Posts

Showing posts with the label MAJLIS PERBANDARAN JASIN.

LET'S TALK YB HAMIM DAN HAFIZ HAMIDUN 2015

Image
Akhirnya program yang dirancang bersama Biro Pendidikan Umno  Cawangan Taman Maju bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Perbandaran Jasin dan PPD Jasin dapat dilaksanakan. Kehadiran peserta dikalangan pelajar dan IPT serta awam

BIRO AKADEMIK UMNO CAWANGAN TAMAN MAJU 2014.

Image
Program ceramah kerjaya dan kepentingan pendidikan ijazah ini akan disampaikan oleh Dr Hamzaid Yahya pada 8 Mac 2014 (Sabtu), jam 8.00 pagi - 2.00 petang bertempat di Dewan Alamanda Jasin, Melaka. Pendaftaran percuma dan ceramah ini untuk calon-calon SPM dan STPM tahun 2014. Peserta akan diberikan cenderahati, beg, alat tulis serta makan minum percuma. Program kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Biro Akademik UMNO Cawangan Taman Maju dan UMNO Bahagian Jasin.

PESANAN BUAT KETUA MENTERI MELAKA.

Image
Kereta Lembu telah sekian lama menjadi ikon pelancongan Melaka. Tapi kini, kian terpinggir di Air Keruh Melaka. Pada saya, baik jika kereta lembu ini ditempatkan di laluan khas antara Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan, Melaka. Jika ini dapat dilakukan, tentu pengusaha kereta lembu "bernafas " semula.

KUIL HINDU @ RUMAH BERHALA DI TAMAN MAJU, JASIN, MELAKA.

Image
Selesai solat sunat Aidil Fitri di Masjid An-Nur Taman Maju, saya ambil satu risalah yang diletakkan di tangga masjid. Risalah bertajuk " ISU KUIL RUMAH DI TAMAN MAJU - Anak Jati Taman Maju. " Saya ingat hanya saya sahaja yang tertanya-tanya bagaimana sebuah rumah berhala yang besar boleh didirikan oleh penduduk dalam kawasan rumah, di dalam kawasan perumahan yang diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa. Atas kriteria dan syarat apa yang digunapakai oleh pihak kerajaan tempatan dan pihak berkuasa untuk membenarkan rumah berhala ini didirikan ? Tidakkah pembinaan rumah berhala ini akan menganggu lalu lintas dan aktiviti yang dijalankan nanti boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat sekitar. Selama ini rumah berhala didirikan jauh dari kawasan persekitaran petempatan penduduk.    Inilah rumah berhala yang dimaksudkan, terletak diJalan Mawar, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka. Menurut risalah ini, ini merupakan kuil Hindu yang pertama di Malaysia didirikan dala...

IKLAN "ALONG" - KENAPA BERLELUASA ?

Image
Kegiatan "Along" menaikkan iklan mereka secara meluas dalam kawasan perumahan Taman Maju, Jasin menimbulkan tanda tanya masyarakat tempatan. Sejauhmanakah berkesanmya kempen pihak Polis dalam menangani isu Along di Melaka. Pihak Majlis Perbandaran Jasin pula macam tidak nampak iklan mereka di kawasan perumahan Taman Maju.

MASJID "AN-NUR" TAMAN MAJU, 77000 JASIN.

Image
Tahun ini, Masjid An Nur Taman Maju telah mengorbankan 16 ekor lembu. Seperti juga tahun-tahun yang lepas, agihan daging tetap sama, 1 kilo untuk 1 keluarga. Pelik juga, kalau lembu 8 ekor, dapat 1 kilo, 16 ekor lembu tetap 1 kilo. Hanya Allah yang tahu dan kebaikan untuk kita di akhirat nanti.

SARANG BURUNG TEMPUA.

Image
Sekiranya kita ke Melaka dari bandar Jasin, bersetentang dengan laluan masuk ke asrama Tun Perak, Jasin, terdapat sebatang pokok yang berjaya menarik perhatian saya. Pokok ini dipenuhi dengan sarang burung tempua. Kalaulah pokok ini rendah dan tidak dikelilingi dengan semak paya, pasti tidak akan ada sarang tempua yang tinggal.

KUMPULAN GENG 04

Image
Apabila kita menggunakan laluan alternatif baru dari persimpangan Taman Maju ke Lipat Kajang Jasin, kita pasti akan melihat perilaku vandalisme iaitu perilaku merosakkan kemudahan dan harta awam di laluan ini. Papan tanda Kampung Solok Air Manggis, papan tanda TNB, papan tanda JKR telah di cat dengan perkataan 04. Saya mencadangkan agar pihak Majlis Perbandaran Jasin, segera membersihkan kotoran yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana gambaran ini memburukkan nama baik bandar Jasin. Pihak berkuasa seperti Polis Jasin, patut mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan jika benar perlakuan ini dilakukan oleh anggota kumpulan geng yang menamakan kumpulan mereka Kumpulan 04. Minta mereka membersihkan harta awam yang telah dikotorkan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin (PPD) patut mengenal pasti adakah tingkahlaku ini dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah kerana terdapat kes pelajar sekolah menjadi anggota kumpulan Kongsi Gelap dan mereka menjadi pe...