PANGGILAN.

OLEH : AMRI HJ YAHYA

Keindahan kota Bandar raya pada waktu malam begitu indah pada pandangan mata.Mungkin itulah yang dapat digambarkan oleh Raihana atau lebih dikenali sebagai Ana.Ketika ini fikiran dan jiwanya yang sentiasa bergelumang dengan pelajaran yang berpusu-pusu menerjah ke kiri kanan otaknya begitu tenang dengan suasana kota yang menerangi semua bangunan.Itulah Bandar raya Kuala Lumpur!!begitu menakjubkan. ‘Ahh..kalau aku tak ikut lawatan ni,tentu sampai bila pun belum tentu aku sampai ke sini’bisik hati kecil ku.Lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia (UM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) anjuran Tingkatan 6 begitu mengasyikkan baginya.Malam itu adalah malam terakhir Raihana mengorak langkah untuk pulang ke Tangkak,tempat asalnya bersama rakan-rakan yang lain.Malam itu sebelum bertolak pulang,Cikgu Rosdi iaitu salah seorang guru pengiring lawatan itu melepaskan kami di Times Square yang terletak di tengah-tengah kota Bandar raya Kuala Lumpu.Raihana hanya menuruti sahaja arahan yang diberikan walaupun letih untuk berjalan.Raihana mengambil keputusan untuk berjalan dengan 2 orang lagi sahabatnya iaitu Ramlah dan Rasyidah merupakan idea yang terbaik.Kami agak rapat sehingga kan rakan-rakan yang lain menggelarkan kami 3R.Apa tidaknya,rakan-rakan lain sibuk menjengah Times Square yang sesak dengan penghuni,kami pula ke warung berdekatan untuk mencari makan.

“Wei..kita ni buat kepala sendiri je erk?pandai-pandai je ke warung...kalau cikgu tahu ni tentu jap lagi kena marah,ko rasa cikgu marah tak?”soal Ramlah atau lebih selesa dengan panggilan Melah.

“Ala...relaks ar...cikgu spoting ar..kita bukan ke mana pun,ke warung je.Tu ha...kau tengok kat hujung tu..nampak tak?bas dekat je..bukannya jauh berbatu-batu..jangan risau ar...korang tak kan kena tinggalnya la he..he..he..cukup masa nanti kita bla jelah” Rasyidah atau Ida bercakap sambil ketawa kecil dan jari telunujknya menuding ke arah bas yang terletak tidak jauh daripada tempat kami ingin tujui itu.Ida memang begitu kalau bercakap tak ada yang sopan.Tapi aku suka dengan caranya yang spontan itu.

“Wei..dah la tu..cepat ar jalan perut aku ni dah berkeroncong ni..lantak diorang la kat dalam tu..Times Square tu bukannya ada apa pun..takat cuci mata je kat Tangkak pun boleh.Baik kita isi perut..aku dah lapo ni.” Celah Ana yang sejak dari tadi merungut lapar. ‘Ahh..bahagianya kalau dapat makan ni,perut aku ni tak sabo-sabo agaknya”bisik Ana di dalam hati kecilnya.Perutnya lapar kadang-kala berirama pelbagai intonasi ‘krung..krang..kriuk..’macam-macam bunyi la.

***************************************************************************

Sampai di warung,Melah dan Ana mengoder mee bandung,Ida pula hanya memesan mee goreng.

“Peh..lambat betu mamak ni”rungut Ana yang dari tadi ha.”bentak Melah.Ida hanya mampu mengukur senyuman melihat gelagat 2 orang rakannya yang seperti budak kecil.Selepas selesai makan,kami pula mengorak langkah ke tempat ‘parking’ bas.Aku yang dari tadi kepenatan hanya menunggu masa untuk pulang sahaja.Sampai di bas,aku diarahkan untuk mengira jumlah pelajar yang berada di dalam bas. ‘Ehh..tak cukup 4 orang,sape ek’bisik hati ku kerana jumlah kami tidak cukup.

“Cikgu..tak cukup la,kurang 4 orang..”aku melaporkan kekurangan itu kepada cikgu Rosdi

“haa..kurang?macam mana boleh kurang ni”rungut cikgu Rosdi

“semua tengok rakan sebelah siapa yang tak de.”jerit cikgu Rosdi

“cikgu..Fara and the gang tak de cikgu”teriak Kamal yang perasan akan ketiadaan Fara dan rakan-rakannya.

