Kehidupan Susah.

OLEH : AMRI HJ YAHYA.

ANAK itu melangkah satu-satu menuju ke rumahnya.Mereka terlihat wajah ibunya yang tidak berasa gembira.Kesedihan berasa menyelip hatinya yang terasa.Betapa ibunya dengan penuh dugaan menyara mereka bersekolah,disamping menjaga dua orang adiknya yang masih belum bersekolah lagi.

“Belajarlah bersungguh-sungguh,kita tidak mempunyai harta yang ditinggalkan oleh ayahnya yang meninggal dunia akibat penyakit strok.Pelajaranlah satu-satunya yang akan membantu keluarga kita untuk maju ke hadapan.” Begitu kata-kata ibu kepada Ahmad.

Meskipun dia belum menyedari hakikat hidup ini dengan pelbagai cabaran dan halangan yang harus ditempuhi,ia akan mengajar hidupnya lebih cepat mengerti kehidupan yang dilalui selama ini.Ahmad melihat ibunya yang amat menyayangi dirinya dan begitu pula menyayangi persekolahan.Ahmad selalunya menaiki bas untuk ke sekolah.Dia akan bangun lebih awal sebelum ibunya yang akan bangun.Dia akan membuat ulangkaji setiap pagi untuk peperiksaan yang tidak lama lagi akan menjelang tiba.

“Kau dah pulang Ahmad?Bukalah kasut itu. Letakkan kasut di tempat yang baik.” Kata ibu di muka pintu.Ahmad melihat kesedihan yang dipikul oleh ibunya,akan tetapi wajahnya amat manis,dengan senyuman yang terukir dibibirnya.Betapa ibunya berusaha untuk menyembunyikan kesedihan itu disebalik senyumannya.Ahmad tahu bahawa ibunya bertanggungjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.Dia selalu membantu ibunya untuk membuat kerja rumah yang disuruh oleh ibunya.Ahmad tidak pernah menentang sepatah kata yang dituturkan oleh ibunya namun sebaliknya dia akan menurut segala arahan yang diberikan oleh ibunya.

Dia meletakkan kasutnya dengan baik diatas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong.Tempat itu diperbuat daripada tong.Kasut adik-adik dan ibunya teratur denga rapi.Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.

Begitu juga setiap peralatan di rumahnya rapi.Halaman rumahnya bersih.Rumput tidak berpeluang untuk mengeluarkan pucuknya.Ibunya sering meminta dia menolong untuk membersihkan rumput-rumput itu.Bersama adiknya dia akan menolong untuk membantu ibunya yang sering kali jatuh sakit,tetapi ibunya tabah menghadapi pelbagai dugaan yang ditempuhinya.Malah ibunya selalu berdoa agar anak-anak mereka sentiasa menjaga kesihatan mereka.

Ibunya selalu pergi untuk menjual makanan yang telah disiap seperti nasi lemak,karipap dan lain-lain.Ibunya selalu memberitahunya “Ahmad berhati-hati semasa berjalan kaki kerana sekarang banyak berlaku kes ragut” kata ibunya yang hendak pergi untuk menjual makanan.Sekarang ibunya yang sedang berniaga akan bangun lebih awal untuk menyiapkan makanan sebelum dihantar untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup mereka.

Pada masa yang lapang Ahmad,ibu dan adik-adik akan melakukan perkara yang berfaedah seperti pergi ke taman untuk bermain,beriadah dan sebagainya.Mereka akan melakukan bersama-sama bagi mengurangkan tekanan dialami.Hari demi hari,Ahmad da adik-adiknya berasa sangat gembira.

Pada sebelah malam mereka akan sama-sama membuat ulangkaji bersama-sama adiknya sambil diperhatikan oleh ibunya.Dia akan mengajar adiknya dengan lebih memahami.Ahmad akan berkata pada adik “Ali dan Kasim kamu harus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diingini dalam hidup supaya dapat mengejar cita-cita yang dikehendaki.” Kata-kata yang keluar dari mulut Ahmad itu sendiri.

Ibunya yang selalu menjaga Ahmad dan adiknya telah jatuh sakit.Pada masa itu adik-adik yang tinggal dirumah tetapi Ahmad tidak ada di rumah.Dia semasa itu berada di sekolah dan sedang belajar.Kedua-dua adiknya tidak tahu bagaimana nak hantar ibunya ke hospital.Dirumahnya tidak mempunyai telefon.Adiknya telah meminta bantuan jiran untuk menghantar ibunya ke hospital.Selepas itu jiran telah menghantar ibunya ke HOSPITAL KUALA LUMPUR.

