Posts

Showing posts from 2014

MOTOR KLASIK - VESPA SUPER 1973

Image
Pencarian saya untuk memiliki motor klasik tercapai di mana saya telah membeli  sebuah motor Vespa Super 1973. Pemilik asal bernama Tuan Haji Idris Husin yang  menetap di Jalan Solok Jenuang, Kg Air Molek, Melaka. Motor Vespa ini bernombor pendaftaram MD8606 Selain kereta Fiat Supermirafiori 1970, kini koleksi klasik pada motor ini pula.

KAMARIAH JAMALUDDIN - KAY

Image
Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau aku sendiri tidak terkecuali. aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian   dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya di mana Kay sekarang?

29 OKTOBER 2014 - PENILAIAN MPC UNTUK 5S

Image

D' NA HOME STAY & ASRAMA PELAJAR

Image
D' Na Home Stay dan Asrama terletak di alamat  JA 6885, Jalan Seroja 3, Taman Maju, 77000 Jasin Melaka. D'Na Homestay and Hostel menawarkan 3 bilik tidur dan ruang tamu serta dapur. Boleh menempatkan 6-8 orang untuk satu-satu masa beserta dapur, TV, meja makan, almari dan peti sejuk. Kadar bayaran RM170 sehari dan untuk asrama bagi pelajar-pelajar, satu kepala RM100. Berminat, boleh hubungi : Pn Muslina Leman ditalian 06-5293921 (Rumah) @ HS 014-7191742 atau menghubungi 012-6962576

AZAM CEMPAKA TAILOR, MELAKA RM180

Image
Saya telah mendapat hadiah kain daripada UMNO Jasin. Saya pun menghantar kain tersebut ke Azam Cempaka Tailor, bersebelahan Giants Bacang, Melaka. Pada ingatan saya, saya telah menempah 5x di kedai ini dan yang menariknya, bila tempahan kita siap, pihak ACT akan menghantar SMS menyatakan tempahan kita telah siap. Namun kali ini, isteri saya tidak habis-habis menyatakan bahawa upah jahit baju kurung Johor Teluk Belanga agak mahal, RM180 ( mahal rantai daripada Beruk ). Saya juga termakan dengan alasan-alasan isteri saya. Mahal ke upah jahit baju kurung Teluk Belanga (Johor Stail), RM180.00

BENCH MARKING KE SMK KOTA, KELANTAN -11/9/14

Image
Pada 11 September 2014 bersamaan hari Khamis, MPPPU SMK Tun Mamat telah mengadakan lawatan penanda arasan ke SMK Kota, Wakaf Che Yeh, Kota Bahru, Kelantan. Sambutan yang diberikan amat baik dan membuatkan kami terharu. GPKT6 dan Pengetua SMK Kota memberikan layanan dan penerangan yang baik. Banyak ilmu yang diperolehi dari lawatan ini. Sudah pasti, kami dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat.

TIMB PERDANA MENTERI DI SMK TUN MAMAT

Image
 Pada 5 September 2014 (Jumaat) Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan persidangan UMNO Bahagian Ledang.   Para pelajar Aspuri, Pra-U dan guru-guru SMKTM telah diminta oleh Tuan Hj Han (DO Ledang) untuk menyambut YAB Tan Seri Rasa gembira dapat berjumpa dengan Tan Seri.