HATI INI.
Lewat malam itu Hakim tidak dapat melelapkan matanya meskipun jam dinding dikamar tidurnya sudah menginjak angka ke 3 pagi.Fikirannya benar-benar kusut dan bercelaru.Dia berfikir sendiri mengapa di tidak boleh tidur pada hari itu sedangkan pada waktu kebiasaan dia akan pada pukul 11 malam.
“Ah,semua ini gara-gara Zura !”Hakim membuat tohmahan sendiri.Tapi,mengapa pula aku perlu menyalahkan Zura dalam hal ini?Dia langsung tidak bersalah.Aku yang bersalah kerana terlalu terbawa-bawa sehingga menganggu tidurku,”bisik hati Hakim lagi.
Peristiwa petang tadi muncul kembali di kotak fikiran Hakim.Dia yakin,peristiwa itulah yang menganggu tidurnya...
......................................................................................................................................................
“Hai,Zura!”Sapa Hakim sebaik sahaja kelas Pengajian Am tamat.Tanpa rasa segan silu,Hakim masuk ke dalam kelas Azura walaupun kelas Pengajian Am sudah tamat.
“Ish,Hakim ni buat Zura terkejut je!Lain kali bagilah salam dulu.Beberapa kali Zura nak ulang pada Hakim?”Tegur Azura.
Adam tersengih bagaikan kerang busuk,malu kerana masih lupa memberi salam seperti yang sudah diulang berkali-kali pleh Azura.Beberapa pasang mata yang menyaksikan adegan itu tersenyum,tidak kurang ada yang berbisik sesama sendiri.Mereka tahu yang Hakim sudah jatuh hati kepada Azura.
“Maafkan Hakim,Zura!Assalammualaikum,”Adam memberi salam.
“Waalaikumussalam.Macam tu lah lain kali!Eh,kenapa Hakim tak balik lagi?Tak silap Zura,kelas Pengajian Am Cikgu Faizal dah habiskan?Ini kan dah pukul 4 petang,apa Hakim buat ke sekolah pada waktu mcm ni?”Tanya Zura sambil mengemas buku-buku dan alat tulis untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.Ketika itu,hanya empat orang rakan sekelasnya sahaja yang masih berada di dalam kelas.Kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing.
“Hakim tak ke mana pun.Hakim tunggu Zura.”
Zura mengerutkan dahi.Pelik.
“Tunggy Zura?Kenapa?”
“Er,saja.Hakim ingat nak balik dengan Zura hari ni.Bolehkan?”Balas Hakim,sedikit gugup.
“Oh,itu saja ke?Hakim ni buat Zura saspens je.Ingatkan ada apa-apa yang penting tadi.Bagus juga.Zura pun balik seorang Ayu tak datang sekolah hari ni.Jom.”
Hakim yang mengekorinya dari belakang menanti dengan penuh sabar.Dia berharap waktu itu adalah waktu yang sesuai untuknya meluahkan hati...
“Bagaimana rasanya bersekolah di sini setelah 6 bulan?”Hakim memulakan bicaranya.Dia tidak mahu terburu-buru memberitahu perasaannya kepada Azura.
“Oh,seronok sangat!Zura selesa bersama-sama kawan baru di sini.Zura juga gembira apabila ramai yang sudi menjadi sahabat Zura,termasuk Hakim.”
Hakim terdiam seketika.Perkataan ‘sahabat’ yang baru keluar dari mulut Azura membuatkan lidahnya kelu untuk meneruskan perbualannya.
“Bagaimana agaknya reaksi Zura jika dia dapat tahu bahawa aku sudah menganggapnya lebih daripada seorang sahabat?Malah,aku menyukainya sejak kali pertama kami bertemu,”gumamnya dalam hati.Memikirkan itu semua membuatkan hatinya bertambah resah.
“Zura suka berkawan dengan Hakim?”Soal Hakim lagi.
Azura tersenyum sambil menjawab.”Mestilah Zura suka.Semasa Zura belajar di Johor.Zurta tak pernah rapat dengan lelaki.Zura teringin sekali merasai bagaimana rasanya berkawan dengan lelaki.Akhirnya Tuhan telah menemukan Hakim dengan Zura bersekolah di Kuala Lumpur ni.Zura rasa bersyukur dan bertuah sangat,apatah lagi Hakim ni seorang kawan yang baik,kelakar dan mengambil berat akan diri Zura.Zura tahu,Hakim antara pelajar paling popular di sekolah ini.Ramai yang ingin mendekati dan mengenali Hakim.Zura percaya,mesti ramai perempuan yang sukakan Hakim kan?”
