Posts

Showing posts from 2009

4 Januari 2010

Selamat Tahun Baru dan muga tahun ini memberikan banyak kegembiraan serta kesenangan buat kita semua. Aku tidak mahu membicarakan soal azam kerana setiap tahun pertanyaan "AZAM" sahaja yang ditanya. Pada aku, yang penting bebas dari masalah dan siap sedia berhadapan dengan tugas. Aku secara rasmi telah melepaskan semua tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan untuk LPM pada tahun 2009. Muga usaha aku dan pasukan aku membawa hasil yang baik.

PERJUMPAAN WARIS KELUARGA TOK ARIS

Image
Pada tarikh 26 Disember 2009, buat pertama kali, kaum keluarga daripada 7 generasi Tok Aris, mengadakan perjumpaan keluarga yang pertama di alamat, Batu 19 1/2, Kg Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. Perjumpaan ini berjaya menyatukan kaum keluarga waris Tok Aris seramai 182 orang ahli keluarga dari 4 waris utama. Perjumpaan ini melibatkan waris sebelah Isteri saya dan pada saya amat baik dilakukan untuk merapatkan kembali kaum keluarga yang kian besar dan berkembang. Semuga program ini akan dapat diadakan di Jasin pula kerana, waris paling tua berusia 92 tahun dan merupakan datuk kepada isteriku.

Baby Baru Muhammad Nazrul Hj Leman

Image
Adik iparku ini telah mendapat baby pertama, Muhammad Danis ( baby boy ) pada 9 Disember 2009. Beliau bertugas sebagai Polis di IPD Kota Tinggi. Pasangannya, Siti Halijah bte Ahmad Shahrudden, seorang jururawat di Hospital Putra, Batu Pahat, orang Nyalas juga. Muga baby baru akan sihat dan membesar dengan baik.

Bilik / Pejabat Sementara

Image
Setiap hujung tahun, aku akan menjalankan tugasku sebagai Ketua Pasukan untuk penandaan kertas LPM. Biasanya, bilik penginapan aku di hotel akan menjadi seperti bilik pejabat dan tugas kena dilakukan dengan cepat tetapi tepat dan berkesan.

SINGAPURA VS THAILAND

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie ... Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat Raja Siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab : Kami tak buat apa. Kami buang aje . PM Singapore : Ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand . Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore tanya lagi : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau ?? Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje . PM Singapore : Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand . Last sekali, diorang makan chewing gum. Seperti biasa PM Singapore pun tanya : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan ?? Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje . PM Singapore :

GAMBAR RAYA 2009

Image

MENILAI YANG TERSAYANG

Image
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:- Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu

NILAI KASIH SAYANG IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai RM4.00 2) Tolong jaga adik RM4.00 3) Tolong buang sampah RM1.00 4) Tolong kemas bilik RM2.00 5) Tolong siram bunga RM3.00 6) Tolong sapu sampah RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan o
LELAKI EGO KALAH AKHIRNYA Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya... " Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita ", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. " Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ... ". Isterinya setuju dan mereka mula mem

ROYAL SCALLOP - BERMINAT ?

Image
Pembaca yang berminat untuk memasang langsir mengikut konsep "Royal Scallop", boleh menghubungi saya untuk tempahan di talian 012 6962576. Bayaran untuk ukuran pintu slide 3 muka atau bersamaan 10 kaki ialah RM580 sahaja. Paling mudah, setiap 1 kaki = RM58 sahaja. Pembeli boleh memilih kain dan corak warna yang diingini. Bayaran termasuk upah pemasangan dan pemasangan kayu langsir. Penyangkut langsir juga disediakan. Bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur (mengikut perbincangan ).

