BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

09 September 2009

PENYELESAIAN.

OLEH: AMRI HJ YAHYA

‘Ah...sudah!Aku tak mahu dengar apa-apa lagi mengenai ayah aku.Bingit...kau tahu tak..B-I-N-G-I-T!Bingit! Ayah aku tak pernah adil. Itu tak boleh, ini tak boleh.Kalau abang aku...hai..semuanya boleh.Asyik besarkan abang aku saja,’luah Shikin pada Lina,rakan kamcengnya.

Shikin sudah tidak boleh tahan dengan perangai ayahnya.Asal dia hendak keluar dengan rakan-rakannya,mesti ada halangan.Kalau abangnya,Uthman keluar bukan mainnya senang.Minta kebenaran dan dua keping wang nota lima puluh dolar,terus dia keluar.Nak keluar sampai pukul dua belas malam pun ayahnya tak kisah.Asalkan dia sudah balik.

Lain pula keadaanya bagi Shikin.Asal dia hendak keluar,bertubi-tubi soalan yang ditanya ayahnya.Nak keluar dengan siapa, nak pergi mana,balik pukul berapa dan seribu macam soalan lagi.Balik lambat satu minit pun tak boleh.Nanti mulalah ayahnya membebel.Bermulalah cerita dongengnya kononnya anak gadis hari ini tak tahu duduk diam di rumah,asyik lepak tak tentu arah.Kalah kan anak lelaki.Padahal Shikin keluar kerana ingin berbincang dengan rakan-rakannya mengenai projek sekolah. Di mana lagi ‘port’ mereka kalau bukan di perpustakaan Tampines.

Walaupun umur Shikin menjangkau tujuh belas tahun namun dia tidak sebebas rakan-rakannya yang lain.Shikin tahu harapan ayahnya tinggi menggunung ingin melihatnya berjaya namun dia tidak faham mengapa ayahnya suka sangat menyekat kebebasannya.Tidak banggakah dia dengan sebelas A1 yang Shikin dapat dalam peperiksaan peringkat ‘O’ tahun lalu?Masih tidak gembirakah dia Shikin mendapat tempat di maktab rendah terunggul iaitu Cambridge yang dia sendiri pernah menuntut sewaktu dia masih digelar seorang pelajar?Apa lagi yang dia mahu? Semuaharapannya hampir terlaksana.Tinggal menunggu Shikin melangkah ke menara gading.Itu pun sudah ditentukan olehnya.

‘Ikin mesti janji dengan ayah yang Ikin akan belajar bersungguh-sungguh.Kalau abang di Universiti Singapura,ayah mahu Ikin belajar du Universiti Harvard.Bolehkan Tengku Shikin?’tanya ayahnya,Tengku Fauzi apabila dia bersembang dengan Shikin atau nama timangannya Ikin selepas mereka makan malam dua hari yang lalu.

‘Insya-Allah,ayah.Akan Ikin laksanakan impian ayah itu.Eemm...ayah...esok malam Ikin ada Majlis Hari Guru di Hotel Hyatt.Rakan-rakan Ikin semuanya beria-ia nak ajak Ikin ke sana.Guru-guru kami pun ada.Boleh eh yah Ikin pergi?baju untuk majlis itu pun Ikin dah beli tengahari tadi bersama Lina di Metro,’kata Shikin dengan suaranya yang manja selain mengukirkan senyuman yang manis sekali.

‘Apa? Majlis makan malam? Kan ayah dah cakap beribu-ribu kali yang ayah tak suka Ikin keluar malam.Ikin masih tidak faham lagi?’tanya ayahnya dengan suara yang tegas.

‘Alah ayah.Kan ayah boleh hantar Ikin ke majlis itu.Taklah ayah risau sangat.Nanti pulang ayah ambil Ikin lagilah,’jawab Shikin bersungguh-sungguh.

‘Esok ayah tak boleh hantar Ikin sebab ayah ada kes jenayah yang perlu ayah selesaikan di mahkamah esok dan ayah akan pulang lambat.Dah,dah.Ayah tak mahu dengar apa-apa lagi dari Ikin.Ikin duduk rumah diam-diam dan ulangkaji pelajaran Ikin.Keputusan Bahasa Melayu Lanjutan dalam peperiksaan pertengahan tahun Ikin Cuma dapat B3 saja.Pergi ulangkaji untuk subjek itu.Yang ayah tahu peperiksaan akhir tahun Ikin mesti dapat A1,’ kata Tengku Fauzi, dengan mimik mukanya yang garang ditambah lagi dengan sauranya yang tegas.

Shikin hanya diam.Dia tidak berani melawan kata-kata ayahnya yang sememangnya amat tegas dan sukar untuk bertolak-ansur dengannya.Shikin terus melangkah ke kamarnya tanpa menegur ayahnya.

Sesampai di kamarnya, dia terus menyembamkan dirinya di atas katil empuk yang diselimuti cadar berwarna merah pulasan.Air matanya seakan ingin mengalir tetapi tidak berdaya apabila dia cuba menahan api kemarahannya.Dia terus memeluk bantal panjang yang empuk itu dan memandang potrait ibunya yang tergantung di dinding biliknya.

‘Ibu! Tengok sahajalah keadaan satu-satu anak perempuanmu ini yang sering dikongkong. Ibu! Mengapalah kamu harus pergi ketika anakmu ini masih mendahagakan kasih sayangmu?Mengapa kamu harus menyahut seruan Illahi ketika aku masih memerlukanmu untuk melindungi aku?Mengapa ibu,mengapa?’ tanya Shikin dalam hatinya.

