BLACK FRIDAY.

Tarikh 27 Ogos 2010 akan menjadi kenangan berharga buat saya. Jam 2.30 petang, saya memandu kereta Waja saya ke Melaka. Matlamat untuk ke EON Bank dan CIMB Taman Batu Berendam. Jalan agak sesak dan lambat. Setiba saya di persimpangan jalan utama berdekatan Gedung Keluargaku, tiba-tiba Waja saya mati injinnya. Saya memang panik, dengan kereta yang jem memanjang, saya dibantu oleh 2 orang penunggang motor menolak kereta Waja saya di tempat letak kereta Street Meredium Hotel. Saya segera menghubungi makanik saya, Encik Pang, dari Eon Kenari Servis di Tangkak. Rupanya, Petrol Pum Waja telah rosak tanpa memberi apa-apa isyarat awal. Saya segera menahan teksi balik ke Jasin dan menjemput Encik Pang di Tangkak terus menggunakan lebuh raya PLUS ke Melaka. Malang lagi.... kerana tidak sampai 5KM ke persimpangan Air Keruh, ada kemalangan pula. Geram betul......

Saya terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya PLUS selama 30 minit. Akhirnya saya berbuka puasa jam 8.00 malam dan Encik Pang mengantikan "petrol pum" Waja saya lalu memandu terus ke Tangkak.

Pada saya, ini merupakan satu pengalaman yang agak menarik. Walaupun kereta saya mengikut jadual servis, malang tetap berlaku dan pengajarannya ialah jika saya terjumpa mereka yang mengalami masalah kenderaan, saya perlu membantu, kerana saya tahu perasaan mereka ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.