Posts

Showing posts from August, 2010

MERDEKA KE-53 DAERAH LEDANG.

Image
Tahniah buat pelajar PPU sesi 2010 kerana kecemerlangan anda dalam koir dan perbarisan bendera. Juga MPPU (Presiden & AJK) yang memasang bendera di bangunan sekolah. Kita JOHAN keceriaan bangunan kategori sekolah. Tahniah juga buat Peneraju Sekolah, Tuan Haji Ahmad Othman dan Peneraju Komuniti Sekolah, Tuan Haji Rahim (YDP PIBG) atas kemitmen yang baik dan kerjasama yang diberikan. Usaha kita berbaloi tahun ini. TQ juga buat sahabat-sahabat saya, Cikgu Pang Chin Choo, En Masood, En Fairuz(IT), En Mohamad dan Cikgu Helmi. Jasa kalian hanya Tuhan yang tahu. Pesaing utama Tun Mamat, SMK Ledang di bawah pimpinan Tuan Haji Ahmad Kamit. Pembawa bendera. Pembawa bendera Jalur Gemilang. Pasukan Koir Sekolah dengan konduktor koir, Cinta. Pasukan SMK Tun Mamat, dengan baju koporat baru serta cap yang cantik. Tempat ke-3, pakaian kemerdekaan. Bergambar bersama YDP PIBG, Tuan Haji Rahim dan Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad bin Othman.

BLACK FRIDAY.

Image
Tarikh 27 Ogos 2010 akan menjadi kenangan berharga buat saya. Jam 2.30 petang, saya memandu kereta Waja saya ke Melaka. Matlamat untuk ke EON Bank dan CIMB Taman Batu Berendam. Jalan agak sesak dan lambat. Setiba saya di persimpangan jalan utama berdekatan Gedung Keluargaku, tiba-tiba Waja saya mati injinnya. Saya memang panik, dengan kereta yang jem memanjang, saya dibantu oleh 2 orang penunggang motor menolak kereta Waja saya di tempat letak kereta Street Meredium Hotel. Saya segera menghubungi makanik saya, Encik Pang, dari Eon Kenari Servis di Tangkak. Rupanya, Petrol Pum Waja telah rosak tanpa memberi apa-apa isyarat awal. Saya segera menahan teksi balik ke Jasin dan menjemput Encik Pang di Tangkak terus menggunakan lebuh raya PLUS ke Melaka. Malang lagi.... kerana tidak sampai 5KM ke persimpangan Air Keruh, ada kemalangan pula. Geram betul...... Saya terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya PLUS selama 30 minit. Akhirnya saya berbuka puasa jam 8.00 malam dan Encik Pang menganti

TAT NANAS.

Image
Seperti tahun-tahun lepas, saya menolong peniaga kecil dari Melaka menjual kuih raya. Namun tahun ini jualan agak kurang mungkin ramai pelanggan hendak berjimat dan membeli kuih "ready-made" di pasaraya aje. Namun, jualan kuih raya yang amat laku tahun ini ialah Tat Nanas. Satu bekas berharga RM19.00 sahaja.

LATIHAN KOIR KEMERDEKAAN KE-53

Image
SMKTM telah diberi kepercayaan untuk tahun ke tiga mengadakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan daerah Ledang ke-53. Tahun ini pelajar Tingkatan 6 terlibat dengan Koir (40 orang ), perbarisan Bendera (60 orang ) dan bacaan ikrar.

LAMPU LAP LIP.

Image
Anak-anak mahukan lampu lap lip baru. Layan aje.... Anak-anak saya amat gembira jika saya memasang lampu lip lap ni. Layan aje....

PERHIMPUNAN PPU PERTAMA DI LAPANGAN.

Image
Bermula pada awal Ramadhan, tingkatan 6 bawah telah berpindah ke blok lama asrama. Perhimpunan PPU pada setiap hari selasa diadakan di dataran asrama. Selama ini perhimpunan PPU diadakan di bilik kuliah PPU.

SOLAT HAJAT DAN TERAWIH RAMADHAN UNTUK PMR, SPM DAN STPM.

Image

PERTANDINGAN PENCAHAYAAN BANGUNAN.

Image
SMK Tun Mamat pada tahun ini memasuki pertandingan pencahayaan bangunan dan Tuan Pengetua memilih bangunan blok baru sebagai tumpuan penataan cahaya. AJK MPPU telah memasang banting dan bendera Jalur Gemilang di bangunan ini.Bendera dan banting adalah sumbangan daripada YDP PIBG Tuan Haji Rahim . Kerjasama MPPU dan Cikgu Helmi (kaunselor) telah menjadikan projek ini berjaya memasuki pertandingan. Kesan pencahayaan pada waktu malam. Lampu-lampu telah dipasang oleh Encik Mohammad Cantik tak...? Berilah komen ok tapi yang membina.....

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG.

Image
Pada 20 Ogos 2010, MPPU telah menjalankan program memasang bendera Jalur Gemilang pada semua kenderaan di sekolah. Bendera disumbangkan oleh YDP PIBG sekolah, Tuan Haji Rahim dan kerjasama Exco MPPU diucapkan ribuan terima kasih.