BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 November 2009

Senjata untuk Korban Aidil Adha
















Aku memiliki sebilah kapak dan sebilah parang yang digunakan khas untuk menyiang daging dan tulang. Kapak ini adalah pemberian aruah pengetuaku ketika aku bertugas di SMK Seri Kukup, Pontian dulu. Allahyarham Hj.Aziz bin Mohsin, seorang pengetua yang rajin hinggakan sanggup mencangkul tanah untuk di tambak di padang sekolah. Parangku ini, aku beli di Kota Tinggi, Johor dengan harga RM280 pada tahun 1998. Keunikan parang ini ialah matanya tajam dan hulu parang dalam bentuk kepala burung Kakak Tua. Seni ukiran pada sarung parang gabungan bunga dan bulu burung. Senjata ini aku guna ketika membantu menyiang daging korban dan memotong tulang. Parangku ini, boleh memotong tulang untuk seekor lembu dan ramai yang memuji kekuatan dan ketajaman matanya. Paling penting, niat digunakan untuk kebaikan dan urusan agama dan yang pasti Tuhan akan memberkhati kita.

0 comments: