SINAR HIDUPKU.

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

SELASA,14 OKTOBER 2004.

KRINGGG!!!Jam loceng di atas meja kecil sebelah katil segera dicapai.Nani membutangkan mata apabila melihat jarum jam telah menunjukkan tepat jam 7.00 pagi.”Ya Allah aku dah terlewat ni!”Nani menjerit kecil.Mujurlah dia uzur.Kalau tidak,sudah tentu dia terlepas solat subuh.Malam tadi,Nani pulang agak lewat.Pukul 3.00 pagi baru dia tiba di rumah.Operasi menangkap orang yang berjudi secara haram telah menyebabkan dia terpaksa pulang lewat.Begitulah tugasnya sebagai seorang inspektor polis yang menuntutnya bekerja tidak menentu masa.Setelah tamat latihan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak,Nani telah memilih tugas sebagai Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.Selesai mandi,Nani segera bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya di IPPD Kuala Selangor.Dia perlu menyiapkan semua fail kes dengan kadar segera.

Nani segera menghidupkan enjin kereta Handa Jazz hitam miliknya.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Dia segera melihat skrin telefon bimbitnya.Tertera nama ‘Tuan Faizal’,rakan sejawatnya. “Hello kawan,kau kat mana ni?Jom kita pergi Warung Pak Mat.Aku belanja kau nasi lemak,roti canai dengan milo tarik.” Faizal bersuara tanpa memberi salam terlebih dahulu. “Hello kawan,aku tahulah kau tu lapar sangat.Kok ye pun bagilah salam dulu.Aku baru je start enjin kereta ni.Kau tunggu sekejap boleh?Lagi 10 minit aku sampai.Bye.”Nani segera mematikan talian.Keretanya dipandu dengan penuh cermat.Sepuluh minit kemudian,Nani pun sampai di Warung Pak Mat.Mereka bersarapan bersama pagi itu.Nani dan Faizal merupakan sahabat yang akrab.Mereka selalau berkongsi masalah bersama.Namun tanpa disedari,wujud satu perasaan yang aneh dalam hati Tuan Faizal.Dia sendiri tidak tahu sama ada perasaan itu turut hadir di dalam hati Puan Nani atau tidak..Apa yang pasti,Nani begitu mengambil berat akan dirinya sepanjang perkenalan mereka.

*************************************************

AHAD,26 OKTOBER 2004.

Nani kelihatan begitu tertekan.Skrin komputer yang berada di hadapannya dipandang kosong.Sama seperti hatinya kini yang kosong tanpa dimiliki mana-mana lelaki.Fikirannya menjadi kacau-bilau setelah menerima panggilan telefon daripada emaknya di kampung.Emaknya meminta dia pulang ke kampung kerana ingin membincangkan soal majlis pertunangannya dengan Adam Imran,seorang arkitek yang kebetulannya anak kawan baik emaknya.Hati Nani memberontak.Dia tidak ingin ditunangkan dengan lelaki yang dia sendiri belum kenal hati budinya.Walaupun usia Nani hampir mencecah 28 tahun,ini tidak bermakna ibu bapanya perlu menjodohkannya dengan bakal menantu pilihan mereka.

“Hello Zal,kau kat mana sekarang?Aku nak jumpa kau sekejap boleh?”Soal Nani dalam keadaan lemah. “Eh,Nani kau okey ke?Suara kau bunyi sedih aje.Kau ada masalah ke?”Nani mengiakan sambil mengangguk lemah. “Macam ni lah.Malam ni kita keluar makan sama ya?Aku ada hal sikit nak bagi tahu kat kau.”Faizal akhirnya bersuara agak perlahan namun jelas di pendengaran Nani.

Tepat jam 8.00 malam Faizal menjemput Nani di rumah.Suasana begitu nyaman sekali di dalam kereta Toyota Vios milik Faizal.Lagu ‘Cinta ini Membunuhku’ yang dipasang begitu bermakna bagi diri Faizal.Ingin sahaja dia meluahkan rasa cintanya kepada Nani pada saat itu juga.Namun lidahnya kelu.Dia takut jika cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. ‘Sabar Faizal.Relaxlah.Jangan terburu-buru sangat!!’Bagai ada satu suara aneh berbisik di telinganya.Kereta terus meluncur laju.Akhirnya mereka tiba di Restoran Sate Hut yang terletak di Tanjung Karang.

Setelah memesan menu sate,nasi paprik,tom yam seafood dan dua gelas jus tembikai,masing-masing diam melayani perasaan.Akhirnya Nani bersuara. “Zal,mak dan ayah aku dah rancang nak tunangkan aku dengan calon pilihan mereka.Lelaki tu anak kawan baik mak aku”.Lemah sahaja Nani bertutur.Faizal membutangkan mata tanda tidak percaya.Wajahnya terus merona merah.Faizal diam sahaja.Tiada respon yang diberikan.Nani perasan yang kelakuan Faizal berubah setelah dia meluahkan masalahnya tadi.Faizal tidak mengendahkannya.Dia terus makan menu yang telah sampai walaupun seleranya telah mati!!

****************************************************

Di dalam kereta,Faizal masih lagi membisu.Nani menjadi hairan enggan perubahan Faizal yang mendadak. “Hei kawan,kenapa dengan kau ni ha?”Nani akhirnya bersuara sambil menepuk lembut bahu Faizal. “Sepatutnya aku yang sedih sebab aku ni kena tunang paksa nanti!!”Nani meluahkan rasa geram yang terbuku di hatinya dari pagi tadi.Senyap.Tiada respon dari Faizal. “Eh,kau nak bawa aku ke mana ni?” “Kelip-kelip Kampung Kuantan.” Jawab Faizal ringkas. “Haa...akhirnya kau jawab pun soalan aku.Aku ingatkan kau dah bisu tadi,”Nani bersuara sambil ketawa.Faizal merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam.Nani kaget.

Di dalam sampan,Nani leka melihat keindahan malam dan cahaya dari kunang-kunang, “Cantikkan,”puji Nani ikhlas.Faizal hanya mengangguk. “Ainil Hanani...”Lembut suara Faizal memanggil namanya.Nani segera menoleh ke arah Faizal. “Kenapa pulak dengan ni.Tak pernah dia panggil nama penuh aku.” Getus hati Nani. “Nani...sebenarnya aku dah lama sukakan kau.Aku tak tahu sejak bila aku mula jatuh cinta pada kau...”Luah Faizal akhirnya.Nani terkesima sebaik sahaja Faizal membuat pengakuan cintanya.Bagai ada batu besar ang menghempap kepalanya.Dia menjadi bingung tiba-tiba.Selama ini,Nani hanya menganggap Faizal sebagai sahabatnya.Tidak lebih dari itu!!!

RABU,19 NOVEMBER 2004.

Sejak daripada peristiwa malam itu,kini hampir tiga minggu Nani dan Faizal tidak bertegur sapa mahupun keluar makan bersama.Apabila mereka bertugas bersama,Nani sedaya upaya ingin mengelakkan diri daripada Faizal.Semua anggota bawahan perasan akaan perubahan yang berlaku antara dua orang pegawai mereka.Selalunya,pagi-pagi lagi Tuan Faizal dan Puan Nani akan ketawa dan ‘berperang mulut’.Kini di alam pejabat menjadi sepi dan hambar.

Malam itu Nani off.Esok pun sama.Dia bergegas pulang ke kampungnya di Melaka.Keluarganya sibuk membincangkan tentang majlis pertunangannya.Sementara dia lebih suka memerap di dalam bilik.Selesai menelefon pejabatnya untuk meminta cuti kecemasan,dia ke bilik air untuk mengambil wuduk.Setelah selesai solat Isyak dan membaca surah Yaasin,Nani nekad mengerjakan solah istikharah.Malam itu,Nani memohon agar Allah memberikannya petunjuk siapakah yang layak menjadi bakal suaminya nanti.Adakah Muhamad Aqbal Faial,teman yang sudah lama dikenalinya atau Adam Imran,lelaki yang tidak pernah dikenalinya?Hanya Allah sahaja yang tahu.

**************************************************

SABTU,22 NOVEMBER 2004.

Nani bertelekung di atas sejadah setelah selesai solat Subuh.Hari ini,rombongan daripada pihak Adam akan datang menyunting dirinya.Nani pasrah akan jodoh yang telah ditulis oleh-Nya di Luh Mahfuznya.Nani telah memilih Adam untuk dijadikan calon suami setelah mendapat alamat yang baik dalam mimpinya.Setelah itu,Kak Long masuk ke biliknya. “Ya Allah!!!Agak kau tak siap lagi Nani?Kau tahu tak yang kau nak bertunang hari ni?Cepatlah siap.Kak Long nak makeupkan kau lepas ni.”arah Kak Long.Kak Long satu-satunya kakak ipar Nani.Kini dia sedang sarat mengandungkan anak keduanya.Nani tumpang gembira melihat kebahagiaan Abang Zakri dengan Kak Long.Jauh di sudut hatinya,Nani mengharapkan ada sinar bahagia apabila dia berkahwin dengan Adam nanti.

Majlis pertunangan antara Nani dan Adam yang dirancang oleh keluarga mereka berjalan dengan penuh lancar.Nani kinintelah menjadi tunangan orang.Pertama kali bersua muka dengan Adam telah membuatkan Nani terpana.Wajahnya yang tenang dan senyumannya yang manis telah membuatkan Nani jatuh cinta pandang pertama kepadanya.Baru kini Nani tahu tunangnya rupa-rupanya anak campuran Melayu-Cina..matanya yang sepet dan kurus tinggi orangnya telah memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya selama ini.

**************************************************

KHAMIS,11 DISEMBER 2004.

Pintu pejabat di ketuk perlahan. “Masuk,”arah Nani dari dalam.Nani seperti tidak percaya bahawa Adam kini berada di hadapannya. “Adam......buat apa Adam datang pejabat Nani?macam mana Adam tahu ni pejabat Nani?”Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Nani. “Mestilah Adam tahu,Nani kan tunang Adam.”Jawab Adam perlahan seraya menghadiahkan satu senyuman yang manis.

Adam menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Nani.Kemudian mereka keluar makan bersama.Adam manghantarnya semula ke pejabat.Mereka terserempak dengan Faizal.Air muka Faizal berubah serta-merta apabila Nani memperkenalkan diri Adam kepadanya.Mujurlah Adam tidak bertanyakan apa-pa mengenai Faizal kepada Nani.Kalau tidak,payah pula Nani hendak menjawabnya.

Ternyata Faizal begitu cemburu melihat Nani dengan Adam.Setelah cintanya ditolak mentah-mentah persahabatan mereka terputus begitu sahaja.Nani sedaya upaya cuba untuk berbual dengan Faizal.Tetapi Faizal sering mengelakkan diri.Akhirnya,Nani malas memujuk sahabatnya itu.

****************************************************

JUMAAT,9 JANUARI 2005.

Nani hampir terlupa bahawa hari ini hari lahirnya.Tepat jam 12.00 malam,Adam menelefonnya. “Assalamualaikum Nani,Happy Birthday to you honey.”Ucap Adam perlahan.Nani yang menjawab telefon dalam keadaan mengantuk,segera membutangkan mata.Terkejut. “Haa...hari jadi?Hari jadi siapa?”Soal Nani yang kelihatan begitu bodoh. “Hari ni kan hari jadi Nani.Tu lah,kuat sangat kerja sampai hari jadi sendiri pun tak ingat.”Adam seperti memperlinya.Hampir 10 minit berbual,Nani meletakkan telefon dan kembali menyambung tidurnya hingga ke pagi.

