BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

08 September 2009

Bahagian A - Karangan [ 50 ]

Anda dikehendaki menulis satu karangan antara 650 - 700 patah perkataan. Karangan anda jangan kurang dari 650 patah kata dan tidak melebihi 700 patah kata.

Terdapat 3 unsur utama dalam penulisan karangan iaitu, pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Pendahuluan :- perlu mengandungi 4 aspek,

  1. Latar belakang tajuk.
  2. Mengandungi data atau statistik
  3. Pendapat tokoh atau berita dari media massa.
  4. Ayat akhir yang menjurus kepada tajuk karangan.
Bahagian ini di buat dalam satu perenggan dan antara 90 -100 patah perkataan.

Isi-isi karangan:-

  • Anda perlu mendapatkan 5 isi dan setiap isi dibuat dalam 5 perenggan.
  • Setiap perenggan isi perlu mengandungi ayat tajuk, ayat sokongan atau huraian dan akhir sekali disertai dengan contoh atau bukti.
Penutup:-

  1. Penutup juga perlu di tulis antara 90 -100 patah kata.
  2. Ayat dibina dalam bentuk mengulas tajuk atau membuat ulasan penutup pada tajuk karangan.
  3. Ada juga mengandungi unsur cadangan dan harapan.

( Sumber daripada : Tuan Haji Shukor bin Ahmad - SMK Tun Mamat, Ledang )

0 comments: