Posts

Showing posts from December, 2009

4 Januari 2010

Selamat Tahun Baru dan muga tahun ini memberikan banyak kegembiraan serta kesenangan buat kita semua. Aku tidak mahu membicarakan soal azam kerana setiap tahun pertanyaan "AZAM" sahaja yang ditanya. Pada aku, yang penting bebas dari masalah dan siap sedia berhadapan dengan tugas. Aku secara rasmi telah melepaskan semua tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan untuk LPM pada tahun 2009. Muga usaha aku dan pasukan aku membawa hasil yang baik.

PERJUMPAAN WARIS KELUARGA TOK ARIS

Image
Pada tarikh 26 Disember 2009, buat pertama kali, kaum keluarga daripada 7 generasi Tok Aris, mengadakan perjumpaan keluarga yang pertama di alamat, Batu 19 1/2, Kg Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. Perjumpaan ini berjaya menyatukan kaum keluarga waris Tok Aris seramai 182 orang ahli keluarga dari 4 waris utama. Perjumpaan ini melibatkan waris sebelah Isteri saya dan pada saya amat baik dilakukan untuk merapatkan kembali kaum keluarga yang kian besar dan berkembang. Semuga program ini akan dapat diadakan di Jasin pula kerana, waris paling tua berusia 92 tahun dan merupakan datuk kepada isteriku.

Baby Baru Muhammad Nazrul Hj Leman

Image
Adik iparku ini telah mendapat baby pertama, Muhammad Danis ( baby boy ) pada 9 Disember 2009. Beliau bertugas sebagai Polis di IPD Kota Tinggi. Pasangannya, Siti Halijah bte Ahmad Shahrudden, seorang jururawat di Hospital Putra, Batu Pahat, orang Nyalas juga. Muga baby baru akan sihat dan membesar dengan baik.

Bilik / Pejabat Sementara

Image
Setiap hujung tahun, aku akan menjalankan tugasku sebagai Ketua Pasukan untuk penandaan kertas LPM. Biasanya, bilik penginapan aku di hotel akan menjadi seperti bilik pejabat dan tugas kena dilakukan dengan cepat tetapi tepat dan berkesan.

SINGAPURA VS THAILAND

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie...

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat Raja Siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa. Kami buangaje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore tanya lagi : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Last sekali, diorang makan chewing gum. Seperti biasa PM Singapore pun tanya : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??

Raja Siam jawab : Kami tak buat apa, kami buang aje.

PM Singapore : Ooo kat Singapore…

GAMBAR RAYA 2009

Image

MENILAI YANG TERSAYANG

Image
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.



Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apa…

NILAI KASIH SAYANG IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si …
LELAKI EGO KALAH AKHIRNYASeorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang
mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling
menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal
yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas
bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasang…

ROYAL SCALLOP - BERMINAT ?

Image
Pembaca yang berminat untuk memasang langsir mengikut konsep "Royal Scallop", boleh menghubungi saya untuk tempahan di talian 012 6962576. Bayaran untuk ukuran pintu slide 3 muka atau bersamaan 10 kaki ialah RM580 sahaja. Paling mudah, setiap 1 kaki = RM58 sahaja. Pembeli boleh memilih kain dan corak warna yang diingini. Bayaran termasuk upah pemasangan dan pemasangan kayu langsir. Penyangkut langsir juga disediakan. Bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur (mengikut perbincangan ).