KAMPUNG TIMUR LAUT, TELUK KERANG, PONTIAN.

Apabila saya teringat tentang pengalaman bertugas di Pontian, fikiran saya pasti teringat kepada ABANG NANG & KAK SAL. Mereka adalah tuan rumah yang menyewakan saya rumah ketika saya berkahwin dengan Nurfazana bte Zainal Abidin (Bekas isteri saya ). Hampir 14 tahun saya tidak berjumpa mereka. Pada 6hb Ogos, bersamaan hari Jumaat, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Pontian. Ketika masuk ke dalam masjid, saya terlihat abang Nang di sudut belakang masjid. Saya amat gembira kerana berjumpa dengan abang Nang. Namun sudah tentulah, berita tentang bekas isteri saya juga menjadi perbualan kami. Doa saya agar Nurfazana dan anak-ananknya dilindungi Allah dan semuga Nurfazana terus bekerja bagi mendapatkan rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anaknya. Sabar dalam setiap dugaan.

Abang Nang dan Kak Sal.

Rumah ini pernah saya sewa daripada abang Nang ketika berkahwin di Pontian.

Pondok bas ini sejak 14 tahun yang lalu tidak pernah berubah. Pondok bas ini menjadi saksi saya menunggu bekas isteri saya pulang daripada tempat kerjanya di Kukup Golf Resort. Pada ketika itu
saya menggunakan motosikal sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.