“mana pulak budak-budak ni pergi..ni lah orang perempuan,kalau dah pergi shopping dah tak reti nak balik”sungut cukgu Rosdi kerana letih dengan kerenah anak-anak didiknya yang begitu aktif.

“dah la cikgu,jangan la merungut lagi.Biar saya dan Melah je yang pegi cari diaorang tu”jawabku ringkas kerna malas mendengar cikgu Rosdi membebel.

“ha..elok la tu..jangan dengan awak-awak sekali hilang sudah”sindir cikgu Rosdi

“Yup..okey cikgu”jawabku ringkas.

Rakan-rakan yang lain hanya tersenyum melihat gelagat aku cikgu Rosdi.Dengan tidak membuang masa aku terus mengeluarkan ‘handset’ daripada poket seluarku dan terus menekan punat nombor untuk menghubungi dan mengetahui dimana Fara berada sekarang....

“Hello,Fara kat mana ni,kita orang dah nak balik ni..”aku bertanya dimana mereka.

“Hello,siapa ni?Fara mana?nak balik mana?”tiba-tiba satu suara lelaki yang agak tenggelam menjawab pertanyaan ku.

“eh...awak ni siapa?bukan ke ni nombor telefon Fara?”aku kaget dan menyoalnya kembali.

“oii cik adik,ni nombor telefon saya..mana ada Fara”jawabnya ringkas

“la iye ke...maaf la mungkin saya tersalah tekan nombor tadi agaknya..maaf ya”aku meminta maaf dan terus menamatkan panggilan tadi.Ee..malunya..itulah yang dapat aku rasai.

“Ana dapat tak kau call si Fara tu?”tiba-tiba Melah menyoal ku dengan mengejut.

“eh..kau ni terkejut aku.Jap ar tadi aku salah call ar..ee..malunye..”jelasku.

“Apelah kau Ana.”Melah menjawab ringkas sambil tersenyum.

Aku segera mendail nombor telefon Fara tetapi kali ni aku lebih berhati-hati.Aku mengetahuimereka berempat sudah berada di dalam bas.Aku dan Melah segera bergegas pulang ke tempat ‘parking’ bas dan duduk ditempat duduk ku yang bersebelahan dengan Melah. ‘Huh..penatnya,lenguh kaki aku berlari tadi’ deti hatiku.

***************************************************************************

Akhirnya bas mula bergerak menuju ke destinasi yang ditujui untuk pulang ke Tangkak.Setelah setengah jam berlalu,tiba-tiba ‘handset’ ku berdering dengan alunan lagu dangdut 60-an.Ku lihat tertera nombor yang aku salah dail tadi. ‘017******’.Aku membiarkan saja.Tidak lama kemudian ada mesej masuk.Aku membukanya dan membaca apa yang terkandung di dalamnya.

‘Hai..awak ni siapa?macam mana awak boleh dapat nombor saya tadi tu ha?”tertera perkataan itu diskrin telefon ku.Aku hanya mendiamkan diri.Selang beberapa minit kemudian telefon ku berdering lagi dan disusuli dengan masej yang sama.Sudah bosan dengan situasi itu aku menjawab masej yang diberi. ‘maaf ya,saya tak kenal awak.Tadi saya tersalah tekan nombor telefon,so sorry.” Aku membalas masejnya dengan ringkas.Telefon ku kembali sunyi.Sejenak kemudian,masuk lagi mesej kedua daripada nombor yang sama. ‘boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?’aku bingung

“Eh Melah ko baca masej ni..tadi aku salah dail nombor si Fara tu,pastu ko dengo mamat ni yang angkat..pastu ku minta maaf sebab salah nombor.Ku ingat dah satel ar.ni tiba-tiba je nak berkenalan dengan aku..”ngadu aku pada Melah tentang kejadian itu.

“alah kau ni Ana,ak pe ar..ko layan je..lagi pun kan kau solo lagi”Melah mengusik ku.

“ish kau ni..belajar pun tak abis dah nak bercntan cintun pulak”tegasku Melah yang sejak dari sekolah tadika lagi sudah masak dengan perangai dan sikapku yang mana jika ada orang ingin mengacaunya pasti tidak dilayan.

“alah kau ni Ana,cuba berfikiran rasional sikit...tak salah kan kalau kita berkawan?kan best kalau dapat ramai kawan...lagi-lagi yang lain negeri dengan kita..pehh..bestnya.”Melah dah mula berceramah kepadaku. ‘aku tau la pakwe kau tu orang Kedah’bisik hati kecilku.Aku hanya membiarkan saje mesej tadi tu.