“Hakim tidak pernah melayan mereka sebab Hakim langsung tak berminat dengan mereka,”Hakim berkata seolah-olah ingin membuktikan kepada Azura bahawa dia tidak suka dan tidak pernah melayan perempuan yang menyukainya.
“Tapi sekurang-kurangnya mesti ada bukan?Hakim pula takkan tak mempunyai perasaan istimewa terhadap sesiapa?”Soalan Azura membuatkan jantung Hakim berdegup lebih kencang.
“Ada tapi Hakim tak berani bagi tahu kepada perempuan itu Hakim sukakannya,”Ucap Hakim.
“Hmmm,Zura dah agak!Siapa perempuan yang bertuah itu?Bagitaulah Zura.Zura janji Zura takkan bagitau sesiapa,”Azura mengangkat tangannya seperti bersumpah.
“Hakim baru mengenalinya.Srjak pertama kali Hakim nampak dia,hati Hakim sudah terpaut tapi sampai sekarang Hakim tak berani nak luahkan pada dia.Zura,apa yang perlu Hakim lakukan?”
“Senang saja.Jumpa dengannya.Katakan padanya yang Hakim sukakan dia.Jika Hakim tidak berani apa kata hantar saja surat padanya ataupun telefonlah dia tapi janganlah gunakan SMS.Zura tak berapa setuju lah.Macam tak sesuai.Itu tandanya lelaki itu pengecut dan tidak berani nak terima kenyataan yang bakal tiba,”Usul Azura disusuli tawa kecil.Hakim hanya mampu tersenyum hambar.
“Tapi percayalah cakap Zura.Kalau Hakim luahkan terus perasaan Hakim pada dia,gerenti dia akan menerima Hakim,”Sambung Azura lagi.
“Sungguh?”Ujar Hakim.Wajahnya kelihatan sedikit bercahaya.
Azura hanya menganggukkan kepalanya,tanda bersetuju.
“Katakan Zura adalah perempuan itu,adakah Zura akan menerima Hakim?”Sengaja Hakim mengutarakan persoalan itu kepada Azura.Dia ingin melihat reaksi dari Azura.
Azura terdiam,mungkin berfikir sejenak untuk menjawab soalan Hakim tadi.Hakim menanti dengan penuh sabar.Dia berharap ada jawapan positif yang bakal keluar dari mulut Azura namun..
“Zura lebih selesa jika berkawan dengan Hakim..”Hanya itu yang mampu Azura jawab.
“Jadi?”
“Zura akan menolak Hakim..”Begitu lemah sekali butir bicara Azura,hilang keceriaan di wajah Azura saat itu.
“Kenapa?Bukankah tadi Zura cakap yang cinta Hakim akan diterima oleh perempuan yang Hakim sayangi?Mengapa tidak Zura?”Soalnya lagi.Hakim diruntun rasa pilu.
“Zura belum bersedia.Lagipun kita masih muda.Baru 19 tahun,lagipun tahun ini merupakan penentu masa depan kita.Zura sayangkan hubungan persahabatan kita.Untuk ke sesuatu tahap yang tidak pasti,Zura tidak mahu mengambil risiko.Lagipun Zura ada...”
“Ada apa?”
Bas yang dinanti sejak lima belas minit akhinya tiba juga.Azura tidak membalas.Mereka berdua menaiki bas dan diam melayan perasaan masing-masing sebaik sahaja duduk di dalam bas.Hakim sempat mencuri pandang ke sebelah tempat duduknya.Azura dilihat sedang menyeksa airmata.Hakim tidak dapat melihat airmata Azura kerana Azura memalingkan wajahnya ke tempat lain.
“Apakah yang yersirat di hatimu Zura?”
“Hanya Zura saja yang tahu,Adam.Biarlah ia menjadi rahsia hati Zura seorang,”balas Azura seolah-olah dapat membaca firasat hati Hakim.
......................................................................................................................................................
Sejak kebelakangan ini Hakim tidak lagi dapat menatap seraut wajah Azura.Hakim pelik.Azura sudah jarang kelihatan di sekolah.Pernah beberapa kali Hakim terserempak dengan Azura tetapi Azura kelihatan pucat sekali.Tubuhnya sudah semakin kurus dan tidak bermaya.Apa sudah terjadi pada Azura?Sakitkah dia?
“Ayu,kau ada nampak Zura tak?”Tanya Hakim kepada Ayu,rakan sekelas Azura.Matanya meliar mencari kelibat Azura namun hampa,Azura tidak kelihatan di dalam kelas.
Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya tergerak untuk berjumpa dengan Azura setelah beberapa bulan tidak bertegur sapa.
“Dia tak dapat datang hari ni.Eh,kamu tak tahu ke?”Soal Hidayu pula,pelik.
