Detik-detik Kehidupanku.

DETIK-DETIK KEHIDUPAN KU

KARYA : Amri bin Hj Yahya

PAGI, aku bangun tidur dan terus keluar menjenguk ibuku yang batuk-batuk.Aku bangun awal pukul 4.30 pagi untuk membantu ibuku menjual nasi lemak di sekitar kampung.Tepat pukul 5.30 pagi ku datang menukar pakaian sekolah untuk menimba ilmu.Duit yang telah ku dapat itu sebahagiannya yang diberikan kepada ibuku dan sebahagian lagi berkongsi dengan adik-beradik ku.Keluarga kami di ibaratkan bagai “KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG”.Petangnya pula sejurus ku balik aku segera menukar pakaian sekolah dan melihat ibu bapaku yang sudah tua sehingga tidak dapat melakukan kerja.Aku melihat kesedihan kedua-dua orang tua itu menyelinap ke hatinya dengan melihat kehidupan sendirinya.

Aku sebagai anak sulung daripada 5 orang adik-beradik perlu mengorak langkah ke hadapan demi menjaga nama baik keluarga ku dan mencapai cita-cita yang telah diimpikan.Aku selalu menjadi bahan ketawa di sekolah kerana kawan-kawan sekelas ku semuanya datang daripada keluarga berada tetapi disebaliknya aku jauh berbeza.Disamping itu mereka selalu menyindir aku dengan pakaian sekolah lama berwarna putih yang sudah menjadi lusuh dan pudar.Hari demi hari tiba saat untuk aku menduduki peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM),tetapi aku tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana selepas balik sekolah aku akan menolong ibuku membuat apa-apa kerja yang ada sehingga lewat senja.Selepas itu,pada malamnya pula aku akan membimbing adik-adik ku membuat kerja sekolah dan waktu yang lapang bagi ku adalah selepas pukul 12 malam.Masa yang boleh aku mengulangkaji pelajaran Cuma 2 jam sahaja kerana selepas itu aku perlu melelapkan mata ku sebentar untuk merehatkan badan dan minda ku.

Awal bulan 3 November 2007,tiba masa untuk aku menduduki peperiksaan SPM.Kertas yang mula diambil oleh aku ialah kertas Bahasa Melayu.Di dalam hatiku menanyakan “bagaimana aku ingin menjawab soalan ini tetapi hatiku tabah untuk menjawab soalan ini”.Pagi 3 NOVEMBER aku bangun awal untuk menjual nasi lemak dengan tambahan kuih-muih yang dibuat oleh ibuku.Setelah habis kesemua nasi lemak aku segera balik rumah,untuk menukar pakaian sekolah.Pagi sebelum pergi ke sekolah aku mementa restu iaitu sujud di kaki kedua-dua ibu bapaku.Perbuatan ini dapat menyakinkan aku menjawab soalan peperiksaan.

Aku bertolak dari rumah pada pukul 6 pagi.Aku gigih berjalan kaki untuk pergi ke sekolah tanpa sebarang keluhan apa-apa.Sambil berjalan ke sekolah,aku masuk dengan melangkah kaki kanan supayapada hari tersebut berjalan dengan tanpa sebarang kekecohan.Sejurus aku masuk ke kawasan sekolah aku melihat semua kawan-kawan ku gemuruh membaca buku sebelum menjawab soalan.Dari saat ke saat,tiba masa untuk kami menjawab kertas soalan Bahasa Melayu “hati ku berdebar-debar badan muka ku mula berpeluh menunjukkan aku berada dalam ketakutan tetapi aku tabah mnjawab soalan tanpa sebarang aksi.

Setelah beberapa minggu aku menduduki peperiksaan SPM dengan bersungguh-sungguh,tiba masa untuk aku menenangkan fikiranku.Hari demi hari badanku berasa letih kerana tiada masa untuk aku rehat dan disebaliknya makanan yang aku jual tidak dibeli oleh orang ramai kerana mereka menjijikkan makanan kami yang murah ini.Makanan yang tinggal akan ku berikan kepada adik-adik ku yang masih kecik tidak tahu erti kesusahan dan makanan tersebut dijadikan sarapan pagi atau makanan tengah hari untuk kami sekeluarga.Setelah beberapa minggu kemudian aku mula pergi menjual nasi lemak serta kuih-muih ke kampung-kampung lain.Dalam perjalanan untuk menjual nasi lemak ada sebuah kereta perdana yang membawa denga laju lalu melanggar aku dari belakang.Badan ku dipenuhi darah.Sementara itu selama 3 minggu aku terlantar di rumah dan tiada seorang pun yang datang menjenguk ku atau menolong ku.Akhirnya tiba seorang sahabat lama ku yang bernama Sankar untuk menolong dengan memberikan sedikit wang serta makanan untuk menampung kesusahan kami.

Pada ketika dahulu,sahabat sehati sejiwa ku pernah dilamun cinta dengan ku tetapi disebaliknya aku menolak lamaran itu.Sampai sekarang sahabat itu masih mencintai ku tetapi aku sudah menjelaskan bahawa status dia dengan aku jauh berbeza malahan percakapan aku tidak diendahkan oleh Sankar.Setiap kesusahan yang ditimpa oleh aku sekeluarga dia seorang lah yang akan menolong tanpa sebarang keluhan dan menolong dengan tangan dan hati yang terbuka.

SUDAH BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

Tiba bulan Mac 2008 menunjukkan hati ku berdebar-debar kerana keputusan SPM akan terpapar di halaman sekolah.Aku tak nak menghancurkan harapan ibu bapa ku yang memberikan sepenuh kepercayaan untuk aku berjaya dalam peperiksaan dan hidupku.Pagi aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah mengambil keputusan SPM.Setiba sampai di sekolah pada pukul 11.30 pagi aku melihat segelintir pelajar melompat-lompat dengan perasaan gembira apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Aku melangkah masuk dengan kaki kanan dalam perasaan gementar.Beberapa lama kemudian tiba masa untuk aku mengambil keputusan SPM yang telah aku usahakan dengan bersungguh-sungguh.Akhirnya aku mendapat 10A dalam semua mata pelajaran.Aku melompat-lompat dengan perasaan gembira sambil memeluk guru-guru yang telah mengajar ku.Setelah beberapa lama kemudian,aku pulang dengan perasaan gembira kerana aku dapat mencapai impian ku dan harapan ibu bapa ku.Setiba di rumah aku memanggil ibu ku dengan suara kuat MAK,MAK,MAK!mak ku datang dengan perasaan takut.Sebenarnya along ada berita gembira sebelum itu along nak sujud dulu di kaki ibu dan papa.Ehmmmmm........along dapat 10A dalam semua mata pelajaran dan lagi satu along juga pelajar cemerlang SPM di sekolah. Dengan perasaan gembira ibu dan bapa ku mengucapkan taniah serta dengan perasaan sedih mereka berkata tidak mereka tidak dapat memberikan apa-apa hadiah sempena kejayaan ku.

4 TAHUN KEMUDIAN

Setelah tamat membuat pengajian di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM),aku pulang ke kampung halaman ku di KAMPUNG SELASIH JAYA dan aku melihat kedua-dua orang tua ku sudah lanjut usianya.Adik-adikku sudah besar dan adik lelaki ku mengganti ku menolong ibu semasa aku tiada.Setelah keluar aku menjadi seorang guru Bahasa Melayu di sekolah menengah dan pada usia 27 aku telah berkahwin dengan jejaka idaman ku Sankar.Sekarang aku telah di kurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki,2 perempuan.

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.