***************************************************************************

Setibanya kami di Tangkak,aku dan Melah meminta keizinan daripada cikgu Rosdi untuk turun berhampiran dengan rumah Melah.Aku malas untuk berpatah balik dari sekolah ke rumah.Setibanya di situ,ayah Melah telah menunggu kepulangan kami.AyahMelah manghantarkan aku pulang dengan menaiki kereta proton saganya itu.Setibanya di rumah,aku segera mandi dan menunaikan fardu Isyak yang telah lama berlalu.Selepas selesai,aku terus menghempaskan badak ku keatas katil kerana terlalu letih berjalan satu hari suntuk bersama rombongan pada siangnya itu.Baru saja aku ingin melelapkan mata telefonku berbunyi.Ada mese masuk.Ku buka dan mesej itu dan datangnhya daripada lelaki yang aku salah dail nombornya.

“awak jawab la mesej saya ni,saya nak berkenalan dengan awak..boleh la...”tertera perkataan yang sama seperti di dalam bas tadi.Aku mula terfikir akan kata-kata Melah.Ada betulnya kata-kata Melah tadi.

“hai..maaf la.Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya..macam mana nak berkenalan?”jawabku spontan

“eee...bestnya,akhirnya sudi juga awak jawab mesej saya ni ek..oklah nama saya Ilham Iman.Member-member panggil saya Am.Saya ni masih study lagi di UKM.Awak pulak?”tanpa aku bertanya panjang,dia dengan selambenya memperkenalkan dirinya kepada ku.

“tak tanya pun...he..he..he..awak budak Johor ke?Kenapa awan nak berkenalan dengan saya?Kan ramai lagi perempuan yang cun-cun kat luar sana tu..”aku cuba berjenaka dan bertanyakan soalan yang bertubi-tubi”

“Ooo..buat lawak er..tak pe.Saya bukan budak Johor tapi budak Nganu”jawabnya ringkas.

“Ooo..budak Nganu.Saya budak Johor.Nama saya Raihana.Member panggil Ana.Saya pun masih study.Ala..budak Form 6 je”ku menjawab dan memperkenalkan diri.Tadi yang mulanya ngantok kini bertukar segar setelah bermain mesej dengan rakan yang baru ku kenali dengan nama panggilan Am.Hampir jam 2 pagi aku bermesej dengannya.

***************************************************************************

Pada keesokannya aku lewat bagun dan mak asyik membebel saje.Aku sudah lali dengan bebelan mak itu.Aku buat tak endah saja.Setibanya di sekolah aku segera mencari rakan karibku Melah.

“Melah...Melah...”aku memanggil Melah dengan nada yang cemas.

“hah..nape Ana,ada yang tek kena ke?!!Mak kau sakit ke?”tanya Melah dengan cemas.

“he..he..he..kau ni ke situ pulak..ni ha mamat yang semalam tu.Dia budak Nganu dan tengah study kat UKM tu.Kau tau malam tadi sampai pukul 2 aku main mesej dengan dia.Nama dia Ilham Iman.Dia suruh panggil Am je”ketawa kecil melihat reaksi muka Melah tadi.Melah hanya tersenyum melihat gelagat aku yang dari tadi tak henti-henti bercerita tentang rakan yang baru dikenalinya.Maklumlah orang tak pernah berkawan dengan orang jauh la katakan.

“Ha...tu la kau Ana,kan aku dah cakap tak salahkan kalau kita berkawan..”Melah mencelah.Aku hanya tersenyum saja.Setelah hampir 2 bulan berkenalan dengan Am,aku dapat rasakan ada perubahan yang berlaku terhadap perhubungan kami ini.Pada mulanya sebagai kawan kini telah bertukar menjadi serius.

Kini sudah hampir setahun aku berhubungan dengan Am.Dia memang seorang lelaki yang baik dan penyayang.Buat pertama kalinya aku berjumpa dengan lelaki yang sebaik Am ini.Walaupun aku dan Am masing-masing ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar,tetapi hubungan yang telah terjalin ini tidak akan menjejaskan kami.Dengan jarak dan tempat yang berjauhan,harapanku hanya kejujuran dan kesetiaan yang dipakukan dalam sanubari kami.Semua ini gara-gara satu ‘Panggilan’ yang tak diduga.

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.