Ibu Shikin,Delilah dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail lima tahun yang lalu setelah mempertaruhkan nyawanya dalam satu pembedahan kerana menghidapi barah payudara.Dia tidak sempat diselamatkan kerana barahnya telah merebak walaupun pembedahan itu adalah yang ketiga.Kesian Shikin.Dalam meniti alam remajanya dia kehilangan orang yang amat-amat dia cintai.

Hanya seorang ibu yang dapat memahami masalah yang melanda anaknya.Hanya seorang ibu yang mempunyai firasat apa akan terjadi jika gelora yang melanda anaknya tu tidak diselesaikan.Ini semua dapat Shikin alami selama dua belas tahun sahaja dan di kala dia meniti alam remaja yang penuh dengan pancaroba,ibunya menyahut panggilan Illahi dan tidak dapat menemaninya.Hanya tinggal bapanya untuk mendidik dan menjaga dia serta abangnya.

‘Ibu, Ikin sudah tidak tertahan lagi jiwa dan jasad ini dikongkong dari dunia luar.Apa yang harus Ikin lakukan, ibu?Haruskah Ikin terus mengikut perintah ayah walaupan jiwa Ikin sering terseksa?Tidak! Ikin harus lepas dari cengkaman ayah! Ikin mahu berdikari!Ikin mahu bebas dari penjara ayah! Ikin nekad akan melakukan ini dan akan Ikin buktikan bahawa Ikin boleh berjaya tanpa seorang ayah yang sering memenjarakan Ikin dari dunia luar,’ debat Ikin dalam sanubarinya dengan ketegasan dan kenekatan.

Pada keesokan harinya, selepas pulang dari sekolah dia tidak pulang sebaliknya mengikut Lina pulang dengan alasan ingin menumpang rumahnya buat sementara waktu. Lina,walaupun teragak-agak namun dibenarkan.Dia tahu ada masalah yang melanda rakan baiknya itu semenjak beberapa hari yang lalu.Akan dia menanyakan rakan baiknya itu akan gelora yang berkocak di dalam hatinya.

Kejadian pada malam semalam masih berlegar-legar di dalam fikiran Shikin apabila dia menceritakannya pada Lina.Lina yang terperanjat dengan kelakuan Shikin yang tiba-tiba mengamuk apabila dia cuba menasihatinya terkedu sebentar.Dia memandang ke jam berbentuk hati berwarna merah.Sudah pukul 9 malam.Waktu begini berita sedang dibaca di stesen radio RIA.Lina terus membuka radio.Memang tepat jangkaannya.DJ Shasha,deejay kegemarannya sedang menyampaikan berita.

‘Sebuag nahas jalan raya berlaku tadi sekitar 8.15 malam di Alexender Road di mana sebuah lori telah merempuh sebuah kereta Proton Wira berwarna biru gelap...’DJ Shasha membaca berita.

‘Eh,Lin.Kuatkan lagi suara radio tu,’ perintah Shikin pada Lina yang sedang terbaring di permaidani bulat.

Lina bingkas bangun dan melakukan apa yang disuruh Shikin

‘Dalam nahas tersebut,pemandu lori itu gagal mengawal lorinya apabila dicuba membelok ke kanan menuju Alexender Road lalu merempuh kereta Proton tersebut dari belakang.Pemandu kereta itu yang merupakan seorang lelaki Melayu berumur sekitar 40-an cedera parah akibat dari pelanggaran itu dan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura.Identitinya masih belum diberitahu oleh pihak polis.Sesiapa yanh menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Trafik Polis di 2585858,’ terang pembaca berita tersebut.

‘Eh..biar betul.Ayah aku berumur sekitar 40-an dan dia memang memandu kereta Proton Wira.Takkan itu ayah aku?Lina,macam mana ni?Ah...ah..tak mengapalah biar aku telefon ayah aku dulu,’kata Shikin dengan nada cemas lalu dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon ayahnya.

“Lina! Ayah aku tak angkat telefon bimbitnya.Aku telefon di pejabatnya dan rumah pun tak ada orang yang angkat.Mari ah ikut aku.Kita naik teksi pergi hospital tu.Risau betul aku selagi aku tak tahu siapa pemandu yang cedera parah itu,’ kata Shikin,yang diikuti oleh Lina beredar dari bilik Lina.

Sesampainya di Hospital Besar Singapura,mereka terus menuju ke meja pendaftaran di Unit Kecemasan.

‘Cik,cik,boleh saya tahu lelaki yang terlibat dalam kemalangan di AlexenderRoad kini di mana?’tanya Shikin pada jururawat yang bertugas itu dengan tergopoh-gapah dengan nada yang agak sesak.

‘Oh..di kini sedang dibedah di bilik pembedahan di tingkat dua.Boleh saya tahu awak...’jawab jururawat itu.

Namun belum jururawat itu habis bertanya,Shikin terus menarik tangan Lina dan mereka berlari ke arah lif untuk ke tingkat dua.Orang di sekeliling mereka hanya dapat melihat kelakuan mereka.Sudah menjadi lumrah perkara sebegini terjadi di Unit Kecemasan.

‘Eh...bilik pembedahan yang mana satu?’ tanya Lina sebaik mereka sampai di tingkat dua.

‘Eeemmm..mari kita cari.Oh...aku rasa bilik itu.Cepat!’jawab Shikin dan mereka berjalan dengan pantas di bilik pembedahan lima di mana lampu ‘Operation Theatre’ dinyalakan.

Apabila mereka sampai di bilik pembedahan tersebut,seorang doktor baru keluar lalu menegur mereka.

‘Adakah awak anak kepada pemandu tersebut?Eemmm..minta maaf kerana saya tidak dapat menyelamatkan dia,’kata doktor lelaki itu.

Pintu bilik pembedahan dibuka dan sebuah mayat kaku terbaring di kereta sorong itu.Shikin dengan perlahan-lahan membuka kain yang menutupi mayat tersebut...

TAMAT

0 comments: