BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 September 2009

RAMADHAN.

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus.Bukan kerana penat tubuhnya,tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidakkena.Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara,tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu.Ramadhan telah berlalu,separuh daripadanya.Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini,apakah yang telah dicapainya.Ditakdirkan Allah, assigments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah,kerana discussion di sana sini.MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok.Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam Najwa mengulangi doanya itu,tiba-tiba terdetik di dalam hatinya :

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap,benarkah dia berharap

Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat satu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halakah mingguan.Dia terasa sangat “Exited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.Hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.Usai tazkirah tersebut,Siti,salah seorang juniornya berkata kepadanya, “best la tazkirah kak Najwa...”

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak...kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin

“Oh..di situlah silapnya...Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan?Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian.Sedangkan aku tak tahu,sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak....Ya Allah, benar-benar kali ini...Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan...Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku,asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan,rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah.Allah,Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya,lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuan), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah.Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran,keimanan dan mengajak kepada amalam soleh.

Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah,benar-benar kali ini..Aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku..Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya.Manusia zalim terhadap dirinya.Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya,Hayati.

“Awak ni,terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah..maaflah..Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa?Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat.Walaupun Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja.Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah..Alhamdulillah...I hope to stay in Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips.How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melahirkan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err...Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni.Tapi,saya nak share something.Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Alah,mana la saya tau...Awak citer je la”Najwa malas nak fikir.

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah,kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar...Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu..What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk.

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je......”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm..Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah..awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak.Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah,tapi masih berpegang kepada sunnah baginda,sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s an-down-s.Tapi di saat down ni,sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita.Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik.Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni,bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

You know what, Najwa...Asalnya,kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat..

Sebab Allah memang dah tau pun.Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya,supaya kita lebih akrab kepada Allah”Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah,bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat.Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan.Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat akhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

0 comments: