Posts

Showing posts with the label Rumahku Adalah Syurga Duniaku.

ZIARAH ABG NANG DI KAMPUNG TIMUR LAUT, TELUK KERANG, PONTIAN, JOHOR.

Image
Saya dan keluarga telah ke Pontian mengunjungi Abang Nang sekeluarga di Kg Timur Laut, Teluk Kerang Pontian, Johor . Saya pernah menyewa rumah sewanya semasa mengajar di SMK Pekan Nenas dahulu sekitar tahun 1984-1986. Abang Nang nampaknya masih sihat dan kuat. 

SUNTIKAN INSULIN BUAT BONDAKU, HJH SIMAH BT SABTU.

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bondaku kini berusia 74 tahun dan perlu disuntik insulin 3x sehari - pagi, petang dan malam. Berikut langkah-langkah yang perlu dibuat setiap kali sebelum suntikan.  1. Ambil tekanan BP dulu. Catat bacaan BP dalam buku catatan. 2. Ambil pula bacaan Glukose dengan menggunakan peralatan khas. Ambil darah dan lihat bacaan gula. 3. Akhirnya, beri suntikan insulin kepada Bondaku, sama ada di lengan @ perut @ peha. Percayalah...setiap kali memberikan suntikan, aku rasa sedih... macam manalah Bondaku menahan sakit ketika di suntik....

SAMBUTAN KORBAN PADA TAHUN 2016. BONDAKU KORBANKAN SEEKOR LEMBU.

Image
Sambutan Hari Raya Korban Tahun 2016, Bondaku berniat untuk mengorbankan  seekor lembu. Saya mendapatkan seekor lembu daripada Pak Rahmat Felda Bukit Senggeh  dengan harga RM4K. Imam 2 masjid An-Nur Taman Maju Hj Abu Bakar menyembelihkan  lembu korban.

BBQ DI RAWANG.

Image
Pada 30 Oktober, saya membawa famili dan mak saya ke rumah adik saya di Rawang. Adik saya - Taufek Hj Yahya, Wartawan Harakah membeli kerang besar di Kuala Selangor.

BUNGA RAYA.

Image
Bunga Raya adalah bunga rasmi negara. Lima kelopak pada bunga ini melambangkan Rukun Negara yang lima. Pada saya, setiap rakyat patut menanam sebatang pokok bunga raya dan sekolah sepatutnya ada menanam pokok ini bagi membolehkan pelajar mengenali pokok ini. Saya ada menanam beberapa batang pokok bunga raya, bunga kebangsaan negara. Bunga ini rajin berbunga dan ramai jiran tetangga yang telah meminta batang pokok ini untuk di tanam. Bunga raya memang cantik. Patut dijadikan bunga rasmi negara.

MAKAN MALAM DI LUAR RUMAH.

Image
Salam buat semua pembaca. Buat pertama kali, aku makan di luar rumah kerana malam ini tuisyen SPM tidak dapat diadakan kerana ada ujian setara. Walaupun berlaukkan pucuk ubi kayu rebus dan sambal tumis, suasana amat menyelerakan.

Berbudi Kepada Tanah

Image
Pokok pisangku rajin mengeluarkan hasil. Murah rezeki.. Itulah pesanan orang tua-tua - rajin berbudi kepada tanah, murah rezeki. Fikir-fikirkan ye.....

TUMBUHAN TILLANDSIA

Image
Tumbuhan ini dikenali di Barat sebagai Pokok Udara yang bermaksud sejenis pokok dari jenis epiphyte iaitu boleh hidup menumpang dipokok lain tetapi mendapat air dari udara persekitarannya. Tillandsia amat mudah untuk di tanam. Tumbuhan ini amat unik kerana tumbuh berjurai ke bawah, dan sesuai dijadikan tanaman gantung. Batangnya mudah bercabang dengan daun yang kecil tumbuh diseliling batang dan ditutupi dengan banyak sisik berwarna perak keputihan. Tumbuhan ini juga tidak memerlukan siraman tetapi hanya semburan sahaja. Tillandsia mempunyai banyak spesies dan aku amat meminati tumbuhan ini yang amat mudah untuk ditanam kerana aku hanya perlu membuat gulungan dawai untuk menyangkut tumbuhan ini. Aku banyak menanam Tilandsia jenis Usneoides yang dikatakan berasal dari Argentina dan Chile. Di sana, tumbuhan ini digelar "Spanish Moss " atau Lumut Spanyol . Ada juga digelar "Old Man's Beard" atau Janggut Orang Tua. Di Malaysia, tumbuhan ini dinamakan Misai Jin ata...

Langsir Baru Permintaan Isteriku

Image
Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, aku penuhi permintaan isteriku untuk menganti langsir lama dan menggunakan kayu pula. Langsir ini telah dibuat oleh adik sepupuku yang mempunyai kedai menjahit langsir di Lumut Perak. Hasil kerjanya memang baik dan tidak hairanlah jika perniagaannya juga mendapat tempahan dari jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Lumut Perak.