Posts

Showing posts from 2013

BUKTI KEBENARAN AL QURAN DI GUNUNG EVEREST

Image
Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi .  Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya .  Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .   Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88 ” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan .  ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “ Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi .  Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ?  Baginda dianggap manusia gila ! Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan ,

RUMAH DAN SEKOLAH ASAL CHEN PENG.

Image
SITIAWAN –  Kediaman keluarga Ching Peng di sebuah rumah kedai di Jalan Kampung Koh, Sitiawan, di sini, kosong. Rumah kedai yang terletak berhampiran Wisma Ganda, Sitiawan yang dikatakan menjadi tempat kelahiran Chin Peng masih lagi kekal utuh walaupun kemungkinan usianya sudah menjangkau seratus tahun. Sekolah rendah didakwa penduduk tempat Chin Peng belajar. Rumah kedai berkenaan kini terbiar kosong dan dibuka untuk disewa kepada sesiapa sahaja yang berminat memandangkan kawasan itu telah membangun dan mempunyai banyak bangunan baru lain. Usaha menjejaki ahli keluarganya gagal kerana dikatakan kebanyakan ahli keluarga termasuk anak-anaknya tinggal di luar negara. Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 69, berkata, dia mengenali Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sejak berpindah ke kawasan itu, 50 tahun dahulu. “Ketika berpindah ke sini saya masih kecil dan mengenali Chin Peng secara biasa sahaja kerana kedai ka

PERTANDINGAN GHAZAL JOHOR KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2013.

Image
Pada tarikh 25hb- 27hb Oktober 2013, bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor telah diadakan pertandingan ghazal Johor melibatkan 4 kategori iaitu Sek Ren, Sek Men, Dewasa dan Harapan. Dari 12 pasukan Sek Men yang bertanding, 4 kumpulan telah terpilih termasuklah Ghazal SMK Tun Mamat, Tangkak, Ledang. Kami menginap di Hotel Selesa dan makan minum disediakan. Ketika pertandingan, Ghazal SMK Tun Mamat telah mendapat tempat ke-3 dengan membawa balik tropi, sijil, dan wang tunai RM1500.00 Tahniah...... Tun Mamat...Boleh......

GHAZAL DI MATRIK TANGKAK - KAKOM 2013

Image
  Pasukan Ghazal SMK Tun Mamat, dijemput mengadakan persembahan sempena  program KAKOM 2013 antara matrik-matrik di Malaysia.

PESANAN BUAT KETUA MENTERI MELAKA.

Image
Kereta Lembu telah sekian lama menjadi ikon pelancongan Melaka. Tapi kini, kian terpinggir di Air Keruh Melaka. Pada saya, baik jika kereta lembu ini ditempatkan di laluan khas antara Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan, Melaka. Jika ini dapat dilakukan, tentu pengusaha kereta lembu "bernafas " semula.

BOSS KATA...........

RAJIN BERCAKAP + RAJIN BEKERJA = BAGUS SEKALI. RAJIN BEKERJA + MALAS BERCAKAP = KENA BULI MALAS BEKERJA + RAJIN BERCAKAP = WAYANG CINA MALAS BEKERJA + MALAS BERCAKAP = TAK GUNA. MALAS BEKERJA + SUKA MENGADU = NYANYUK... MALAS BEKERJA + SELALU PONTENG = TAK KENANG BUDI. MALAS BEKERJA + SUKA MENYIBUK = BAIK MATI.....

LATIHAN PERSEMBAHAN PADANG KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH LEDANG 2013.

Image
Jurulatih oleh Achoy.

KUIL HINDU @ RUMAH BERHALA DI TAMAN MAJU, JASIN, MELAKA.

Image
Selesai solat sunat Aidil Fitri di Masjid An-Nur Taman Maju, saya ambil satu risalah yang diletakkan di tangga masjid. Risalah bertajuk " ISU KUIL RUMAH DI TAMAN MAJU - Anak Jati Taman Maju. " Saya ingat hanya saya sahaja yang tertanya-tanya bagaimana sebuah rumah berhala yang besar boleh didirikan oleh penduduk dalam kawasan rumah, di dalam kawasan perumahan yang diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa. Atas kriteria dan syarat apa yang digunapakai oleh pihak kerajaan tempatan dan pihak berkuasa untuk membenarkan rumah berhala ini didirikan ? Tidakkah pembinaan rumah berhala ini akan menganggu lalu lintas dan aktiviti yang dijalankan nanti boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat sekitar. Selama ini rumah berhala didirikan jauh dari kawasan persekitaran petempatan penduduk.    Inilah rumah berhala yang dimaksudkan, terletak diJalan Mawar, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka. Menurut risalah ini, ini merupakan kuil Hindu yang pertama di Malaysia didirikan dala

HARI RAYA 2013 - 1 SYAWAL 1434H

Image
Perayaan pada tahun ini disambut secara sederhana sahaja.    Bersama Bondaku, Hjh Simah bte Sabtu

TUGASAN GEOGRAFI 942/3 PRA-U 2 2013.

GEOGRAFI PENGGAL 3 TAHUN 2013. KUMPULAN TUGASAN GEOGRAFI – 942 /3 Kumpulan 1. 1.     Huraikan konsep Ekologi dan Ekosistem. 2.     Nyatakan fungsi-fungsi ekosistem. Kumpulan 2. 1.     Huraikan jenis-jenis ekosistem. 2.     Nyatakan kepentingan ekosistem paya bakau. Kumpulan 3. 1.     Huraikan konsep Rantaian dan Siratan Makanan. 2.     Apakah aras trofik dan piramid tenaga. Kumpulan 4. 1.     Jelaskan proses pemindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam aras trofik. 2.     Terangkan bentuk-bentuk persaingan yang wujud dalam sesebuah ekosistem. Kumpulan 5. 1.     Nyatakan jenis-jenis kitaran Nutrein. 2.     Apakah kepentingan Kitar Nutrein dalam ekosistem. Kumpulan 6. 1.     Bagaimanakah impak aktiviti manusia terhadap kemerosotan persekitaran fizikal. Kumpulan 7. 1.     Huraikan jenis-jenis aktiviti manusia ya

TUGASAN GEOGRAFI MODULAR STPM - PRA-U 1 TAHUN 2013

GEOGRAFI STPM MODULAR PENGGAL 1 -PRA-U 1 2013 TEMA 3 - PENDUDUK Soalan Struktur. 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan "kualiti penduduk" ? b) Apakah maksud " Penduduk sebagai Sumber " ? c) Nyatakan 4 langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk di sesebuah negara. d) Apakah 3 perubahan yang berlaku apabila manusia berperanan sebagai agen perubahan ? Arahan : Para penuntut Pra-U 1 ( Enam Bawah 2013 ), sila hantar tugasan ini pada 14 Jun 2013 (Jumaat).

PERKAHWINAN FITRI DAN LEA - 2 JUN 2013

Image
 Pada 2 Jun 2013, saya sekeluarga telah ke Kuala Kedah menghadiri majlis perkahwinan anak buah saya.

IMAM MUDA ASRAF DAN HAFIZ HAMIDUN - 2013

Image
Syukur kepada Ilahi, dengan izin-Nya maka program "Terapi Jiwa, Terapi Minda - Program  Motivasi Perdana 2013 " dapat dijalankan pada 16 Mei 2013.    Program bermula jam 2.00 petang dengan ceramah Motivasi - Menuju Keluarga Al-Zahra telah disampaikan oleh Imam Muda Asraf sehingga waktu Asar. Solat Asar diimamkan oleh Imam Muda Asraf.   Selepas solat Asar, program Hi-Tea bermula dan Hafiz Hamidun menyanyikan lagu-lagu terapi jiwanya. Terima kasih kepada AJK Program, Kebirus dan MPPPU yang telah menjayakan program ini.