimah syahadah.Selepas beberapa minit,mama menutup matanya dan pegangan tangannya terlepas dari genggaman kami.Kami redha dengan pemergian mama walaupun keadaan pemergiannya seperti itu.Tetapi aku tahu,TUHAN lebih menyayangi mama....

Pintu bilikku tiba-tiba terbuka dari luar.Rupa-rupanya papa..Terperanjat aku dibuatnya.Kehadiran papa itu mematikan lamunanku.Papa menyapaku dan bertanya “Mengapa Remie tidak menyaut panggilan papa tadi? Papa ingatkan Remie tertidur tadi,rupanya tengah mengelamun.Padanlah tak dengar.” Aku mambalas dengan senyuman dan papa menyambung kembali kata-katanya dengan mengajakku turun ke bawah untuk minum petang.Sebelum aku melangkah keluar dari bilikku,ku menatap sekilas pandang pada gambar itu lagi.Kemudian keluar dengan perasaan yang tenang.Semoga roh mama bersemadi dengan tenang dan aman......

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.