RUMAH DAN SEKOLAH ASAL CHEN PENG.
SITIAWAN – Kediaman keluarga Ching Peng di sebuah rumah kedai di Jalan Kampung Koh, Sitiawan, di sini, kosong.
Rumah kedai yang terletak berhampiran Wisma Ganda, Sitiawan yang dikatakan menjadi tempat kelahiran Chin Peng masih lagi kekal utuh walaupun kemungkinan usianya sudah menjangkau seratus tahun.
Usaha menjejaki ahli keluarganya gagal kerana dikatakan kebanyakan ahli keluarga termasuk anak-anaknya tinggal di luar negara.
Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 69, berkata, dia mengenali Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sejak berpindah ke kawasan itu, 50 tahun dahulu.
“Ketika berpindah ke sini saya masih kecil dan mengenali Chin Peng secara biasa sahaja kerana kedai kami berhampiran.
“Ketika itu ayahnya membuka kedai basikal, manakala ayah saya membuka kedai runcit,” katanya.
Katanya, perkenalan mereka hanya setakat itu sahaja kerana selepas itu Chin Peng telah keluar dari kawasan itu dan mereka tidak mendapat sebarang khabar berita.
“Saya juga tidak mengetahui tentang ahli keluarga mereka yang lain kerana dikatakan mereka juga turut berhijrah dari sini,” katanya.
Seorang penduduk Sitiawan, yang dikenali sebagai Steven, 49, berkata, golongan muda kebanyakan hanya mendengar cerita daripada orang lebih tua dan juga maklumat dari media masa mengenai Chin Peng.
“Kami juga mengetahui tentang Chin Peng melalui cerita-cerita orang lama serta maklumat dari media masa memandangkan peristiwa itu berlaku berpuluh tahun dahulu,” katanya.
Rumah kedai (tengah) yang dikatakan tempat kelahiran Chin Peng dan
tempat dia dibesarkan, sementara bahagian bawahnya tempat bapanya
membuka kedai basikal.
Kedai kopi yang didakwa menjadi tempat Chin Peng bersama ayahnya sering bersarapan pagi ketika masih kecil dahulu.
Rumah kedai yang terletak berhampiran Wisma Ganda, Sitiawan yang dikatakan menjadi tempat kelahiran Chin Peng masih lagi kekal utuh walaupun kemungkinan usianya sudah menjangkau seratus tahun.
Sekolah rendah didakwa penduduk tempat Chin Peng belajar.
Rumah
kedai berkenaan kini terbiar kosong dan dibuka untuk disewa kepada
sesiapa sahaja yang berminat memandangkan kawasan itu telah membangun
dan mempunyai banyak bangunan baru lain.

Comments