BATU

BATU

Oleh : Amri Hj Yahya.

Bayu malam yang sesekali menggigit tubuhku dikala aku termenung memikirkan nasibku yang sentiasa dirundung kemiskinan dan tidak seperti gadis-gadis remaja seusiaku.Hembusan bayu malam itu sesekali menampar-nampar mindaku untuk menyelak lipatan sejarah tentang kehidupanku yang pernah digugat kemusnahan gara-gara pihak ketiga antara ibu dan ayah.Namun kini aku bersyukur meskipun aku dilahirkan serba kemiskinan,namun kasih sayang dan kebahagiaan keluarga begitu penting bagi diriku..!

‘Gedebukkk...!!!’Sebiji batu terlempar ke arahku sekaligus lamunanku tergencat tatkala minda segar mengejutkan aku dari terus dibawa arus kenangan.Aku bingkas bangun mencari-cari dari mana arahnya batu itu datang dan yang idak bertuan.Ketika aku mengorak langkah untuk meninjau-ninjau kalau ada siapa-siapa disitu.

“Chakkkkk!!!”...aku disergah dengan satu suara yang amat aku kenali.Aku menjadi kaget seketika.

“Astarfirullahalazim...uji!! Nak fara mati cepat ke??Hampir luruh jantung fara ni tau!”ucapku dengan nada marah.

“Hai....Cik Stonea buat apa malam-malam kat sini erk??”tegur Fauzi atau lebih mesra dipanggil uji oleh aku dan keluarga.

“Amboi...may name is Norfara Najwa Bt Nordin ok!!Sejak bila nama Fara ni jadi Stonea ni?pandai-pandai je Uji ni taw.Elok-elok je ibu ayah bagi nama kat Fara.”jelasku.

“Ala Fara....Uji saje je gurau-gurau tak boleh ke?ye la bukan Uji sorang je,orang kampung pun apa kurangnya,semua panggil Fara Stonea kan?Fara ni kan minat kat batu-batu,bak kata orang muda sekarang ‘minah batu’ tak gitu???takkan nak panggil batu,tak gelamour la...kalau panggil ‘stone’ tambah dengan ‘a’,nampak la macam orang putih sikit”jelas Uji sambil tergelak nakal. ‘Ish,hendak saja aku baling dengan batu ni tau.Tapi ada betulnya juga dengan apa yang dikatakannya.Indahnya batu pada aku tidak ternilai.’

“Uji!!!!ewah-ewah,kau kalau bab sakat menyakat ni memang pandai err....yang Uji ni buat apa kat sini malam-malam buta ni?” soalku sambil mengerutkan dahi.

“Saje je...ada mak bapa kat rumah pun macam tak de je..”keluh Uji sambil menguis pasir dihadapannya.

“Uji....kenapa ni?tak baik tau.sekurang-kurangnya apa yang Uji impikan dapat dipenuhi”balasku sambil tunduk memandang ketulan-ketulan batu digenggaman ku.

“Faraaa..kekayaan itu tak de maknanya tanpa kasih sayang..”tegas Uji.Aku gumam sekeika,tiada kata-kata dapat aku luahkan.Tak sangka pula Uji yang aku kenal begitu emosi juga.’Bisik hati ku.Aku segera mencari helah untuk menukar topik.

“Dah la..tak usahla nak bertengkar malam-malam buta ni,kalau Uji rasa Uji nak tidur sini,tunggulah sini Fara nak balik.”jelasku.

“Ishhh Fara ni...gitu pulak,kalau Fara nak temankan tak pe juga...boleh??”jelasnya.

“Uji,Uji tau tak yang Uji ni 4 M?membongkok,membebel,melaut dan merepek tau.Dah Fara nak balik.”jawabku.

“Faraaaa,tunggu la!!!” jeritannya semakin kuat sambil berlari mengejar aku yang sudah jauh kehadapan..beginilah kehidupan kami sejak kecil bermain bersama-sama,bezanya Uji itu anak orang berada yang berpelajaran kalau hendak dibandingkan dengan aku yang hanya anak seorang pekebun.

Sampai di rumah.. ‘keriukkk’ ku kelak daun pintu rumah ku yang sudah uzur dimamah anai-anai yang tekun membuat sarang dan bertelur dihujung-hujung kayu.Sebelum aku menghayunkan kaki ke dapur,aku sempat singgah ke bilik untuk menyimpan 15 biji batu yang cukup cantik ke dalam kotak.Kemudian aku ke dapur menjengah kalau-kalau ada yang boleh dikunyah...ku lihat semangkuk bubur dan kicap sahaja. ‘Ala ini pun sudah cukup baik bagiku’bisik hati kecilku,lagipun inilah yang menjadi isi perutku selama ini.Selesai menjamah aku membasuh muka dan terus ke bilik.Jam yang sentiasa menepati panji masa mengukir ke arah nombor 12 dengan lagaknya.Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, kedengaran bunyi riuh rendah dari arah belakang.Kedengaran begitu jelas dari bilik ibu dan ayah.Aku cuba melelapkan mata,ku ambil kapas lalu ku sumbat ke telinga dan tidak menghiraukan bunyi bising dari luar.Namun begitu bunyinya semakin bising.

“Gedebanggg......!!!”kedengaran bunyi barang yang dicampak ke lantai dengan kuat.Mahu tidak mahu dengan langkah yang lemah ku hanyunkan kaki lantas menjengah ke belakang.Ku lihat ibu dan ayah seolah-olah melawan perasaan masing-masing,di tangan ibu tergenggam erat bagasi besar yang lazimnya digunakan untuk berpindah.Ayah pula seolah-olah pasrah,menhenyakkan badan di bangku yang telah uzur.Aku tergagam seketika.Kemudian aku mula bersuara setelah mendapat kekuatan.

“Ibu...ayah..kenapa ni,ibu hendak kemana malam-malam begini?”ujarku dengan nada melankolit.

“Sayanggg...ibu terpaksa tinggalkan kamu nak..ibu tak sanggup untuk melalui kehidupan ini,ibu jenuh!!Bosan!!letih dengan kehidupan yang serba kekurangan ini..ibu ada impian Fara...”jelas ibu.Luahan ibu ku dengar dengan perasaan yang aneh.Mahu saje ku jerit memakinya tetapi dialah insan yang bernama ‘ibu’ yang menjagaku selama ini.Baik buruknya harusku terima.Suasana sunyi menyelubungi di setiap penjuru,adik-adikku yang tidak tahu apa-apa hanya termenung,sementara angah dan uda menangis teresak-esak.

“Ayah...”ku cuba menagih simpati ayah untuk menghalang ibu,tetapi tiada respon dari ayah.Ayah cuba mendiamkan diri seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

“Ibu...kenapa ni semua ni bu?ibu hendak kemana selepas ini?Ibu nak tidur dimana?Soalku bertubi-tubi.

“Sayang..ibu akan tinggal bersama kawan ibu.Mungkin ibu akan pergi dari sini”ujar ibu.Ibu menyeluk sakunya sambil menghulurkan sebiji batu zamrud berwarna hijau kepadaku.

“Fara..simpan ni elok-elok.”ujar ibu lantas ke muka pintu dan di sambut seorang lelaki berusia lingkungan 40-an menggapai beg ditangan ibu dan disumbatkan ke dalam mulut kereta.Aku lihat sebuah kereta proton myvi berwarna hitam berlalu dengan megah dihadapan aku.

“Ibu!!!.....”launganku semakin tak didengari ibu.Aku kesal...!!kenapa nasibku begini,kehidupan yang aku alami hanya mimpi.Ibu adalah obor yang memberi cahaya kepadaku,ibu adalah pelita yang menyuluh perjalananku dan arah hidupku selama ini...tapi mengapa??perubahan ini terlalu drastik bagi diriku.Aku marah betul dengan ibu.Aku,angah,ude dan adikku hanya ditinggalkan terkontang-kanting disini.

“Ayah...kenapa semua ni...ibu dah tak sayangkan Fara lagi ke..??”soalku dalam tangis.

“Fara..biarlah ibu pergi,mungkin semua ini salah ayah kerana tidak dapat memberi kemewahan kepada ibu.”jawab ayah.

“Tapi ayah...”ucapku lembut dan berlari ke bilik melampiaskan tangisanku.Lantas aku terus dihanyut mimpi.

Pagi itu aku terlanjur tidur,ku lihat jam hampir menunjukkan 10 pagi,lantas aku bingkas bangun

“Astarfirullahalazim”..ucapku kerana terlepas solat subuh pagi tadi.Aku terus ke dapur untuk mandi,kulihat dapurku tersusun rapi dan diatas meja terdapat sepinggan nasi goreng dan secawan kopi panas.Aku bingung, ‘siapa pula melakukan semua ini’ bisik hatiku.Aku terus ke belakang untuk menjemur pakaian,ku lihat seorang lelaki sedang menjemur dihadapan ku.

“Ayah??????”soalku sedikit terkejut.

“Ya Fara..ada apa?”jawab ayah.

“Kenapa ayah buat semua ini?soalku.

“Tak apa Fara,tanpa ibu kita masih boleh teruskan idup..kita tak boleh pandang ke belakang lagi..bukan ke ‘zaman dah berubah,dunia dah maju’..tak gitu?”jelas ayah sambil diiringi gelak tawanya,sesekali aku turut tergelak.

“Ayah...Fara sayang ayah..terima kasih ayah”bisikku riang.Itulah ayah!! Insan yang tak pernah mengenal erti putus asa dalam kamus hidupnya.Aku terus ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari.Dengan berbekalkan pucuk ibu yang dipetik dari kebun ku masak telur dan ikan caru yang sudah dijemur ku jadikan ikan masin.Adik-adikku seolah-olah memahami kehidupan kami.

“Kakak...”sapa angah dengan nada sedih.

“Ye angah..kenapa ni?”soalku gumam.

“Angah mendapat tawaran ke UITM Syah Alam..angah teringin nak sambung belajar ke sana..tapi angah menolak kerana dengan keadaan keluarga kita,angah tahu kita pasti tak mampu ..”jawabnya sambil menunduk ke bawah memandang tanah yang dijadikan lantai rumah kami selama ini,

“Angah..jangan begitu..akak akan ikhtiar ye..jangan sedih lagi..cepat habiskan makanan tu..sejuk nanti”ucapku lembut sekadar memberi semangat kepadanya.Biarlah aku tak berpelajaran,asalkan adik-adikku dapat ke menara gading.Selesai makan,mereka semua ke gerabak belakang yang telah uzur tetapi cukup untuk mereka mengulangkaji pelajaran.Sesekali aku tertawa di dalam tawa mereka ketika bergurau senda.

Petang menjelma seolah-olah memanggil aku ke pantai yang menjadi rutinku.Kali ini aku tidak seperti selalu yang asyik termenung.Aku mengukir batu-batu dan mewarnakannya dengan pelbagai bentuk.Sebiji batu ku ukir dengan ukiran scorpion dan batu yang lain ku ukir dengan ukiran rama-rama,naga emas,corak batik dan sebagainya. ‘Ahhh...alangkah indahnya batu-batu ini dan kalau aku jual tentu mahal harganya dan dapatlah menampung perbelanjaan angah ke UITM’detik hatiku.

“Assalammualaikum..”sapa satu suara.

“Waalaikummussalam..”jawabku ringkas.

“Buat apa ni Fara?macam sibuk je..Ee...cantiknya..siapa yang mengajar Fara buat semua ni?Kalau dijual tentu mahal harganya..cukup tinggi nilai estetikanya”ucap Uji bersungguh-sungguh.

“Betul ke Uji?buat lawak la kau ni..mana la ada kedai yang sanggup ambil batu-batu macam ni”ucapku sambil tertawa kecil.

“Betul!benda yang luar biasa macam ni mahal harganya.Tak salahkan kalau kita mencubanya?Fara buat banyak-banyak,kemudian Uji akan tolong jualkannya kepada pemborong.”ucapnya penuh yakin.

“Boleh ke?Tauke kedai tu buta sangat ke nak ambil benda yang kuno macam ni..yela Cuma sebiji batu je,bukannya emas,intan,berlian,mutiara...”ucapku kerana sendiri tak yakin.

“Fara...”keluh Uji.

“Yelah Fara setuju jawabku sekadar mengiakan sahaja.Ku hulurkan 10 biji batu yang berlainan ukiran kepada Uji.Seperti biasa apabila hari hampir senja barulah aku pulang.Selesai solat maghrib aku terus menyiapkan makanan untuk adik-adik.Selesai solat isyak aku terus mula mengukir batu-batu sekadar suka-suka.Sedang leka mengukir hari sudah larut malam,dan baru sahaja hendak ku tutup pintu kedengaran satu suara memanggilku.

“Fara!!!!..”suara itu semakin dekat dan kelibat seorang lelaki seolah-olah berlari ke arahku. ‘Siapa dia’bisik hatiku,ia semakin dekat...dekat...dan dekat kearahku. ‘Fuhh! Uji rupanya’ lega hatiku.

“Fara..huh hah huh ahh”ujar Uji yang termengah-mengah

“Uji....kenapa ni Uji...?”soalku dengan nada yang panik.Aku mengajak Uji ke dalam rumah dan ku beri air cuma sekadar memberi kekuatan kepadanya.Apabila keadaan menjadi tenang,Uji meneruskan kata-katanya kembali.

“Fara...syarikat sermiks utara menawarkan kamu untuk mencipta lebih banyak hasil kraf tangan kamu untuk dipasarkan.Syarikat tersebut akan memberikan kamu modal dan akan mengutip hasil kamu setiap hari.” Ujar Uji dengan penuh bersemangat.Aku menjadi kaget,sesekali aku menampar-nampar pipiku dan meminta Uji mencubitku.

“Biar benar kamu ni?”soalku

“Ya!!Ini bukan mimpi Fara..ini kenyataan,batu-batu yang kamu ukir terpilih untuk dipasarkan dan ini cek sepuluh ribu sebagai pendahuluan”ujar Uji sambil menghulurkancek kepadaku.Dengan tangan yang terketar-ketar dan umpama mimpi dalam mimpi aku menerima cek itu dengan penuh terharu.Tangisanku seolah-olah berlagu riang dan aku berjanji akan merubah kehidupanku sekeluarga dan membiaya pelajaran adikku. ‘Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..terima kasih Ya Allah’ bisik hatiku.Menurut hadis yang keempat puluh dua yang turut menyatakan ‘sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaku,aku ampuni bagi engkau dan kuberi rezeki melimpah ruah kepada engaku’

“Uji....terima kasih ye..”ucapku lembut.

“Sama-sama,ni semua usaha awak juga Fara”balas Uji.

Keesokannya,awal-awal pagi aku sudah bangun.Selepas menyiapkan sarapan dan mengemas rumah,aku ke pantai dan mengutip batu-batu untuk diukir indah.Walaupun letih,ku sempat berhenti untuk menyiapkan makanan tengahari.Dengan menggunakan sedikit wang dari wang pendahuluan itu,ku masak lemak cili api,sup ketam,sayur campur dan sotong goreng.Semua ini lebih dari cukup bagi keluargaku.

‘Arghhhhhh...gembiranya hati ini’persis hatiku.Aku gembira melihat ayah dan adik-adik makan.Aku menyambung kembali kerjaku.Walaupun aku tahu sekiranya aku menggunakan cop,tentu lebih senang dan banyak ukiran dapat dihasilkan.Hari ini sahaja aku dapat meraih lapan ribu ringgit setelah dapat menghasilkan lapan ratus biji batu.