Malam itu,Adam meraikan kari lahir Nani di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur.Buat pertama kalinya,Adam menyentuh jari-jemari Nani.Nani hanya membiarkannya saja.Adam telah menghadiahkan Nani perfume jenama Magnifique dari Lancome Paris.Adam merupakan seorang lelaki yang romantik.Nani semakin menyayanginya.Cinta mereka kian berputik di hati.

“Nani,kita kawin cepat nak tak?”Nani tidak menyangka bahawa soalan itu akan terpacul keluar dari mulut Adam. “Tiga Mei nanti,Adam kena bertugas di luar Negara selama seminggu.Jadi,Adam nak bawa Nani ke sana.Bolehlah kita berbulan madu sekali nanti.”Cadang Adam. “Terpulang pada Adam.nani ikut aje.”Jawabku lembut.Rupa-rupanya,Adam telah membincangkan perkara ini kepada orang tuaku dan merek menyetujuinya.

AHAD,3 MAC 2005.

Sebulan lagi,Nani akan bergelar seorang isteri kepada Adam Imran.Nani dan Adam sibuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.Nani tidak menyangka bahawa Adam sangat baik hati orangnya.Dia bersyukur sangat ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan Adam untuknya memiliki dan berkongsi hidup.

Di pejabat,Nani mempercepatkan langkahnya menuju masuk bilik Faizal.Dia menghulurkan kad jemputan perkahwinannya.Faizal terperanjat.Dia menyangka bahawa Nani akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini. “Jemputlah hadir di majlis perkahwinan kami nanti.”Pelawa Nani lalu segera keluar dari bilik Faizal.

Faizal menyandarkan tubuhnya di kerusi.Dia membuka kad jemputan yang telah diberikan oleh Nani sebentar tadi. ‘Adam Imran dan Ainul Hanani’.Faizal membacanya dengan hati yang sayu.Tanpa disedari,air mata lelakinya menitis.Hatinya hancur berkecai.Umpama kaca terhempas di atas batu.Jauh di sudut hatinya,tiada dendam yang tersimpan.Malah,dia mendoakan agar Nani hidup bahagia di samping Adam hingga akhir hayatnya.

*****************************************************

SABTU,3 APRIL 2005.

0.2.04.05 merupakan tarikh yang bersejarah bagi Nani dan Adam.Majlis perkahwinan mereka diadakan dengan penuh meriah.Ahli keluarga,jiran-tetangga dan sahabat handai sama-sama meraikan majlis perkahwinan mereka.Pada sebelah pagi majlis pernikahan berlangsung.Dengan sekali lafaz sahaja,Ainul Hanani Binti Haji Ibrahim sah bergelar isteri kepada Adam Imran Bin Haji Abdul.Apabila tiba acara membatalkan air sembahyang,Nani berada dalam keadaan gementar.Tatkala cincin emas putih bertatahkan belian disarungkan di jari manis kanannya,air matanya menitis.Begitu juga dengan Adam.Kemudian,Nani menyalami tangan Adam lalu menciumnya.Adam mengusap lembut kepala Nani.Setelah itu,Adam mencium dahi Nani.Itulah ciuman pertama yang dihadiahkan oleh Adam untuk isteri tercintanya,Nani.Dan sekali lagi air mata mereka menitis tanda kesyukuran.Mereka tidak menyangka bahawa jodoh yang telah diaturkan oleh keluarga telah mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. “Abang sayang Nani...”bisik Adan ditelinga Nani.