“Zura disahkan menghidap barah otak.Sekarang sudah berada di tahap yang kritikal.Dia sekarang berada di hospital.Katanya hendak membuat pembedahan hari ini,”Terang Hidayu.Jelas terpancar riak kesedihan di wajahnya.
Hakim terpaku.Terkejut!Azura menghidap barah otak?
“Biar betul,Ayu.Bila?Kenapa dia tak pernah bagitau aku.?”Soal Hakim bertalu-talu.
“Kau ingat Zura tu apa?Senang nak menjaja penyakitnya kepada orang?Meminta simpati?Aku sendiri baru tahu semalam.Ibunya yang bagi tahu aku.Jika tidak,agaknya sampai bila Zura akan merahsiakanpenyakitnya daripada pengetahuan aku,’Hidayu membalas dalam nada sinis.
“Jadi,selama ini Zura merahsiakannya daripada aku?Oh Tuhan!Apa aku dah buat?Zura sedang bertarung dengan maut dan aku pula boleh tak memberi sokongan kepadanya?”Hakim berteleku di lantai sambil maraup rambut beberapa kali.Tanpa dipaksa,air matanya berguguran juga.
“Mengapa aku harus menangis kerana Zura?Apakah aku masih menyayanginya?Atau hanya kerana simpati atas penyakit yang menimpanya?”
“Aku faham perasaan kau,Hakim.Aku tahu kau sukakan Zura.Siapa sangka,lelaki paling popular di sekolah ini,Hakim Syahmi menyukai gadis biasa seperti Nurul Azura.Sejak Zura pindah ke sekolah ini,kau begitu berubah.Semua perempuan yang menyukai kau,kau langsung tak layan.”
“Zura bukan seperti yang kau sangka selama ini,Hakim.Apa yang dikatakan olehnya selama ini bohong belaka.Zura juga sukakan kau,tapi dia tak boleh hidup lama Adam.Dia sendiri yang kata begitu pada aku.Aku juga tak mahu kehilangan kawan yang paling aku sayangi,namun bila aku katakan begitu dia marah aku.Dia masih boleh senyum lagi saat sakitnya makin kronik.”
“Aku tak mahu dia pergi...”Bisik Hakim,perlahan.
“Aku pun.Aku harap pembedahannya aku mahu melawatnya”
“Ayu,boleh tolong aku tak?”Pinta Hakim.Dahi Hidayu berkerut.
“Tolong apa?”
“Tolong bawa aku berjumpa Zura.Aku ingin meminta maaf padanya.”
......................................................................................................................................................
“Maafkan saya kerana menganggu,Cikgu Suraya.Boleh kita berjumpa sebentar?”Cikgu Safirah,guru Tingkatan 6 Atas Bestari datang ke sebelah kelasnya.Sesi pembelajaran Ekonomi dihentikan buat seketika.Kedua-dua guru tersebut berbual-bual sebentar di luar kelas.
“Apa yang dibualkan oleh Cikgu Suraya dan Cikgu Safirah tu?”Bisik Balqis kepada rakan sebelahnya Syahira.
“Entah,tapi aku dengar Cikgu Suraya cakap ‘Innalillah’...”
“Ish sipa pulak yang meninggal dunia?”
“Entah...”
“Hakim,boleh jumpa cikgu sekejap?Cikgu ada perkara ingin bercakap dengan kamu,”Setelah perbualan antara guru itu tamat,Cikgu Safirah pela memanggil Hakim.Kesemua pelajar memandang ke arah Hakim dengan penuh tanda tanya.
“Apa sudah jadi,cikgu?”Tanya Balqis setelah Cikgu Safirah dan Hakim meninggalkan kelas Tingkatan 6 Atas Gemilang.
‘Pelajar baru dari Tingkatan 6 Atas Bestari meninggal dunia...”
“Ha?Maksud cikgu,Azura?”Masing-masing menunjukkan riak wajah terkejut mendengar berita yang baru disampaikan.
“Ya,benar.Pihak sekolah turut bersimpati atas kehilangan arwah Nurul Azura binti Abdullah yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.Arwah Azura sebenarnya berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan sakitnya disini.Malah,pihak sekolah hanya mengetahui tentang penyakitnya beberapa hari lalu.Marilah kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..”
“Tapi,mengapa Cikgu Safirah ingin berjumpa dengan Hakim,cikgu?”Tanya Adam,ketua Tingkatan 6 Atas Gemilang.
Kesemuanya hanya mampu mengangkat bahu,tanda tidak tahu.
......................................................................................................................................................
Hakim terdiam,kelu.Cikgu Safirah yang berada dihadapannya sudah menjelaskan segala-galanya.
‘Tak mungkin!Zura...’
Comments