Kini hampir empat tahun aku berkecimpung dalam dunia seni kretiviti ini dan hidupku sudah jauh kehadapan.Batu-batu yang dihasilkan aku mula mendapat sambutan orang ramai dan lantai rumahku yang dahulunya tanah kini dipasang marmar.Rumahku yang sudah uzur ku bangukan semula sebagai ‘VILLA STONEA’...ayahku tidak lagi perlu bekerja tetapi hanya menguruskan kebun sebagai hobi pada masa lapang.Angah pula kini sudah tahu ketiga di UITM dan akan menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan,ude pula kini di UUM Sintok Kedah dalam tahun pertama,acik pula di MRSM dan adik masih di darjah empat Sekolah Kebangsaan Mahkota Pinang,tapi dimana pula Uji?? ‘Arghhhh...rindunya pada Uji..mungkin dia sudah berkahwin kot..apa pun..terima kasih Uji..’bisik hatiku.Kini aku sudah mempunyai lima orang pekerja.Dua dibahagian ukiran dan tiga dibahagikan mewarna dan semua pekerja ini dilatih olehku sendiri kerana bagiku biarlah ilmu itu dikongsi bersama-sama.

Seperti biasa aku akan ke pejabat untuk menguruskan pasaran keluar masuk barang.Ini semua berkat usaha dan ketabahan kami sekeluarga dalam melayari kehidupan.Namun dalam kebahagiaan ini,diamanah ibu?Adakah ibu sihat? Walaupun perasaan marah pernah menyelubungi aku suatu ketika dahulu..tapi dia tetap ibuku.

“Tuk...tuk”kedengaran pintuku diketuk lantas membatalkan lamunanku untuk terbang lebih jauh.

“Masuk”jawabku ringkas.

Aku tergamam seketika,sepasang badan yang amat ku kenali dulu kini terpacak dihadapanku.

“Ibu...”ujarku dalam tangisan sambil berlari memeluk ibu dan ku cium pipi ibu yang gebu itu dengan penuh kerinduan.

“Fara...ibu mintak maaf ye...”ujar ibu lembut.

“Tak apa bu..tapi bagaimana ib tahu Fara disini?”soalku.

“Itu..”jawab ibu sambil menunjuk ke belakang.Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan ibu.

“Fara..peluk ibu je??Tak nak peluk Uji ke?”ucap satu suara.Dan siapa sangka lelaki itu adalah Uji.Tiba-tiba jantungku yang tadinya normal,kini iramanya menari kencang ‘dag dig dug..dag dig dug..’tubuhnya tinggi dan rupanya tidak seperti dulu yang semamai,kekacakannya itu amat subjektif pada mata yang memandang sehingga aku penaka dialah putera impianku. ‘Alamak!!Jauhnya aku mengelamun.’

“Uji..Fara tak sangka..”Belum sempat ku habiskan kata-kata,bibirku ditutup oleh jari telunjuk Uji.

“Fara..kalau dulu saya tinggalkan awak kerana impian kerjaya..kini saya kembali juga kerana impian..impian untuk bersama awak..”ucapnya lembut sehingga setitis mutiara jernih lahir dari mataku.

“Uji...”ucapku sambil mendakap tubuhnya erat walaupun aku menyedari haram hukumnya kerana bukan muhrim,tapi kerana cinta dan gembira ku lupa segalanya.Itulah hari paling bahagia bagiku..petang itu kami semuanya berkumpul dirumah,ibu yang sudah kematian suami kedua tentu tidak selesa jika diajak tinggal bersama.Apabila semua sudah berkumpul,ayah mengumumkan untuk merujuk kembali ibu.Aku pula akan dinikahkan awal bulan ini. ‘Arghhh...bahagianya hidup’...

“Fara...termenung ye..dah tak sabar ke?”soal Uji lantas mematikan khalayanku.

“Uji....!!”ucapku sambil mencubit pehanya yang montok..hehe..

“Ala Fara....Oopsss,Cik Stonea la..lupa pulak!”ujarnya.

“Terima Kasih Uji...”ucapku.

“Oopss..bukan terima kasih pada Uji tau,kerana batu,usaha dan ketabahan inilah Fara berjaya sampai ke sini tau..abang tumpang bahagia untuk sayang..”ucapnya dengan nada romantik.

“Hai..belum apa-apa dah mula tukar panggilan ye..?”soalku sambil tersenyum.

“Tak apa...persiapan awal..hehe..”jawab Uji.Aku akhirnya hanya mampu tersenyum.Itulah senyuman manis yng pernah ku ukir indah.Hidup yang dibekali ketabahan,kesungguhan dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan menjadi prinsip kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.