Posts

Showing posts with the label RUMAH TERBUKA RAYA 2009

Rumah Terbuka Raya Kapten (B) Mohd Said

Image
Mohd Said adalah kawan karibku sejak zaman bujang lagi. Beliau adalah anak saudara kepada Aruah Pakcik Yahya, pengusaha Stesen Minyak Petronas, Jasin. Aku mengenali Aruah Pak Cik Yahya sebagai seorang peniaga yang berjaya. Kelulusannya hanya setakat SRP sahaja dan memulakan perniagaan sebagai tukang gunting rambut di bangunan Arked Mara Jasin. Mohd Said adalah orang harapan aruah dalam menguruskan perniagaannya. Aku tidak hairan jika Mohd Said juga bijak berniaga kerana asuhan daripada aruah. Ketika aku menguruskan perniagaan Pusat Tuisyen Maju dahulu, beliau selalu membantu aku untuk urusan rasmi ke Jabatan Pelajaran Melaka. Sehingga kini, hubungan kami tetap baik dan aku mendoakan agar perniagaan beliau juga akan terus berjaya. Kami sekeluarga telah ke rumah terbuka beliau di Ampangan, Seremban.

Rumah Terbuka Bonda Gunawan

Image
Pada tahun ini, 24 Saptember 2009 ( Hari Raya ke-5) atas permintaan Bondaku, kami adik beradik seramai lapan orang telah bekerjasama mengadakan Rumah Terbuka di rumah Bondaku beralamat J 7408, Jln Rhu, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka. Pada tahun ini juga, semua adik- beradikku dapat berkumpul di rumah peninggalan aruah bapaku yang telah genap 6 tahun meninggal dunia. Bondaku berhajat hendakkan BBQ kambing. Kami telah menempah set untuk BBQ dan membeli seekor kambing dengan harga RM386. Upah memanggang pula ialah RM200. Kami telah menjemput semua saudara mara di Alor Gajah, Kampung Rumbia, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dari jam 9.00 pagi hinggalah jam 11.00 malam, para tetamu datang dan menikmati hidangan kambing panggang, satey, kuih muih dan bermacam-macam juadah raya. Muga program ini dapat merapatkan hubungan kami semua dan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Rumah Terbuka Gunawan.

Image
Pada 26 September 2009, Hari Raya ke-7, saya telah mengadakan rumah terbuka dari jam 3.00 petang hingga jam 9.00 malam. Menu yang disediakan seperti Laksa Utara, Bee Hoon Goreng, Lontong, kuih karipap, popia sambal, kuih raya dan buah-buahan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rakan-rakan, pelajar-pelajar SMK Tun Mamat, pelajar tuisyen dan jiran-jiran saya yang sudi datang ke Rumah Terbuka saya.