Posts

Showing posts from February, 2014

MEMORANDUM UNTUK ETJ GPKT6.

MEMORANDUM Kepada: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN  BIN YASSIN,    TIMBALAN PERDANA MENTERI  MERANGKAP MENTERI PELAJARAN  DAN PENGAJIAN TINGGI. Daripada : MAJLIS PERHUBUNGAN GURU-GURU PENOLONG KANAN PRA UNIVERSITI DAERAH MUAR LEDANG. Tajuk : ELAUN TANGGUNGJAWAB KEPADA PENOLONG KANAN PRA UNIVERSITI 1.0   Pendahuluan Tranformasi Tingkatan Enam telah membawa kepada terlaksananya beberapa anjakan paradigm. Sistem Terminal yang selama ini digunapakai telah digantikan dengan Sistem Modular yang mempunyai ciri pentaksiran berterusan (berasaskan sekolah) dan pentaksiran berpusat.  Garis panduan pengurusan Tingkatan Enam telah dibentuk dengan melantik GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6 (GPKT6) yang perlu menguruskan hal-hal berkaitan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum Tingkatan Enam di sekolah. Sehubungan itu,  tugas dan peranan GPKT6 adalah sama seperti tugas Guru-guru Penolo