RETORIK CINTA.

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

JANTUNGKU berdebar-debar untuk keluar berjumpa dengan insan tersayang bagi menyambut hari lahirku.Mohd Iqram Hakimi Bin Mohd Sufian seorang insan yang benar-benar telah mencuri hatiku dan meletakkan diriku kekal di dalam hatinya. Dia merupakan seorang insan yang mempunyai paras rupa yang menarik serta mempunyai ciri-ciri yang dikagumi ramai perempuan zaman ini.Sedang leka aku mengagumi dirinya, tiba-tiba telefon bimbit Nokia N81 pemberian dari Iqram berbunyi dan tertera nama Iqram yang menelefonku.

“Sayang sudah siap belum? Saya sudah menunggu di bawah ini.” Aku bingkas bangun dan menujunke pintu untuk turun ke bawah berjumpa dengan Iqram seperti yang dirancang.Dia menjemputku dengan menaiki kereta Honda Jazz berwarna hitam.Kerinduanku terhadap Iqram terubat sedikit setelah melihat dirinya berada di depan mataku.

***************************************************************************

“Kita nak pergi ke mana sayang?” soal ku kepada Iqram. “Saya hendak bawa sayang ke tempat yang sangat istimewa dan saya pasti sayang takkan lupa sampai bila-bila.” Jawab lembut dari Iqram.Hatiku tertanya-tanya ke manakah Iqram ingin membawaku. “Sayang jangan risau, saya takkan lakukan perkara yang sayang tidak suka,jangan risau ya..”.Walau bagaimanapun hatiku tetap tertanya-tanya ke manakah Iqram ingin membawaku pergi.

Setelah lebih satu jam perjalanan, kami sampai ke destinasi yang dikatakan oleh Iqram.Seperti yang dikatakan oleh Iqram, tempat itu sangat istimewa. Aku terpana seketika melihat keindahan tempat itu.Aku terasa seperti di alam mimpi dimana aku berada di tempat yang sangat cantik bersama insan yang sangat aku cintai. “ Sayang ok?” tanya Iqram.Aku tersedar dari lamunan. “ Saya tidak apa-apa Cuma saya tidak sangka kita akan pergi ke tempat yang sangat cantik seperti ini”kataku sambil terkejut.Iqram hanya tersenyum.Dia menarik tanganku dan mengajakku ke satu tempat yang telah disediakan khas untuk aku dan Iqram.Segala-galanya sudah dirancang oleh Iqram tanpa pengetahuanku.

***************************************************************************

“Kenapa sayang lakukan ini semua?” soalku kepada Iqram. “ Sayang tak suka saya lakukan semua ini?” jawab Iqram lembut. “ tidaklah sayang,tetapi tidak perlu lakukan semua ini.Cukup sekadar makan di restoran biasa itu sudah memadai bagi saya untuk sayang ingat hari lahir saya.” Hatiku tidak putus-putus memuji tempat yang disediakan oleh Iqram.Satu set meja dengan lilin dan bunga tulip merah jambu yang memenuhi citarasaku.Terdapat juga itik-itik yang sedang berenang di tasik,bunga-bunga yang mekar untuk menjadikan tempat ini lebih indah. “Mari sayang kita pergi ke meja makan.” Ajak Iqram sambil dihulurkan tangannya kepadaku. “Terima kasih sayang kerana memberi kejutan seperti ini. Kenangan malam ini tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya.” Janjiku kepadanya. “Sayang jangan lupakan saya juga ya”.Satu ayat yang membuatkan hatiku semakin rasa di hargai.

Sedang leka berbual,datang seorang kanak-kanak perempuan sambil membawa kek yang comel yang lengkap dengan lilin kecil di atasnya.Iqram terus bangun untuk menerima kek itu dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu. “Terimalah kek comel ini sayang”.kata Iqram kepadaku sambil menunjukkan kek tersebut kepadaku.”Sayang, saya sangat terharu dengan ini semua.Terima kasih sayang.”ucapku kepadanya.” Selamat hari lahir sayang,saya harap sayang akan terima apa jua yang akan berlaku selepas ini.”kata Iqram kepadaku. “ Apa maksud sayang?”.Soalku dalam hati tapi tidak dapat diluahkan kerana takut akan mengganggu ‘mood’ kami.

***************************************************************************

Hampir sebulan lebih hari lahirku berlalu.Selepas sambutan hari lahir yang dilakukan oleh Iqram,dia terus berubah dan dia seolah-olah ingin mengelakkan diri dariku.Setiap hari aku cuba menelefonnya,tetapi dia sengaja tidak mahu menjawab panggilanku dengan alasan terlalu sibuk.Aku cuba mengingati kembali adakah aku ada lakukan kesalahan terhadapnya sehinggakan dia berubah seperti ini.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba pintu rumahku diketuk.Aku segera bangun dan membuka pintu rumahku.Setelah membuka pintu,tiada siapa di luar tetapi terdapat satu nota yang ditampal di pintu rumahku.Hatiku menjadi curiga terhadap nota tersebut.

Aku membuka nota tersebut dengan perasaan terkejut apabila melihat ayat yang ditulis di nota itu. “aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya,yang kini hadir di antara kita,namun ku jua takkan bisa menepis bayangmu,yang selama ini temani hidupku..’

Lantas tanganku menggigil ketika membaca barisan ayat itu.Aku terus memikirkan Iqram yang hari demi hari semakin berubah.Aku hanya mampu berdoa di dalam hati supaya nota tersebut bukanlah ditujukan kepadaku kerana tiada tiada tulis nota itu di tujukan untuk siapa.Hatiku sedikit lega walaupun kepalaku ligat memikirkan hal tersebut.Aku menelefon Iqram tetapi tidak dijawab. “Mungkin dia sibuk dengan kerja.” Monologku di dalam hati untuk tidak berprasangka buruk terhadap Iqram.

***************************************************************************

Malam ini aku terasa seperti betul-betul jauh dari hidup Iqram.Mungkinkah semua ini kerana nota misteri yang aku terima siang tadi yang membuatkan aku berasa seperti itu.Kerinduan aku terhadap Iqram semakin menebal.Aku mengambil album khas yang mempunyai gambar-gambar kenangan aku bersama Iqram dengan harapan dapat mengubat kerinduan aku terhadapnya.Terasa sayu ketika melihat satu demi satu gambar tersusun rapi di album itu kerana memikirkan sikap Iqram yang mula berubah.Dia seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku.Adakah hati Iqram sudah beralih arah?? Itulah persoalan yang sering bermain di fikiranku.Aku nekad untuk menelefonnya sekali lagi kerana waktu kerjaya sudah tamat.Aku mencari namanya di dalam senarai nombor telefon. “haa!..ini dia nombor sayangku.” Kataku berseorangan.Aku menekan butang dail dan menunggu dia menjawab panggilanku. “ Hello,saya Sofia hendak bercakap dengan siapa?”. “boleh saya bercakap dengan Iqram?”jawabku. “maaf ya, Iqram ke tandas.Ada apa-apa pesanan?”jawabnya kembali. “awak siapa?”tanyaku. “Saya teman wanita Iqram.” Dengan serta-merta aku terasa seperti halilintar membelah hatiku tatkala mendengar suara perempuan yang mengaku teman wanita Iqram.Lantas aku mematikan panggilan dan ketika itu juga air mataku mengalir dengan deras.Ternyata,perkara yang sangat aku takuti selama ini telah berlaku.

***************************************************************************

“Maafkan saya sayang,saya tidak dapat memilih antara sayang dan dia.Saya tidak sedar sejak bila hati saya terbuka untuk menerima kasih dan sayangnya terhadap diri saya.” Alasan Iqram kepadaku. “Kalau saya minta awak pilih antara saya dan dia,siapa yang akan menjadi pilihan hati awak?” soalku kepada Iqram. “hmmm,saya tidak dapat berikan jawapan sekarang sayang.Antara sayang dan dia,keduanya terlalu istimewa di dalam hati saya.Dua-dua cinta saya”.jawapan Iqram dengan nada yang tidak yakin. “Apa makna cinta di dalam hati awak yang boleh senang-senang dibahagikan dengan perempuan lain.Apa salahku sayang?”.Perliku kepadanya. “Sayang maafkan saya”,pujuk Iqram kepadaku. “Awak baca nota ini dan fahami maksudnya”.Aku menyerahkan nota ke tangannya dan terus masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.

Jangan kau hujani dengan pertanyaan,kerna pasti akan mengecewakan,fahamilah pengertianku ini, setiap insan punya perasaan, setiap cinta perlukan pengorbanan,walau sekejam ini yang ku lakukan, sanggup berpisah demi kemanusiaan, asal kau bahagia oh masa depan, cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna,apalah ada padaku,hanya nyanyian dalam sepi,ralaku sendiri bernyanyi dalam sepi, anggaplah diriku seperti sepotong mimpi, usah kau tangiskan pada perpisahan ini, pergilah kepadanya selamat tinggal.

Aku meninggalkannya dengan hati yang berat tetapi itulah keputusan yang terbaik untuk diriku dan Iqram.Sekarang barulah aku faham apa maksud kata-kata Iqram pada malam sambutan hari lahirku itu. Mohd Iqram Hakimi Bin Mohd Sufian seorang insan yang aku kenal dan hanyalah mimpi indahku semalam.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.