Posts

Showing posts with the label ALUMNI - PERTESIS SMK ISKANDAR SHAH

RE-UNION TINGKATAN 6, SMK ISKANDAR SHAH, JASIN.

Image
PERHATIAN; CADANGAN UNTUK RE-UNION TINGKATAN ENAM,SMK ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN. TARIKH : 22 - 23 SEPTEMBER 2012 TEMPAT : BAYU BEACH RESORT, BATU 4 1/2, JLN PANTAI, MUKIM SI-RUSA, PORT DICKSON, N.SEMBILAN. Bayaran - *RM35 net per head (dewasa) dan *RM20 net per head (kanak- kanak 7 - 12 tahun ) * Bayaran untuk lunch dan aktiviti sukan keluarga di pantai. * Bayaran tambahan RM10 untuk kos pengurusan dan meja VIP untuk bekas-bekas guru Tingkatan Enam SIS. Mohon, Hubungi saya (012-6962576 ) atau Cikgu Ghani Ahmad (013-6105055) untuk menetapkan bilangan ahli yang hadir. HARAP HEBAH-HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. TQ

RE-UNION TINGKATAN 6 SIS 1983/1984.

Image
Syukur kepada Tuhan. Program Pertemuan Bekas Pelajar Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah kali ke-3, bertempat di Hotel Alamanda dapat diadakan pada 25 Disember 2010. Guru Penasihat Kelab, Our Belove Cikgu Peter Suan hadir dan lebih mengembirakan rakan-rakan lama seperti Kak Tumiah Mukri, Ainee Ahmad, Rafeah dan Tuan Haji Murad (YDP Majlis Perbandaran Jasin ) turut hadir. Kak Tumiah Mukri, suri rumah dan kini guru mengaji Al Quran. Kak Tumiah rakan group discussion saya. Cikgu Peter Suan walaupun kini berusia 56 tahun, tetapi tetap tidak berumah. Rahsia awet muda- berenang.... Meja pendaftaran diuruskan oleh Cikgu Ghani Ahmad, GPK HEM SMK Sri Kota, Melaka.

DEPOSIT HI-TEA RE-UNION SIS T6

Image
Perhatian buat semua rakan Alumni SIS Tingkatan 6 tahun 1983/1984. Bayaran deposit Hotel Alamanda telah dibuat. Tolong berikan makluman segera kepada saya atau kepada Cikgu Abd Ghani Ahmad.

MENU JAMUAN DAN BAYARAN RE-UNION T6 SIS.

Pagi ini, jam 10.00 pagi, saya mendapat panggilan talipon dari Tuan Haji Murad (YDP Majlis Perbandaran Jasin). Beliau sedang merasmikan program sukan awal Muharam bagi Mukim Jasin di Stadium Rim, Jasin. Beliau meminta saya datang bertemunya di sana. Selepas minum, Tuan Haji Murad mencadangkan agar kami ke Hotel Alamanda Jasin. Hasil perbincangan beliau, saya dan pengurus Hotel Alamanda, beliau memilih Menu makanan Hi-Tea ( Nasi Goreng Kampung, Roti Canai, Kari Dhall, 2 Types of local kuih, Cut Cake, Mixed Sandwich -Egg/Tuna, Mixed Fruit, Coffee and Tea dan Cordial ). Tuan Haji Murad juga meminta agar pihak hotel mengurangkan bayaran dan bayaran dapat dikurangkan kepada RM13.80 pack. Namun cadangan kami lebihan bayaran akan digunakan untuk menampung perbelanjaan luar jangka serta tetamu kita ( bekas guru ). Anak-anak berusia 12 tahun ke bawah, bayaran less 50% . Tuan Haji Murad juga telah menyerahkan sumbangan peribadi RM300. Harapan kami agar rakan-rakan dapat memberikan jawa...

NOTIS 1 - RE UNION TINGKATAN 6 SIS 1983/1984.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Hasil perbincangan saya, Cikgu Ghani Ahmad(GPK HEM, SMK Seri Kota) dan Cikgu Johari Abu Bakar (GPK 1 SMK Tun Perak, Jasin) pada 11 Disember, jam 9.00mlm di rumah saya, beberapa keputusan awal telah dipersetujui; 1. Tempat perjumpaan ReUnion di Hotel Alamanda, Jasin ( berdekatan dengan Stadium Rim ) pada 25 Disember 2010 dari jam 2.00 - 5.00 petang. 2. Bayaran ( 1 pack ) ialah RM15 dan di minta rakan-rakan memasukkan bayaran ke dalam akaun Bank Islam/ Cikgu Abd Ghani Ahmad - 04-033-02-007291-8 . Untuk makluman rakan-rakan, perjumpan yang lalu (di Hotel Sri Impian) bayaran yang dibuat pada pihak hotel tidak mencukupi kerana kita tiada tabungan dan ada rakan yang tidak hadir. Namun kami telah berbincang dengan pihak hotel dan telah diberikan potongan harga. Rakan-rakan guru digalakkan membuat pembayaran awal dan memberi sumbangan untuk Dana Kelab kita dan pengurusan program ini. 3.Perjumpaan akan bermula pada jam 2.00 petang ( ...

PERBINCANGAN REUNION TING 6 SIS- 1983/1984

Perhatian buat rakan-rakan terdekat. Satu perbincangan awal untuk program Reunion T6 SIS akan diadakan pada 11 Disember 2010, Sabtu , jam 9.00 malam, bertempat di JA 6884, Jln Seroja 3, Taman Maju, rumah Cikgu Amri Hj Yahya ( GPK Ting 6 SMK Tun Mamat, Tangkak ) Hasil perbincangan dengan Cikgu Abd Ghani Ahmad (GPK HEM SMK Sri Kota - Sek Sukan Melaka ), rakan-rakan terdekat seperti Cikgu Badrul Hisham Dato Dollah Atan, Cikgu Johari Abu Bakar ( GPK 1 SMK Sri Bemban), Pn. Khursinah Mustapha (Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Melaka), En Nordin Abdullah, Cikgu Rosli Zakaria, En Samad , Cikgu Zaid Taib ( GPK 1, SMK Iskandar Shah ), Cikgu Zainal Husin ( GPK SK Tun Sri Lanang ), Pn Zulidia Hj Hassan , En Kamarudin Bujang ( CIMB Jasin )di jemput hadir untuk merangka program ini. Maklumat awal, program di SMK Iskandar Shah (SIS), Jasin, tempahan makanan secara buffet dgn pengusaha kantin SIS, Sebelum solat Zohur buat Tahlil ringkas untuk sahabat kita Aruah Azmi Tompang, ramah mesra, bertukar cende...

PERJUMPAAN REUNION PERTISIS 1983/1984

Perhatian kepada semua bekas pelajar Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah, Jasin sesi 1983 dan 1984. Cadangan perjumpaan pada :- Tarikh : 25 Disember 2010 Tempat : Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin. Masa : 8.30 pagi Sila hubungi S/U Kelab Alumni Tingkatan Enam, Cikgu Ghani bin Ahmad Guru Penolong Kanan 1, SMK Simpang Bekoh, Jasin di talian 0136105055.

RE UNION KE-2 UNTUK TAHUN 2009

PERHATIAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN AHLI ALUMNI TINGKATAN 6 SMK ISKANDAR SHAH. Perjumpaan pada tahun 2009 akan diadakan pada hujung tahun ini, bertempat di Jasin Hot Spring (JHS) Saya akan meminta jasa baik rakan kita Tuan Haji Murad, YDP Majlis Perbandaran Jasin, untuk datang merasmikan program ini dan seterusnya memberikan kepada persatuan kita kebenaran, untuk menggunakan premis di JHS dengan kadar bayaran berpatutan. Program yang akan dirangkakan ialah, sukaneka kanak-kanak dan veteran, pertukaran hadiah antara rakan-rakan, kutipan bantuan untuk membantu rakan-rakan yang ditimpa kesusahan seperti sakit, bantuan galakan pendidikan untuk anak-anak dan jamuan keluarga. Kami akan menetapkan tarikh yang tepat sedikit masa lagi dan berhasrat ingin menjemput bekas-bekas guru kita nanti.