LOGO HALAL.

Isu HALAL lagi. Saya rasa isu ini sejak zaman saya bersekolah lagi telah ditimbulkan. Apa yang pasti, masyarakat Islam sekali lagi tertipu. Sampai bila keadaan ini harus dibiarkan sahaja seolah-olah tiada jalam penyelesaiannya. Baru-baru ini, Hotel Grand Season di Kuala Lumpur dikatakan tidak mematuhi garis panduan HALAL daripada aspek tempat penyediaan makanan. Saya pernah tiga kali hadir dalam mesyuarat di hotel ini dan saya masih ingat lagi, pernah hadir mesyuarat di hotel ini ketika bulan puasa. Masakan di hotel ini memang baik dan banyak pilihan.
Berbalik kepada isu halal, pada pendapat saya puncanya dari umat Islam juga. Mereka sambil lewa dan memandang isu HALAL ini dengan pandangan yang sepi sahaja. Meskipun tiada tanda HALAL dan bukan dimiliki oleh orang Islam, tanpa sega silu mereka rela makan di situ dengan alasan ada pekerja Islam di situ walaupun daileknya Indonesia. Tokey bukan Islam dan kulinya orang Indon yang tidak pasti pegangan agamanya. Harapan saya pihak JAKIM lebih bijak melaksanakan tangungjawab dan amanah yang diberikan. Ini amanah dari umat Islam maka lakukan tugas dengan penuh dedikasi, berani dan beretika. Sampai bila kita umat Islam harus tertipu hari demi hari. Kita berada di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan pengeluar makanan HALAL buat negara Islam lain tetapi kita umat Islam Malaysia, terdedah dengan makanan HARAM setiap hari. Para pemimpin Islam, bangun..bangun....bangun..... dan jalankan amanah yang telah diberikan.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.