Posts

Showing posts from November, 2012

MERCUN BOLA vs DEEPAVALI

Apa pandangan anda ?

Saya baru sahaja menegur jiran India saya yang gila sakan bermain mercun bola. Tengah orang sibuk nak Maghrib, mercun bola meletup-letup. Saya nasihatkan dengan suara yang kuat, boleh bermain mercun dan bunga api, tapi janganlah mercun bola.
Saya pun hairan kenapalah pihak Polis Di-Raja Malaysia tidak membuat rondaan di kawasan perumahan. Paling baik polis boleh nasihatkan
kaum India kita agar jangan bermain mercun lagi. Kaum Cina semasa Tahun Baru Cina tidak bermain mercun sampai hari ke-5. Ada juga jiran cina yang ketika berbual-bual dengan mereka menyatakan rasa hairan kerana kaum India ni mengalahkan kaum Cina bermain mercun.

Harap pihak Polis Di-Raja Malaysia khasnya Balai Polis Jasin, tolonglah turun padang ( keluar dari kereta peronda ) dan beri nasihat kepada rakan-rakan India yang tercari-cari budaya sendiri.

JADUAL MASA CUTI SEKOLAH 2012.

Salam sejahtera buat semua.

Pada tarikh 5hb November 2012 - 6hb Disember 2012, saya bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM di SMK Sagil, Tangkak. Secara "on-off" dari 26hb Nov - 1hb Dis, saya di RADIUS INTERNASIONAL HOTEL, Changkat Bukit Bintang, KL mesyuarat Ketua Pasukan P. Moral SPM dan dari 3hb-5hb Disember 2012 saya mengadakan mensyuarat penyelarasan tempatan 1 di SMK Dato' Seth, Yong Peng, Johor. Sambung 6hb Dis di SMK Sagil hari akhir SPM dan kemas barang-barang peperiksaan SPM serta hantar tuntutan pengawas SPM ke PPD Muar. Menanda kertas P Moral selama 18 hari dan buat menyuarat penyelarasan tempatan 2 di SMK Dato' Seth dari 24hb-26hb Dis 2012. Penamat pada 27hb Disember 2012 dan MERDEKA.

BAHANA MAKSIAT.

Salam Persaudaraan,

Kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di dunia ini lebih merbahaya daripada kesan pemanasan global. Peningkatan suhu kepanasan dunia yang telah dan sedang menimpa umat manusia hari ini juga adalah natijah daripada kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120).

Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu…