SIAPAKAH ADRIANA

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

Syah masih termenung di jendela.Pertemuan dengan gadis di kala senja tadi menggamit ingatannya.

“Hoi! Mana letak mata?”Syah memarahi gadis bertudung putih yang tiba-tiba melintas di hadapannya.Hampir sahaja Syah terbabas ke parit besar sebelah kiri jalan.

Gadis itu jatuh terduduk kerana terkejut.Tidak menyangka motosikal Syah akan keluar dari simpang keluar dari rumahnya.

Taman Indra Jaya....selalunya akan menyambut kepulangan Syah dari pejabat pada waktu petang.Tetapi entah mengapa hari itu Syah terpaksa berhempas pulas menyiapkan kerjanya di pejabathingga hari sudah lewat petang.

Syah mengaku yang dia agak khayal sebentar tadi.Tapi dia harus mempertahankan egonya.

“Maaf...saya tidak perasankan saudara tadi,” gadis itu menjawab.Dia sudah bangun dari duduknya.Mukanya kelihatan pucat.Dia masih menundukkan mukanya.

“Maaf! Maaf! Maaf! Itu je la yang ko orang perempuan tau ye?!”masih tidak surut gelora hati Syah.

Gadis itu memandang Syah.Syah terpana.Cantik! Ah!!! Peduli apa aku!

Gadis itu tersenyum manis....”Saudara ada cedera apa-apa?” tanya gadis itu masih tersenyum.

Ha? Sepatutnya aku yang tanya.Bukan kau...

“Aku takde apa-apa!” kasar kedengarannya.

Gadis itu mengangguk lalu berlalu.Syah masih melopong hairan kerana gadis itu seperti tiada respon akan amarahnya.

“Siapa pompuan tu ek?”Syah bertanya sendiri.Masih termenung di luar jendela.Rintik-rintik hujan mula turun di muka bumi..

“Hai Syah..termenung je kau ni akak tengok sejak tadi,”sopan Kak Munah, teman sepejabat Syah mengejutkannya dari menung yang panjang.

Syah sendiri hairan mengapa dia sering memikirkan tentang gadis itu.Ada sesuatu yang misteri mengenai gadis itu.Syah juga merasakan dia pernah berjumpa dengan gadis itu.Tapi di mana ya?

“Hoi! Termenung lagi?!” Hairi menyergahnya.Syah menggeliat malas.

“Apsal ngan ko nih?Aku tengok dari tadi tak habis-habis melangut je.Jom pi minum,” ajak Hairi.

“Malaslah.Aku kenyang lagi ni,” balas Syah.

“Ko makan apa?” tanya Hairi hairan kerana sebelum ini Syah tidak pernah menolak pelawaannya.Lagi-lagi kalau ajak ‘Soru!!!’

“Tahlah....”

Hairi berlalu meninggalkan Syah.

Entah mengapa petang itu Syah sengaja pulang lewat.Dia juga sengaja lalu di jalan,tempat dia hampir melanggar gadis itu berulang kali.

“Mana pula ni....”Syah merungut sendiri.Dia memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.Tergambar wajah kehampaannya.

“Saudara....”Suara lembut yang menyapanya dari belakang membungakan rasa hati.

Syah berpaling. “Bila masa awak ada kat belakang saya ni?” tanya Syah hairan kerana tidak kedengaran langsung desiran atau sebarang derap tapak kaki.

Gadis itu tersenyum manis.Masih lagi berbaju kurung dan bertudung putih.

“Baru je...”jawab gadis itu pendek. “Saudara Syah cari saya ke?”

Pertanyaan itu cukup membuatkan Syah terkejut.

“Mana tahu nama saya?”

Gadis itu masih tersenyum.Kadang-kadang naik juga bulu roma Syah bila dia gadis itu senyum begitu dalam remang senja.

“Saya Nadia...Nadia Adriana,” gadis itu memperkenalkan dirinya.Pertanyaan Syah tadi terus tergantung.

“Saaa..saya Syah,” balas Syah.Sejak bila aku jadi gagap ni?Syah menggelengkan kepalanya.

“Saya balik dulu ye..” kata Nadia.

Ha?! Syah melopong.Cepatnya!!!

“Sekejap! Saya nak....”Syah ingin mengeluarkan handphonenya dari dalam beg tetapi apabila dia berpaling,Nadia sudah menghilang.

Sekali lagi Syah melopong.Dia sedar semula apabila azan maghrib berkumandang.Syah berlalu pulang ke rumah dalam kehampaan lagi.

Sebulan berlalu...

Pertemuan Syah dan Nadia hanya berlangsung pada lewat petang.Apabila Syah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, Nadia memberikan seribu alasan.

“Tak elok orang tengok Nadia naik motor dengan Syah.Lagi pun rumah Nadia dekat je...”itulah antara jawapan Nadia.

Jadi Syah terpaksa menyorong motosikalnya berjalan bersama Nadia untuk mengahantar Nadia pulang.

Rumah Nadia cantik dihias dengan pelbagai jenis bunga.Terdapat ruangan bersantai di satu sudut di rumahnya.Tidak pula Syah tahu yang rumah itu mempunyai penghuni kerana rumah itu sunyi sahaja.

“Syah balik la dulu...”

“Nadia masuk la dulu..” Syah membalas.

“Dah nak maghrib ni..tak elok.Balik cepat!” seperti keras kedengaran suara Nadis.

Tetapi Syah tidak menyedarinya.Syah hanya tahu yang dia selalu merindui wajah manis Nadia Adriana.Setiap hari..setiap saat..setiap waktu.Kerjayanya di pejabat juga adakalanya terabai.Syah tidak menyedarinya

Hairi seringkali berleter.Tetapi tidak dihiraukan.Kenapa?

“Syah nak tengok Nadia masuk dalam rumah dulu..”Syah berkeras,muka Nadia kelihatan gusar.

“Abang Syah! Buat apa ke sini?” Tiba-tiba Saiful, adik lelaki Syah menepuk belakangnya.Syah berpaling.

“Eh! Tak nampak ke?Aku tengah bercakap dengan.....Ha?!”Syah mencari Nadia.Dia melihat rumah di hadapannya.Mungkin dia dah masuk...fikir Syah.

“Cakap dengan siapa?cakap sorang-sorang je Epoi tengok dari tadi,”ujar Saiful yang membahasakan dirinya Epoi.

“Ha?Cakap sorang-sorang?Yelah..ko baru lalu sini memangla ko nampak aku sorang-sorang.Takpela..jom balik! Ko pegi mane ni?”Tanya Syah tukar topik.

“Kedai...”jawab Saiful pendek.Malas nak bertanya lagi.

Syah mengambil cuti separuh hari pada hari itu.Sengaja dia ingin pergi ke rumah Nadia.Ingin bertanya mengapa dia masuk tanpa berkata apa-apa kepada Syah.

Namun sudah dua kali Syah berpusing di tempat yang sama.Rumah Nadia masih tidak dijumpai.

“Abang Syah! Buat apa lagi dekat sini?” Saiful memanggil abangnya.”Eh! Tak pergi sekolah ke?” Tanya Syah pada adiknya pula.

“Baru balik la ni....”Jawab adiknya. “Dari tadi Epoi tengok abang pusing-pusing kat sini.Cari apa?”Tanya Saiful.

“Ko ingat tak rumah tempat kita jumpa semalam?”Syah pula mengajukan soalan.

“Tu!!!!” Saiful memuncungkan mulutnya. “Rumah kosong tu la!”

Syah melihat rumah yang ditunjukkan.Rumah kosong itu kelihatan usang.Pasu bunga banyak yang pecah dan bersepah.Bunga-bung kelihatan layu.Tidak lama langsung dengan rumah yang Syah kunjungi semalam.

“Ah! Bukan nilah!” ujar Syah keras.

“La....Yang nilah! Epoi ingat lagi abang cakap sorang-sorang kat depan rumah ni semalam! Rumah ni dah lama kosong sejak anak tuan rumah tu meninggal.Kakak tu menghidap leukemia.Ha! Epoi dengar kawan Epoi cerita kakak tu suka kat abang dulu.Tapi sebab dia sakit,dia takut abang tak layan..Tak tau la Epoi. Kesian..muda lagi bang.Cantik!” balas Saiful.

“Siapa nama kakak tu?”Tanya Syah masih tidak percaya dengan kata adiknya.

“Kalau tak silap Epoi...Kak Nadia Adriana...” Jawapan Saiful cukup membuatkan jantung Syah luluh.Dadanya berombak.Rasa nak pitam.

Syah merenung tajam rumah itu.Tidak semena-mena dia ternampak Nadia dari bilik tingkap yang kotor.Mukanya kelihatan sedih.Lalu hilang.....kini persoalan Syah terjawab.Siapa Nadia Adriana...

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.