Senjata untuk Korban Aidil Adha

Image
Aku memiliki sebilah kapak dan sebilah parang yang digunakan khas untuk menyiang daging dan tulang. Kapak ini adalah pemberian aruah pengetuaku ketika aku bertugas di SMK Seri Kukup, Pontian dulu. Allahyarham Hj.Aziz bin Mohsin, seorang pengetua yang rajin hinggakan sanggup mencangkul tanah untuk di tambak di padang sekolah. Parangku ini, aku beli di Kota Tinggi, Johor dengan harga RM280 pada tahun 1998. Keunikan parang ini ialah matanya tajam dan hulu parang dalam bentuk kepala burung Kakak Tua. Seni ukiran pada sarung parang gabungan bunga dan bulu burung. Senjata ini aku guna ketika membantu menyiang daging korban dan memotong tulang. Parangku ini, boleh memotong tulang untuk seekor lembu dan ramai yang memuji kekuatan dan ketajaman matanya. Paling penting, niat digunakan untuk kebaikan dan urusan agama dan yang pasti Tuhan akan memberkhati kita.

Langsir Baru Permintaan Isteriku

Image
Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, aku penuhi permintaan isteriku untuk menganti langsir lama dan menggunakan kayu pula. Langsir ini telah dibuat oleh adik sepupuku yang mempunyai kedai menjahit langsir di Lumut Perak. Hasil kerjanya memang baik dan tidak hairanlah jika perniagaannya juga mendapat tempahan dari jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Lumut Perak.

Ketua Pengawas SPM

Image
Dari 18 November hingga 16 Disember 2009, aku menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas SPM di JF065, SMK Parit Bunga, Muar. Aku di bantu oleh seorang Timbalan KP dan 5 orang Pengawas Peperiksaan. Aku mengawasi dan menguruskan peperiksaan SPM di Dewan SMKPB dan pelajar-pelajar dari aliran sains. Namun aku amat terharu melihat calon SPM ini. Dia dikategorikan calon cacat fizikal tetapi dia seorang yang pandai.

JENAYAH SYARIAH

Image
Setiap sabtu dan ahad, aku akan membawa anak sulungku menjalani latihan Archeary di Lapangan Sasar Memanah, Tasik Ayer Keruh, Melaka. Aku amat tertarik dengan papan tanda amaran tentang salahlaku maksiat. Tapi yang menariknya, banyak juga aku melihat couple di taman permainan kanak-kanak. Yang geram tu, buaian kanak-kanak dan bangku juga turut rosak kerana yang duduk di situ ialah mereka yang dah tua bangka, dan bukan kanak-kanak. Sila ambil perhatian pihak berwajib. Laksanakan tanggungjawab anda dan buat amanah yang diberikan. Jangan TIDOR.....
Image
Erm...harine aku betul2 xdak mood........aku pun xtahu kenapa.......biarla aku sorg ja yg tahu kenapa.......so harine aku nak lyn2 ckit kepercayaan cinta......so sapa2 yg tgh cintan cintun or yg baru nak cinton tu baca la eh kita kongsi sesama........................gpn harine aku btul2 xdk mood...... AKU PERLUKAN KETENANGAN Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebena rnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan. Faktor 1 – Konsisten Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Ba

AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU

Kenapa aku perlu bersedih lagi?? Kenapa org suka buat aku bersedih?? Xcukup kah segala yang aku derita selama ini??? Aku dah penat nak menagis n alami semua ini lagi.......... Izinkan beri kebahagiaan kepada diri aku..... Aku tahu...... Aku hanya insan biasa yang xberharta.......aku sedar diri aku...... Tapi tolong jgn seksa aku begini..... Kerana aku juga punya hati dan perasaan........ Sampai bila aku nak berdendam dgn air mata???? Salahkah aku nak hidup bahagia??? Aku sentiasa doakan kebahagiaan org lain......... Tapi kenapa tiada siapa pun fikir aku nya hati dan perasaan??? Xcukupkah lagi pengrbanan aku selama ini??? AKU SEDAR DIRI AKU........ Aku xdpt jd diri org lain...... Aku xdapat puaskan hati semua org..... Aku seorang yang degil........ Aku tahu aku EGO....... AKU tahu aku bukan insan yang dapat menerima pendapat org..... Tapi sekurangnya aku ada telinga untk mendengar segala teguran org lain terhadap aku.............. Aku hanya insan biasa.. Aku xpunya apa2...... TAPI aku a

Fakta Menarik Tentang Senyuman.

Image
fakta fakta menarik tntang senyuman [sumber ;laman web]: 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 2. Pengkaji percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi me