RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.
1. Jangan takut bercakap-cakap dengan ikan belaan kita. Selalu tegur akan kecantikan dia, dan pastinya dia tahu anda tuannya.
2. Penapis air mesti selalu di cuci dan dalam tempoh 3 minggu diganti dengan yang baru. Ini untuk menjaga kualiti air agar sentiasa bersih.
3. Masukkan penjernih air agar air nampak bercahaya. Makin jelas kejernihan air, ikan kaloi akan lebih aktif dan dari jauh sudah mengenali tuannya.
4. Yang amat penting, selain dari makanan khas kaloi, pastikan anda memasukan garam sedikit dalam tapisan air agar lumut dalam air dan yang melekat di badan kaloi akan mati. Musuh ikan dalam air ialah lumut terutama iakan air tawar. Garam adalah ubatnya dan mata ikan akan nampak bercahaya.
Comments