Selepas dihantar ke hospital ibunya telah dimasukkan ke bilik kecemasan.Selepas Ahmad balik dari sekolah,dia telah melihat rumahnya yang berasa sunyi seperti di dalam gua.Ahmad telah melihat rumah seperti tiada orang dalam rumah tetapi dia berasa sangat hairan bahawa dimana semua orang pergi.Dia pergi untuk bertanya sesuatu kepada jiran.Jiran telah memberitahu ibunya telah dihantar ke hospital kerana dia telah jatuh sakit.Yang dikatakan oleh jirannya.Ahmad telah mencari ibunya yang jatuh sakit itu di hospital.Selepas itu dia dapat jumpa dengan ibunya.Ibunya berasa dalam keadaan yang amat sukar diramalkan kerana ibunya yang kena penyakit jantung.

Semasa berada di hospital ibunya telah memberitahu “Saya tidak akan hidup lama kerana penyakit ini mula merebak ke serata badannya.Kamu kena menjaga adik-adik kamu dengan baik kerana inilah adik kamu.Kamu seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong adik-adik kamu dalam mencapai kejayaan.Jikalau ibu tiada suatu hari nanti,kamu kena menjaga adik-adik kamu dengan baik supaya mereka boleh menjadi seorang yang baik pada masa akan datang.Itulah hasrat ibu kepada aku”kata ibu kepada Ahmad.

Ahmad berkata kepada ibunya “Ibu tidak boleh cakap begitu.Ibu kenalah tabah menghadapi dugaan dalam hidup.Ibu harus melihat anak-anak ibu kerana merekalah satu-satunya yang akan menghadapi inspirasi hidup ibu.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulutnya,Ahmad.

SATU MINGGU KEMUDIAN

Ibu Ahmad telah berasa sangat sakit sehingga ibu telah meninggal dunia.Ahmad dan adik-adiknya menangis tidak berhenti-henti. Mereka telah sangat sedih terhadap orang yang tersayang dan yang disanjungi.Ahmad telah berputus asa untuk mencari jalan lain untuk membantu adik-adiknya dalam pelajaran.Dia telah bekerja siang dan malam untuk mencari makanan untuk adk-adiknya dalam hidup lebih selesa.

Ahmad telah membahagi masa dengan bekerja sambilan untuk mencari makanan dan sebagainya dan belajar.Dia akan pergi ke sekolah pada pagi dan bekerja pada petang hingga malam.Pada tengah malam, dia akan mengulangkaji pelajaran dan peperiksaan semakin hampir hari demi hari.Dia tidak dapat menafikan tentang peperiksaan yang tidak lama lagi akan dijalankan iaitu,SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM).

Ahmad telah membuat persiapan yang lebih awal untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan hala tuju.Kawan-kawannya selalu mengejek dia yang Ahmad adalah anak yatim piatu tetapi Ahmad banyak bersabar dalam menempuhi pelbagai cabaran,halangan dan dugaan dalam hidupnya.

Dia akan sentiasa menolong adik-adiknya dalam menghadapi masalah.Walaupun dia berasa sedih terhadap ibunya yang selalu memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meneruskan kehidupan tetapi sekarang semuanya menjadi berubah setelah ibunya tiada di sisi dia.Dia akan mengingat segala kata-kata yang diluahkan oleh ibunya kepada dia.

Hari peperiksaan telah tiba.Ahmad telah berasa keyakinan pada dirinya untuk menjawab dengan lebih baik kerana usaha selama ini tidak disia-siakan kerana ini adalah satu-satunya hasratnya untuk masuk ke universiti.Ahmad kena buktikan kepada kawan-kawan dan sekolah bahawa “Saya akan buat yang terbaik untuk sekolah,untuk diri dan untuk almarhum ibunya yang telah lama meninggal dunia.”Yang berbisik dalam hatinya.Masa telah berjalan begitu cepat dan sehingga akhir peperiksaan.Ahmad dapat membuat peperiksaan dengan baik.

Dalam masa tiga bulan,Ahmad telah bekerja sepenuh masa.Pada bulan Mac itulah tarikh yang paling genting baginya kerana mengetahui tentang keputusan Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.Dia tidak menyangka bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dan pelajar yang terbaik disekolah itu.Pengetua dan guru-guru telah mengucapkan tahniah kepada Ahmad telah membuktikan bahawa diapun boleh buat.

Dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Di universiti terkemuka kerana dia akan membantu adiknya yang masih lagi bersekolah.Dia akan menghantar adiknya untuk belajar seperti dan mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Itulah satu-satunya hasrat ibunya untuk mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang baik.

-----------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.