SEKOLAH GADIS MENGANDUNG, JASIN.
Tahniah buat Ketua Menteri Melaka, Dato' Wira Ali bin Rustam kerana berani mengemukakan idea serta pandangan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dan perlakuan zina remaja kita dengan menubuhkan sebuah sekolah khas untuk gadis hamil. Ini diikuti dengan kesediaan kerajaan negeri Melaka membenarkan remaja bernikah pada usia remaja bagi mengelakkan perlakuan zina.
Masyarakat kita selama ini hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain bila timbulnya isu zina remaja dan pembuangan bayi. Memang sudah menjadi budaya kita, hanya pandai bercakap serta mengumpat (budaya Melayu) sahaja tetapi bila sudah terkena batang hidung sendiri, pandai pulak berdiam diri dan cuba disorokkan.
Saya ingin mencadangkan jika sekolah ini dibina, perlu pihak tertentu memikirkan cadangan-cadangan ini:-1. Sekolah ini perlu dibina dalam bentuk hospital dan jika boleh tidak lebih dari 6 tingkat.
kemudahan lif disediakan memudahkan jika dalam proses P&P ada pelajar yang hendak bersalin, cepat di bawa ke bilik rawatan.
2. Setiap tingkat perlu disediakan bilik penyusuan bayi agar pelajar yang hendak menyusukan bayi boleh ke bilik tersebut tanpa menganggu P&P. Bayi akan dijaga oleh seorang pembantu.
3. Tingkat bawah perlu disediakan bilik kecemasan jika ada remaja yang hendak bersalin dan dua ambulan disediakan jika ada berlaku kecemasan.
4. Bayi-bayi yang dilahirkan boleh diambil sebagai anak angkat oleh keluarga angkat yang mampu dan diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayaran dikenakan kepada keluarga angkat dan digunakan untuk menampung kos operasi sekolah gadis mengandung.
5.Guru lelaki yang mengajar di sekolah ini, perlu bersedia berpoligami dengan mengahwini gadis-gadis ini dan membimbing mereka. Guru-guru wanita boleh memilih gadis-gadis ini untuk dijadikan madu mereka dan bersama-sama membimbing mereka.
Saya mengemukakan pandangan saya sahaja dan tidak semestinya boleh digunakan dalam menjayakan rancangan ini. Setiap orang boleh mengemukakan pandangan, namun saya amat mengagumi idea dan pandangan berani Ketua Menteri Melaka.

Comments