Di atas pelamin,Nani dan Adam sama cantik dan sama padan.Busana pengantin berwarna biru muda telah membuatkan mereka cukup cantik di mata orang ramai.Tanpa disedari,Faizal datang bersama Izzah,konstabel di IPPD tempat Nani bertugas.Dalam diam,Izzah menaruh hati kepada Faizal.Akhirnya,Faizal sudi menerima cinta Izzah.

Malam itu,Nani dan Adam membuka hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh tetamu yang datang kepada mereka.Nani tertarik untuk membuka kotak hadiah yang berwarna ‘Gold’.Apabila melihat isi yang ada di dalamnya,Nani dan Adam tersenyum manis.Tak sangka yang Faizal dan Izzah akan menghadiahkan mereka barangan baby.Kemudian,Adam mencapai surat yang terselit di dalam kotak itu, “Nani bacalah.Abang tahu surat ni mesti untuk sayang kan?” “Terima kasih bang.”balas Nani pendek.Kemudian,dia membaca bait-bait ayat yang ditulis di dalam surat itu.

Buat sahabatku......

Tak serasa bila dia pergi,tapi sayu bila tak kembali....mancarinya dengan hati suci,lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai...Dia datang tanpa seruan,dia pegi tanpa alasan....Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan,kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan....SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.....

-Faizal-

Nani merenung mata sepet milik suaminya.Wajah suaminya tenang sahaja.Satu senyuman yang manis telah diberikan oleh suaminya.Nani membalasnya.Dia bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang suami yang memahami dan soleh untuknya.

*************************************************

AHAD,3 MEI 2005.

Hari ini Nani dan Adam akan berangkat ke Paris.Adam ditugaskan ke sana untuk menghadiri mesyuarat.Projek antara Malaysia dan Paris perlu diselesaikan segera.Di sana,Nani dan Adam telah mengambil kesempatan untuk berbulan madu.

“Sayang.......tengok tu.Cantikkan Kota Paris pada waktu malam.”Adam bersuara perlahan di telinga Nani.Nani segera menatap mata suaminya. “Abang....terima kasih sebab abang sudi ambil Nani sebagai isteri abang.Nani sayangkan abang...”manja sahaja suara Nani di pendengaran Adam.

“Sayangg...sayang nak tahu tak yang abang cemburu sangat tau bila dapat tahu yang Faizal ada hati dekat sayang.”Luah Adam jujur. “Tapi abang tahu yang isteri abang ni cintakan abang sorang.Lagipun abang percaya pada cinta kita dan sayang.Sebelum kita nikah,abang dah mintak petunjuk dari Allah.Kalau sayang jodoh abang,abang mintak Allah satukan kita.Kalau bukan,abang mintak Allah pulangkan sayang pada jodoh untuk sayang.”Adam bercerita panjang sambil mencuit hidung Nani yang mancung.

“Bangg....Nani pun macam tu jugak.Cinta dan kasih sayang Nani hanya untuk abang sorang.Nani sayangkan abang.Abang jangan tinggalkan Nani ya?”Pinta Nani yang sedang memegang erat tangan suaminya.Dia merebahkan kepalanya di bahu Adam. “Syhhh....jangan cakap macam tu sayang.Nani tanggungjawab abang dan abang akan membahagiakan Nani hingga akhir hayat abang.” Adan berjanjanji kepada Nani dan dirinya sendiri.Hanya bulan dan bintang yang menjadi saksi janji dan sumpah cinta mereka.

Malam itu keindahan Kota Paris telah menyaksikan dua hati sedang memadu kasih.Adam merangkul erat pinggang isterinya,Nani. “I love you,may dear.”Nani berbisik manja di telinga suaminya yang tercinta.Adam mencium pipi isterinya dengan penuh kasih sayang.Jauh di sudut hati,mereka berdoa agar Allah merahmati perkahwinan mereka dan memelihara hubungan cinta mereka hingga ke akhir hayat.Mereka berharap agar Allah mengurniakan mereka anak-anak yang soleh dan solehah.Amiin.......

********************TAMAT**********************

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.